Alhamdulillah,
berkesempatan berada di Kerinchi, Indonesia dari 4 Mei 2018 hingga 9 Mei 2018. Perancangan
awal sebenarnya ingin mendaki Gunung Kerinchi tapi terpaksa dibatalkan kerana
beberapa orang terpaksa menarik diri di saat akhir. Tapi takpa, kami tetap
teruskan juga tapi tukar aktivitilah.
Pergi menjamu mata dengan melihat
keindahan alam ciptaan Allah.
Tentatif program sepanjang di sini.
Selamat tiba di Lapangan Terbang Minangkabau, Indonesia.
Homestay & Resort Family. Homestay pertama kami di ladang teh.
Punyalah sejuk sampai sanggup tak mandi pagi tu. haha.
Ambil gambar Gunung Kerinchi di depan homestay. Pinjam gambar kakak sebab masa kami sampai, gunung dah tertutup dek awan.
Gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang perjalanan.
Danau Gunung Tujuh. Punyalah jauh nak sampai ke tempat tu. Kene naikkk bukit, kemudian turunnn ke bawah. Hampir-hampir aku terjatuh ke dalam danau sebab tak lepas nak lompat kayu balak di tengah perjalanan. Nasib baik sempat pegang, kalau tak mungkin sampai situ je la umur aku.
Baga Beach Cottage. Sebuah pulau ‘private’. Memang takda orang dekat situ. Sesuai untuk yang ingin berbulan madu ataupun yang ingin tenangkan fikiran. Kami bermalam di situ di samping aktiviti snorkelling dan juga malam tu upacara bakar ikan. sedap sangat ikan tu sebab segar (baru je beli dari nelayan pagi tu) dan juga suasana menarik.
Makan tengahari terakhir sebelum hantar kakak ke lapangan terbang Minangkabau untuk balik ke Malaysia. Kami balik keesokan harinya.
Lepak shopping complex dia untuk makan. Cantik sangat eh dia punya dekorasi restoran ni.
Dan inilah kami.. Geng berjalan.
Maaf, gambar tak disusun dengan baik. Belum berkesempatan mengatur gambar dengan elok.
ReplyDelete