Wednesday, February 20, 2019

Aku cinta mereka.


Sejak ahad lepas, kepala aku berdenyut-denyut menagih simpati setiap pagi dan petang.  Dah lama tak sesakit ini.  Tapi yang ajaibnya, setiap pagi jejak saja kaki aku di lantai taska, hilang terus sakit kepala.  Dan aku tersenyum manja melihat anak aku yang dari jauh dah memanggil-manggil dengan bahasa yang tidak difahami.  Maha Suci Allah.  Kasih sayang anak kecil yang masih bersih tiada dosa.
.
Semalam aku mengadu sambil melayan denyutan di kepala.  “Ya Allah, aku sakit dan aku tidak mampu untuk bertahan selamanya begini.  Sampai bila aku akan bekerja begini tapi aku percaya dengan ketentuanMu ya Allah.” Sakit kepala yang begitu mengganggu aku namun aku tidak mampu melayannya. Aku ibarat sudah tiada daya namun yang tinggal hanya semangat dan kasih sayang kepada anak-anak sahaja. Allah.
.
Aku dalam dilema.  Berapa lama aku mampu bekerja begini? Tapi untuk meninggalkan anak-anak aku tidak sama sekali.  Aku terlalu sayangkan mereka dan hanya mereka sahaja yang mampu menghilangkan resah dan memberi ketenangan kepada aku.  Aku mungkin tidak mempunyai teman rapat, namun cukuplah ada anak-anak yang menghiburkan aku setiap hari.
.
Aku tahu kerja ini susah, sangat susah.
Tapi banyak yang aku belajar sejak aku kerja di sini.
.
Aku tahu kerja ini mustahil nak kaya
Tapi keberkatan rezeki itu hinggakan melebihi gaji aku sebelum ini
.
Aku tahu kerja ini penat dan melelahkan
Tapi ketenangan dan bahagia itu melekat di hati
.
Ya Allah,
Aku serahkan diri aku untuk berbakti dan mengasuh anak-anak aku kerana Allah maka permudahkan dan berkatilah ya Allah.

No comments:

Post a Comment