Saturday, July 28, 2018

Lirik Lagu Kau Tetap Ku Hajati - Stings

Andai kita hidup besama
Hari ini dan seterusnya
Mengharungi lautan
Entah berapa luasnya
Sedang bekalannya masih berkurang

Mungkin kita kan karam
Ditelan gelombang
Lalu kan terpisah
Jika terus hidup bersama
Hanya atas dasar cinta belum cukup bagiku
Kerna suatu waktu
Engkau pasti kecewa

Pondok usang beratapkan langit
Di kegelapan malam gelita
Bercahaya hanyalah bintang-bintang
Selimut kita angin malam

Maaf sayang kupinta padamu
Bukan tiada cinta di hatiku
Tapi belum masanya bagiku untuk melamarmu
Bersabar dan sertailah doa
Pada Tuhan penentu segala
Biar jasad aku berkubur kau tetap kuhajati

Mungkin kita kan karam
Ditelan gelombang
Pondok usang beratapkan langit
Di kegelapan malam gelita
Bercahaya hanyalah bintang-bintang
Selimut kita angin malam

Maaf sayang kupinta padamu
Bukan tiada cinta di hatiku
Tapi belum masanya bagiku untuk melamarmu
Bersabar dan sertailah doa
Pada Tuhan penentu segala

Biar jasad aku berkubur kau tetap ku hajati

Aizat Amdan - Sampai Ke Hari Tua (Official Music Video)

Jika ku radio dan engkau lagunya
Dan aku putarkan hingga semua terleka
begitulah kita ditakdirkan untuk bersama

Jika ku air wudhuk mu
menjadi seri mu
dalam lima waktu

Jika kau kuat percaya
akulah jodoh mu
jaga mu selalu

Menarilah sayang di hari bahagia
di bawah bulan bintang
kasih kita berdua

Jangan bimbang sayang
kita harungi bersama berdua selamanya
sampai ke hari tua
mencintaimu

Kaulah watak utama dalam setiap drama
yang sering dimainkan menjadi kegilaan
begitulah kita ditakdirkan untuk bersama
Jika ku air wudhuk mu
menjadi seri mu
dalam lima waktu

Jika kau kuat percaya
akulah jodoh mu
jaga mu selalu

Menarilah sayang di hari bahagia
di bawah bulan bintang
kasih kita berdua

Jangan bimbang sayang
kita harungi bersama berdua selamanya
sampai ke hari tua
mencintaimu

Jangan bimbang sayang
kita harungi bersama berdua selamanya
sampai ke hari tua
Hingga ke akhirnya
Engkaulah cinta terindah
Engkaulah satunya
sampai ke hari tua
menjadi milikku
Hingga ke hujung nyawa

Huuuuu
mencintaimu


mencintaimu


Friday, July 27, 2018

REZEKI DARI ALLAH


“Ya Allah, duit aku hanya tinggal RM10 saja ni.  Ada lagi 5 hari untuk dapat gaji bulan ni.  Sesungguhnya aku serahkan segalanya hanya padaMu.” Aku berdoa dalam hati ketika menyerahkan duit untuk bayaran minyak tadi. 



Bulan ini adalah bulan terdesak aku.  Bulan ini roadtax dan insuran aku perlu diperbaharui. Minyak hitam dan absorber kereta jugak perlu ditukar.  Terkedu aku.  Hampir seribu lebih juga duit aku habis.  Duit raya bulan lepas juga turut terkorban.  Dan dalam ketika menghitung hari untuk gaji bulan ini, aku hanya punyai beberapa puluh ringgit sahaja.  Tadi, ketika hendak balik, aku terpandang minyak kereta yang perlu diisi.  Terdiam aku.

Aku balik dengan perasaan gundah gulana.  Dengan berbekal RM10 yang tinggal di dalam beg duit, aku singgah beli pisang goreng untuk makan-makan pada petang ini.  Dalam hati masih lagi mengharapkan keajaiban akan berlaku.

Ketika sampai di rumah, ketika aku sedang asyik mencari baki simpanan yang mungkin ada terselit di mana-mana dalam bilikku, tiba-tiba ma memanggil aku.  Katanya mahu pergi ke kedai.  Aku dengan langkah kepenatan persiapkan diri.  Dalam hati, masih lagi tidak tenang. 

Sampai di kedai, ma menyerahkan kad banknya kepada aku untuk ambil duit bagi pihaknya.  aku memenuhi permintaannya dan melayani semua permintaannya. 

Ketika sampai di rumah, aku termenung sambil melayan Facebook.  Dan ma memanggil aku sambil menyerahkan RM300 kepada aku sebagai sumbangan untuk bayaran kereta yang lepas.  “Ya Allah, banyak sangat ni.” Getus hati aku sendirian. 

Alhamdulillah.  Segala puji bagi Allah yang Maha Menunaikan segala permintaan hambaNya.
Tiada yang mustahil.

Teringat aku kepada firman Allah dalam surah Ad-Dhuha ayat 8 yang bermaksud:

Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

Alhamdulillah.

Terima kasih ya Allah. 

Monday, July 23, 2018

Dia insan istimewa



“Su, nanti esok akan ada budak baru masuk.  Sebelum ini dia belajar di taska berdekatan tapi dah masuk 6 bulan di sana, masih tidak boleh bercakap.  Usia pun dah 3 tahun jadi mak dia nak cuba masukkan dekat sini dengan harapan kita boleh latih anak dia untuk bercakap.” Kakak majikan aku menerangkan mengenai anak asuhan baru yang bakal diasuh oleh kami esok.

