Monday, July 23, 2018

Dia insan istimewa



“Su, nanti esok akan ada budak baru masuk.  Sebelum ini dia belajar di taska berdekatan tapi dah masuk 6 bulan di sana, masih tidak boleh bercakap.  Usia pun dah 3 tahun jadi mak dia nak cuba masukkan dekat sini dengan harapan kita boleh latih anak dia untuk bercakap.” Kakak majikan aku menerangkan mengenai anak asuhan baru yang bakal diasuh oleh kami esok.

“Ok kak.” Aku sekadar mengiyakan bagi menyatakan aku ambil tahu mengenai pelajar tersebut.  Dalam hati, aku masih tertanya-tanya tahap seriusan masalah anak tersebut.

Dan pagi tadi, dia datang bersama ayah dan ibunya. Mereka datang ketika aku sedang bermain-main dengan anak-anak selepas makan pagi.  Si dia langsung tidak menangis. Mungkin sudah biasa dengan keadaan tinggal di taska sebelum ini.  Tidak menangis dan tidak mengeluarkan suara walaupun ibu bapanya meninggalkan dia bersama kami. 

“Didi” majikan aku cuba berbaik dengannya. Sepi.”Didi” majikan aku cuba memanggilnya berulang kali namun tidak mendapat perhatiannya.  Dia terlalu asyik merenung sekeliling dan seakan tidak mengenali namanya sendiri.  Aku juga mencuba namun tidak mendapat balasan seperti yang aku inginkan.

“Bisukah dia? Tidak mungkin kerana menangis masih lagi bersuara.”
“Pekakkah dia? Tidak mungkin kerana setiap kali kami memasang lagu untuk aktiviti fizikal bersama anak-anak, dia juga turut serta walaupun sekadar berdiri bersama kami.”

Pelik.
Kemana hilang suaranya.

Dia anak yang baik dan istimewa.
Dia mendengar kata dan sentiasa tersenyum
Bersendirian membawa diri dan hidup di alamnya sendiri.

Hai anak,
Tersenyumlah kamu.

No comments:

Post a Comment