Friday, February 8, 2019

TIADA JODOH

Terdengar saja bunyi kereta di luar, aku dah bersiap sedia bertenang untuk menerima soalan maut.

“Su, apa cerita?” Ayah Cik bertanyakan soalan sebaik saja masuk ke dalam rumah. Laju sangat Ayah Cik ni, tak sempat nak berbuat apa-apa.

“Saya? Sihat, alhamdulillah.” Aku menjawab sambil tersenyum.  Aku tahu bukan itu sebenarnya maksud soalan beliau, tapi itulah yang mampu aku jawap.

“Oh, ingatkan datang bawa kad.  Cepat-cepatlah Su.  Sementara Ayah Cik masih larat lagi ni nak pergi ke rumah.” Panjang lebar beliau cuba menagih simpati aku tapi itulah. Kalau bukan waktunya, tak ada seorang calon pun aku mampu tunjukkan kepadanya.

Jodoh..

Macam mana kamu rancang pun, kalau bukan masa yang tepat, tetap tidak akan bernikah juga.

Ingatkan si dia calon yang terakhir, namun senyap-senyap aku ditinggalkan. Disangkakan sibuk sepanjang masa, namun naluri seorang perempuan.  Boleh rasa perubahan si dia yang dah tak semesra dulu.  Entah apa silapnya, entah apa yang terjadi.  Dalam diam, aku cuba terima apa yang sedang terjadi, dan padamkan harapan aku sedikit demi sedikit.  “Allah Maha Tahu!” pujuk hati aku.

 Sekuat-kuat hati aku, kadang-kadang tertumpah jua air mata sambil mengutip serpihan hati yang dia dah hancurkan. Bukan niat menagih simpati, cuma aku juga manusia, kadang-kadang bila hati dah tak kuat, aku cuba hantarkan gambar-gambar dan status supaya dia tahu apa yang aku rasa tapi sebenarnya itu cuma sekadar kepuasan aku. Puas hati ke? Tak lah.  Makin sakit jadinya.

Dan pagi tadi, aku merenung diri aku.
Mana mungkin akan aku sia-siakan hidupku untuk bersedih kerana kasih sayang aku tidak dihargai.

“Dan tak seharusnya aku,
Bertemu dirimu di dunia ini.”

Aku teringat lirik lagu ini dan alhamdulillah, aku bersyukur aku bertemu dengan si dia kerana pengalaman dan dugaan ini menjadikan aku lebih kuat untuk pertahankan cinta aku. Jangan mudah bagi kepada orang yang tak hargai kau!

Dia hilang takpa,
Jangan kau hilang Allah dalam diri kau.

No comments:

Post a Comment