Friday, January 25, 2019

Persediaan Kahwin

Baju dah cari, hantaran dah jumpa, goodies pun dah difikirkan..
Tadaaaa....... Sementara menunggu detik-detik bahagia..






cuma satu je belum ada lagi....
calonnya... hahaha.. bertabahla.. 
berangan-angan itu PERCUMA..

Monday, January 21, 2019

Wahai Sang Bulan


Lama sudah aku tidak meluangkan masa dalam bilik di atas. Dan semalam terdetik di hati untuk mencari sesuatu yang mungkin masih boleh digunakan. Aku sampai di atas dan melihat cahaya samar-samar melalui tingkap. Oh, malam ni bulan mengambang penuh. Terus aku teruja membuka tingkap.  Cantiknya ciptaan Allah.  segara aku berlaku kebawah untuk mendapatkan telefon dan masuk semula ke dalam bilik.  Klik.. klik.. aku mengambil gambar bulan beberapa keping.


Indah. Sangat indah.
Entah kenapa, hati aku menjadi tenang apabila melihat bulan, tambah-tambah ketika mengambang penuh.  Kadang-kadang jika berkesempatan melihat pada waktu pagi ketika dalam perjalanan menuju tempat kerja, aku pasti akan memperlahankan kereta semata-mata ingin menikmati pemandangan tersebut.

Wahai sang bulan,
Allah Maha Mengetahui, walaupun tidak pernah aku lafazkan, Allah Maha Tahu hati aku sedang tidak keruan.  Kali pertama aku rasa seakan-akan aku dipinggirkan, seakan-akan aku yang terhegeh-hegeh menagih perhatian orang.  Hati aku betul-betul agak meroyan sampai satu tahap, status whatsapp dipenuhi dengan ayat-ayat tidak sepatutnya dan Allah sedarkan aku cepat-cepat untuk aku padam status itu. Alhamdulillah. Masih waras aku.

Wahai sang bulan,
Di mana pun jodoh aku sedang berada, aku dapat rasakan yang kami saling memandang bulan yang sama.

Malam ini bulan mengambang
indah cahayanya gemilang
inginku gapai terawang-awang
inginku sentuh sinaran gemilang
hadirnya wajahmu indah berseri
dibalik awan dikau bersembunyi
tetapku cari walau kemana pun kau pergi
akan ada hati yang setia menanti..
(carian mr google)

Friday, January 11, 2019

MAJLIS PENUTUP KURSUS ASAS PERMATA (KAP) SIRI 5/2018 (2)











MAJLIS PENUTUP KURSUS ASAS PERMATA (KAP) SIRI 5/2018


Alhamdulillah, semua dah selesai.
Alhamdulillah, Allah permudahkan segala-galanya.
Cukup baik segala perancangan Allah, bermula dari awal majlis sehinggalah ke akhir majlis. Maha Suci Allah.

“ Aturcara majlis perlu diubah.  Ada perubahan sebab ada sesi ceramah.” Kak Fizah menduga aku.
“ Dengar-dengar dewan tu tak benarkan persembahan dibuat.” Terkejut aku membaca kiriman whatsapp daripada Kak Fizah.
“ Tuala tak cukup Su. Macam mana ni?” Kak wawa mengadu kepada aku ketika aku sedang berkejaran untuk memastikan sistem audio dan video berfungsi dengan baik.
“ Awak transfer terus gambar ke laptop saya ye. Nanti satu kerja pula saya nak cari awak.”
Perintah Puan kepada aku ketika sedang cemburu melihat orang lain sedang bergambar.

Iya, antara perbualan aku sepanjang majlis. 

Walaupun aku yang agak sibuk dan agak cemburu dengan orang lain, namun aku bahagia.  Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana lancarkan segalanya.

Tak kira lagi masalah teknikal.

“Alamak, tak jumpa pulak montaj ni. Rasa dah masukkan dalam pendrive.” Getus aku sendirian sambil memikirkan solusi yang terbaik.  Cuak aku sambil berlari mendapatkan laptop aku. Aduhh.. tak sempat laptop di buka, aku berjaya jumpa montaj tersebut. “oo disini kamu menyorok ye.” tersenyum sendiri aku.

Ketika sedang tenang merakam koir kumpulan Tikah, tiba-tiba mereka memandang aku beramai-ramai.  Entah apa salahku. Huhu. Dan kemudian Tikah berkata, “ Su masukkan video yang saya bagi dekat Su ke?” Aku dalam hati iyakan saja. Memang betul aku transfer video yang diberi sahaja.  Dan kemudian, “Kira batal la ye?” aku berbincang. Ok cancel persembahan.

Dalam kekalutan semua itu, alhamdulillah. Dengan kuasa Allah, Allah atur molek-molek dah.  Dewan yang ditempah mempunyai syarat sehingga pukul 5 sahaja, jika lebih terpaksa bayar tambahan.  Dan alhamdulillah, pukul 4.50 petang masing-masing dah mula keluar dari dewan.  Pandai mereka menentukan masa.  Aku yang terpinga-pinga sebab dikejar oleh Puan untuk transfer gambar hanya mampu bertenang apabila berada di dalam kereta.

Alhamdulillah.  Perancangan Allah.

Thursday, January 3, 2019

KURSUS ASAS PERMATA (3)

Susun meja, atur papan tulis, dan pasang ‘slide’.

Aktiviti kami setiap hari Khamis petang selama 3 bulan sebagai tuan rumah untuk kursus ini. Hari Sabtu petang selesai kelas, kami simpan semua sebagai persediaan untuk terima anak-anak esok hari. Suasana taska kembali seperti biasa, ruang yang lapang untuk anak-anak bermain.

Hari terakhir susun peralatan kelas, hati jadi sayu.  Lepas ni dah takda dah peluang untuk kutip pahala dengan senang, semudah ini.

Penat?
Takpa. Niatkan di hati, semoga Allah ganti pahala sediakan tempat untuk majlis ilmu ini dengan yang lebih baik. 


Tuesday, January 1, 2019

Selamat Tahun Baru 2019


1 Januari 2019

Alhamdulillah, segala puji dan syukur aku panjatkan kepada Allah yang masih memberi aku peluang untuk meningkatkan diri aku.

Tahun baru, semangat baru.
Jika tahun 2018 aku seakan-akan hilang punca tanpa mempunyai sebarang matlamat, aku cuba juga cari sesuatu yang ingin aku capai tahun ini. 

Jangan risau, Allah dah aturkan yang terbaik buat kamu.
Tapi aku juga perlu berusaha untuk perbaiki diri aku, baik untuk perangai dan akhlak aku, ilmu pengetahuan serta peribadi aku sendiri.  insyaAllah

insyaAllah…
tahun ini aku  nak::::
  1.   Kahwin dengan suami soleh pilihan Allah
  2.  Ada simpanan yang kukuh
  3.  Banyak menderma dan menyumbang (wajib setiap bulan Kelab Asnaf dan Ebit Lew)
  4.  Baca buku sebanyak mungkin.. (paling sikit sebulan 2 buah)
  5.  Buat rekod perbelanjaan dalam wasap
  6.  Tulis perkara baik-baik sebanyak mungkin


Doakan aku ya.