“Ok kak.” Aku sekadar mengiyakan bagi menyatakan aku ambil tahu mengenai pelajar tersebut.  Dalam hati, aku masih tertanya-tanya tahap seriusan masalah anak tersebut.

Dan pagi tadi, dia datang bersama ayah dan ibunya. Mereka datang ketika aku sedang bermain-main dengan anak-anak selepas makan pagi.  Si dia langsung tidak menangis. Mungkin sudah biasa dengan keadaan tinggal di taska sebelum ini.  Tidak menangis dan tidak mengeluarkan suara walaupun ibu bapanya meninggalkan dia bersama kami. 

“Didi” majikan aku cuba berbaik dengannya. Sepi.”Didi” majikan aku cuba memanggilnya berulang kali namun tidak mendapat perhatiannya.  Dia terlalu asyik merenung sekeliling dan seakan tidak mengenali namanya sendiri.  Aku juga mencuba namun tidak mendapat balasan seperti yang aku inginkan.

“Bisukah dia? Tidak mungkin kerana menangis masih lagi bersuara.”
“Pekakkah dia? Tidak mungkin kerana setiap kali kami memasang lagu untuk aktiviti fizikal bersama anak-anak, dia juga turut serta walaupun sekadar berdiri bersama kami.”

Pelik.
Kemana hilang suaranya.

Dia anak yang baik dan istimewa.
Dia mendengar kata dan sentiasa tersenyum
Bersendirian membawa diri dan hidup di alamnya sendiri.

Hai anak,
Tersenyumlah kamu.

Tuesday, July 17, 2018

AMALAN BAIK DALAM ISLAM


4 PERKARA YANG PERLU DITUNAIKAN SEBELUM TIDUR

1.    Jangan kamu tidur jika kamu memiliki musuh kecuali setelah kamu mendapat keredaan atau dihalalkan kerana kamu akan dituntut di hari akhirat nanti.
2.    Jangan kamu tidur selagi kami belum menyelesaikan kewajipan kamu terhadap Allah swt.
3.    Jangan kamu tidur selagi kami merasakan kamu berdosa dan belum bertaubat terhadap dosa tersebut, sekira kamu mati kamu akan terus menanggung dosa tersebut.
4.    Jangan kamu tidur selagi kami belum menuliskan wasiat kerana berkemungkinan kamu akan mati tanpa meninggalkan wasiat.

10 PERKARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN SETIAP HARI

1.    BERZIKIR kepada Allah swt ketika bangun daripada tidur
2.    MENUTUP AURAT
3.    MENYEMPURNAKAN WUDUK
4.    MENUNAIKAN SOLAT TEPAT PADA WAKTUNYA
5.    MERASA TENANG TERHADAP JANJI ALLAH SWT dalam urusan rezeki
6.    Qanaah (menerima apa yang ada)
7.    Tawakal (berserah segala urusan kepada Allah swt)
8.    SABAR menerima takdir dan hukum Allah swt

Friday, July 13, 2018

diam

Diamlah..
Andai mendapat suatu berita yang kita tidak pasti

Diamlah
Andai terdengar kisah aib orang lain

Diamlah
Andai sekeliling berkeras menegakkan benang yang basah

Diamlah
Apabila mata terbaca komen-komen mencarut di media social

Daripada Abu Sa’id al-Khudri ( r.a ), beliau mendengar Rasulullah صلى الله عليه وستم bersabda:

“ Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”


( Diriwayatkan oleh Musim: al-Iman, hadis no. 40 )

thank you friends

copy paste

I have lesser and lesser
Friends as i grow older

I guess everyone else too, maybe not all but many.

But truly I don’t mind

I have my little family & my big family who love me & need me
as much as I need them

Priorities change

They do, that’s how life works. 
That’s how u improves.

I don’t intend to make new friends as the friends I have now are
Enough for me, they keep me sane & happy as my family does too.

So to friends who think I still matter and important,
I truly thank you.

I really do

May Allah bless your beautiful souls & increase your love for Allah
So that the friendship that we have are solely intended for the sake of Allah.


Ameen.  

Friday, July 6, 2018

Move On - Start a New Year


“Awak, calon yang awak berkenan tu mungkin masih lagi keliru. Bukan bermaksud dia reject awak” dia cuba meyakinkan aku untuk terus berjuang untuk dapatkan apa yang aku inginkan.

Aku cuba berdalih.  “Macam ni lah, sebelum ni dah 2 kali saya proposed, then masih lagi direject.  Nanti balik dari umrah ni, saya akan cuba kali yang ketiga. Orang cakap, semasa pergi rumah orang, kita kene bagi salam 3 kali je dekat pintu rumah tu.  Kalau masih tidak bersahut, nak tak nak terpaksa balik lah. Macam tu jugak rasanya dengan pintu hati dia.  3 kali proposed still lagi jawapannya tidak, maksudnya, nak tak nak, aku terpaksa move on.”



Itu janji aku.
Dan setelah 7 bulan aku balik dari umrah, aku usulkan proposal kali ke-3 dan masih lagi direject. Takpa.  Kita usaha, Allah yang memegang hati hambaNya.

6 Julai 2018
Bermulalah kisah move on aku.
Semoga Allah redha.



perkahwinan aku