Susun
meja, atur papan tulis, dan pasang ‘slide’.
Aktiviti
kami setiap hari Khamis petang selama 3 bulan sebagai tuan rumah untuk kursus
ini. Hari
Sabtu petang selesai kelas, kami simpan semua sebagai persediaan untuk terima anak-anak
esok hari. Suasana taska kembali seperti biasa, ruang yang lapang untuk
anak-anak bermain.
Hari
terakhir susun peralatan kelas, hati jadi sayu.
Lepas ni dah takda dah peluang untuk kutip pahala dengan senang, semudah
ini.
Penat?
Takpa.
Niatkan di hati, semoga Allah ganti pahala sediakan tempat untuk majlis ilmu
ini dengan yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment