Alhamdulillah,
semua dah selesai.
Alhamdulillah,
Allah permudahkan segala-galanya.
Cukup
baik segala perancangan Allah, bermula dari awal majlis sehinggalah ke akhir
majlis. Maha Suci Allah.
“
Aturcara majlis perlu diubah. Ada
perubahan sebab ada sesi ceramah.” Kak Fizah menduga aku.
“
Dengar-dengar dewan tu tak benarkan persembahan dibuat.” Terkejut aku membaca
kiriman whatsapp daripada Kak Fizah.
“
Tuala tak cukup Su. Macam mana ni?” Kak wawa mengadu kepada aku ketika aku
sedang berkejaran untuk memastikan sistem audio dan video berfungsi dengan
baik.
“
Awak transfer terus gambar ke laptop saya ye. Nanti satu kerja pula saya nak
cari awak.”
Perintah
Puan kepada aku ketika sedang cemburu melihat orang lain sedang bergambar.
Iya,
antara perbualan aku sepanjang majlis.
Walaupun
aku yang agak sibuk dan agak cemburu dengan orang lain, namun aku bahagia. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana
lancarkan segalanya.
Tak
kira lagi masalah teknikal.
“Alamak,
tak jumpa pulak montaj ni. Rasa dah masukkan dalam pendrive.” Getus aku
sendirian sambil memikirkan solusi yang terbaik. Cuak aku sambil berlari mendapatkan laptop
aku. Aduhh.. tak sempat laptop di buka, aku berjaya jumpa montaj tersebut. “oo
disini kamu menyorok ye.” tersenyum sendiri aku.
Ketika
sedang tenang merakam koir kumpulan Tikah, tiba-tiba mereka memandang aku
beramai-ramai. Entah apa salahku. Huhu.
Dan kemudian Tikah berkata, “ Su masukkan video yang saya bagi dekat Su ke?”
Aku dalam hati iyakan saja. Memang betul aku transfer video yang diberi
sahaja. Dan kemudian, “Kira batal la
ye?” aku berbincang. Ok cancel persembahan.
Dalam
kekalutan semua itu, alhamdulillah. Dengan kuasa Allah, Allah atur molek-molek
dah. Dewan yang ditempah mempunyai
syarat sehingga pukul 5 sahaja, jika lebih terpaksa bayar tambahan. Dan alhamdulillah, pukul 4.50 petang
masing-masing dah mula keluar dari dewan.
Pandai mereka menentukan masa.
Aku yang terpinga-pinga sebab dikejar oleh Puan untuk transfer gambar
hanya mampu bertenang apabila berada di dalam kereta.
Alhamdulillah. Perancangan Allah.
No comments:
Post a Comment