Alhamdulillah..
sekadar perkongsian perasaan aku hari ini.
Alhamdulillah,
aku diterima bekerja sebagai seorang pengasuh taska. Lusa mula bekerja.
Alhamdulillah,
aku merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.
Tiada
siapa sangka.
Aku
sendiri pun tidak menyangka.
Pernah
suatu hati, aku terlalu tertekan. Aku menyendiri,
menangis dalam hati. Aku tiada
pekerjaan, aku tiada pendapatan. Tak
siapa yang nampak, tiada siapa yang faham perasaan aku. Mereka hanya mampu memberi nasihat, “Sabarlah. Nanti adalah tu rezeki.” Hati aku yang dirasuk syaitan berkata, “Ahh
mereka tidak faham. Mereka tidak berada
di tempat aku. Aku menangis tak siapa yang tahu.”
Namun,
hidup perlu diteruskan. Aku menjalani
hidup seperti biasa walaupun kadang-kadang masih lagi terkenangkan nasib
aku. Entah apa yang Allah ingin
tunjukkan. Awal bulan Mei, aku terdetik dalam hati, “Nanti lepas aku balik dari
Indonesia, aku akan cari kerja. Macam
mana cara pun, aku pasti dapat kerja sebelum puasa.”
MasyaAllah. Allah Maha Mendengar.
Aku
balik dari Indonesia minggu lepas. Hati
masih lagi bergolak walaupun ketika di sana aku lupakan segalanya. Balik ke
Malaysia, perasaan itu mendatangi semula.
Nak
dijadikan cerita, entah kenapa dua hari lepas, aku terscroll di Facebook dan
ternampak mengenai kelas KAP yang baru bermula.
Dalam hati, “Sementara tiada kerja ni, baik aku sertai KAP dulu. Nanti senang sikit nak kerja.” Aku memulakan
kerja mencari kursus KAP di Facebook.
Aku taip Kursus KAP di ruangan search dan terpampanglah status yang
mempunyai kata kunci KAP. Dan aku
terjumpa satu status lain dari lain.
Aku
sajalah wasap puan tu. Sekadar untuk tanya mengenai kursus KAP. Rupa-rupanya, dia cakap yang dia bukan
mengendalikan kursus tu tapi buka jawatan kosong. Ya Allah, terkejut aku. Dia bagitau dia pemilik taska RCC. Ya Allah lagi sekali aku terkejut. Sebab taska dia tu aku pernah nampak semasa
pergi kedai makan sebelah taska tu dan pernah terdetik, besar juga taska
sebelah ni. Mesti bagus. Ya Allah, Allah Maha Perancang yang terbaik.
Pagi
tadi, aku pergi temuduga. Nak dijadikan
cerita, aku lupa nak print resume aku. Pagi
tadi aku gerak awal pergi bandar nak cari kedai computer. Pusing punya pusing, tak ada satu pun kedai
yang buka. Ya Allah dugaan apa ni. Temuduga pukul 10, pukul 9.45 aku decide untuk
balik ke rumah cari resume aku yang lama-lama.
Aku memang dah berserah dah. Cari
dalam bilik takda, bilik aku tidur pun takda.. nak tak nak, aku cari dekat
stor, sebab aku memang dah kemas resume-resume lama aku. Nasib baik ada dan aku berkejar ke
taska. Tepat-tepat pukul 10 aku sampai
depan pagar taska. Terima kasih ya
Allah.
Complicated
kan kisah aku kali ni? Hahaha..
Aku
pun macam pening sikit kisah kali ni.
Biasanya
aku rancang dulu ayat nak tulis, tapi kali ni sebabkan excited, aku tulis je.
Doakan
aku dapat kerja dengan baik ye. Doakan
aku dapat asuh anak-anak aku dengan terbaik ye.
Doakan aku dapat menyumbang sebanyak mungkin kepada taska itu ye. Doakan
aku.
Alhamdulillah
Allah
Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Di
saat kita terduduk, Allah sebenarnya sudah sediakan hadiah yang terbaik buat
kita.
No comments:
Post a Comment