Friday, July 27, 2018

REZEKI DARI ALLAH


“Ya Allah, duit aku hanya tinggal RM10 saja ni.  Ada lagi 5 hari untuk dapat gaji bulan ni.  Sesungguhnya aku serahkan segalanya hanya padaMu.” Aku berdoa dalam hati ketika menyerahkan duit untuk bayaran minyak tadi. 



Bulan ini adalah bulan terdesak aku.  Bulan ini roadtax dan insuran aku perlu diperbaharui. Minyak hitam dan absorber kereta jugak perlu ditukar.  Terkedu aku.  Hampir seribu lebih juga duit aku habis.  Duit raya bulan lepas juga turut terkorban.  Dan dalam ketika menghitung hari untuk gaji bulan ini, aku hanya punyai beberapa puluh ringgit sahaja.  Tadi, ketika hendak balik, aku terpandang minyak kereta yang perlu diisi.  Terdiam aku.

Aku balik dengan perasaan gundah gulana.  Dengan berbekal RM10 yang tinggal di dalam beg duit, aku singgah beli pisang goreng untuk makan-makan pada petang ini.  Dalam hati masih lagi mengharapkan keajaiban akan berlaku.

Ketika sampai di rumah, ketika aku sedang asyik mencari baki simpanan yang mungkin ada terselit di mana-mana dalam bilikku, tiba-tiba ma memanggil aku.  Katanya mahu pergi ke kedai.  Aku dengan langkah kepenatan persiapkan diri.  Dalam hati, masih lagi tidak tenang. 

Sampai di kedai, ma menyerahkan kad banknya kepada aku untuk ambil duit bagi pihaknya.  aku memenuhi permintaannya dan melayani semua permintaannya. 

Ketika sampai di rumah, aku termenung sambil melayan Facebook.  Dan ma memanggil aku sambil menyerahkan RM300 kepada aku sebagai sumbangan untuk bayaran kereta yang lepas.  “Ya Allah, banyak sangat ni.” Getus hati aku sendirian. 

Alhamdulillah.  Segala puji bagi Allah yang Maha Menunaikan segala permintaan hambaNya.
Tiada yang mustahil.

Teringat aku kepada firman Allah dalam surah Ad-Dhuha ayat 8 yang bermaksud:

Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

Alhamdulillah.

Terima kasih ya Allah. 

No comments:

Post a Comment