Assalamualaikum
ayahku sayang..
Hari
ni genap 2 tahun ayah tinggalkan kami..
Macam
mana ayah di sana?
Tunggu
kami di syurga ya ayah..
Nanti
kami menyusul untuk bersama ayah di sana..
Ayahku
sayang
Kami
10 beradik sentiasa berusaha menjaga kekasih hatimu seperti ayah menjaganya
Kami
hiburkan hati ma, bawa ma jalan-jalan, melayani semua permintaan ma
Walaupun
kami tahu
Ma
masih bersedih dengan ketiadaanmu.
Ayahku
sayang
Maafkan
aku kerana masih tidak mampu mencari pekerjaan tetap yang kukuh
Maafkan
aku kerana tidak mampu tunaikan hasratmu untuk bekerja di hospital
Masih
aku ingat ketika aku menyatakan hasrat memohon bidang pentadbiran kesihatan
Ayahlah
penyokong penuh
Kata
ayah, “Ada juga anak ayah yang kerja di hospital nanti”.
Tapi
ayah jangan risau..
Aku
masih lagi memegang hasratmu
Masih
lagi bertatih mencuba nasib di dalam pekerjaan..
Alhamdulillah,
sekarang aku sedang bekerja sebagai kerani di pusat tuisyen
Dan
aku masih lagi mencuba nasib dapatkan pekerjaan yang terbaik
Ayahku
sayang
Ayah
ingat lagi tak kita bertiga teman na buat kajian di Melaka?
Selama
berminggu kita berkampung di homestay
Setiap
hari kita keluar pagi mencari rumah-rumah lama
Masuk
kampung keluar kampung
Ayah
nak tau tak?
Alhamdulillah..
na dah konvo bulan April baru ni ayah
Na
dah konvo PHD ayah..
Tak
sempat ayah nak tengok..
Tapi
su tahu ayah pasti bangga kalau ayah masih hidup..
Ayahku
sayang
Hujung
tahun ni kami nak bawa ma pergi umrah
Kami
insyaAllah pergi ramai ayah..
11
orang
Si
kenit Ecah dan Hakim pun angah bawa jugak ayah
Kalau
ayah ada mesti kita boleh pergi sama-sama kan
Takpalah..
Nanti
su doakan ayah banyak-banyak dekat sana..
Semoga
kita sekeluarga boleh berkumpul di syurga nanti..
Ayahku
sayang
Nak
tau tak Kak dah kurus..
Dah
lebih kurang Kak mi dah..
Kalau
ayah masih ada mesti ayah bangga..
Hehe..
Ayahku
sayang
Su
nak ucapkan terima kasih sebab didik anak-anak lelaki ayah dengan cara terbaik
Mereka
terlalu baik buat Su
Angah
selalu tanya khabar su sejak su balik tinggal di kampung
Setiap
keperluan Ma dan Su angah akan berusaha untuk tunaikan
Duit
pun selalu angah kirimkan walaupun Su dah kerja
Angah
selalu kalau balik mesti bawa ma berjalan-jalan
Biarlah
sekadar pergi Machang pun..
Mesti
akan sentiasa dipujuk supaya kami ikut sama..
Terima
kasih banyak-banyak angah.
Abe
kalau balik selalu bawak minyak, ubat untuk Ma
Kadang-kadang
bawak balik alat-alat untuk ma walaupun selalunya ma tak guna pun
Terima
Kasih abe
Abe
min lain pula perangainya
Kalau
balik mesti akan tolong ma kemas kawasan luar
Pokok
tu ditebang, pokok ni dicantas.
Rumput-rumput
pun takut-takut nak meninggi kalau abe min balik
Terima
kasih banyak
Iwe
pula kemahirannya dalam bahagian elektrik dan litar
Dia
balik mesti akan selesaikan masalah elektrik rumah ni
Hari
tu iwe baiki masalah air rumah ni..
Siap
baca litar air lagi.
Terima
kasih iwe
Adik
su sorang ni..
Walaupun
agak tidak matang tapi ada baiknya
Tahan
bebel tapi masih ada dengar nasihatnya..
Terima
kasih adik.
Sekian
sahaja luahan kali ini..
Nanti
tahun depan su cerita lagi dekat ayah
Supaya
nanti ayah pasti tersenyum lebar di sana
Anak-anak
yang ayah didik dah berjaya.
Sayang
ayah selalu.
No comments:
Post a Comment