Terdengar
saja bunyi kereta di luar, aku dah bersiap sedia bertenang untuk menerima
soalan maut.
“Su,
apa cerita?” Ayah Cik bertanyakan soalan sebaik saja masuk ke dalam rumah. Laju
sangat Ayah Cik ni, tak sempat nak berbuat apa-apa.
“Saya?
Sihat, alhamdulillah.” Aku menjawab sambil tersenyum. Aku tahu bukan itu sebenarnya maksud soalan
beliau, tapi itulah yang mampu aku jawap.
“Oh,
ingatkan datang bawa kad. Cepat-cepatlah
Su. Sementara Ayah Cik masih larat lagi
ni nak pergi ke rumah.” Panjang lebar beliau cuba menagih simpati aku tapi
itulah. Kalau bukan waktunya, tak ada seorang calon pun aku mampu tunjukkan
kepadanya.
Jodoh..
Macam
mana kamu rancang pun, kalau bukan masa yang tepat, tetap tidak akan bernikah
juga.
Ingatkan
si dia calon yang terakhir, namun senyap-senyap aku ditinggalkan. Disangkakan
sibuk sepanjang masa, namun naluri seorang perempuan. Boleh rasa perubahan si dia yang dah tak
semesra dulu. Entah apa silapnya, entah
apa yang terjadi. Dalam diam, aku cuba
terima apa yang sedang terjadi, dan padamkan harapan aku sedikit demi
sedikit. “Allah Maha Tahu!” pujuk hati
aku.
Sekuat-kuat
hati aku, kadang-kadang tertumpah jua air mata sambil mengutip serpihan hati
yang dia dah hancurkan. Bukan niat menagih simpati, cuma aku juga manusia,
kadang-kadang bila hati dah tak kuat, aku cuba hantarkan gambar-gambar dan
status supaya dia tahu apa yang aku rasa tapi sebenarnya itu cuma sekadar
kepuasan aku. Puas hati ke? Tak lah.
Makin sakit jadinya.
Dan
pagi tadi, aku merenung diri aku.
Mana
mungkin akan aku sia-siakan hidupku untuk bersedih kerana kasih sayang aku
tidak dihargai.
“Dan
tak seharusnya aku,
Bertemu
dirimu di dunia ini.”
Aku
teringat lirik lagu ini dan alhamdulillah, aku bersyukur aku bertemu dengan si
dia kerana pengalaman dan dugaan ini menjadikan aku lebih kuat untuk
pertahankan cinta aku. Jangan mudah bagi kepada orang yang tak hargai kau!
Dia
hilang takpa,
Jangan
kau hilang Allah dalam diri kau.