Sekadar
cebisan pembacaan aku di Facebook.
Semoga
Allah membalasnya dengan lebih lagi.
Doa
Makbul Di Tanah Suci Mekah
“Sesungguhnya doa-doa di sana adalah sangat makbul.”
.
Di saat insan lain berebut untuk ke sini, aku…. Telah pun berada di sini. Berdiri tegak di hadapan sebuah kotak hitam yang ku kira setinggi 2/3 tingkat bangunan. Di samping nya di kelilingi oleh berjuta umat islam yang berzikir tanpa henti. Ya, inilah pemandangan indah yang biasa ku lihat hanya dari kaca tv. Pemandangan yang tidak semua orang berpeluang untuk menyaksikan dengan mata mereka sendiri. Tapi aku, di beri peluang untuk merasa nya di usia yang muda. Peluang untuk berada di hadapan kaabah Allah. Peluang untuk berdoa dan bersujud di hadapan kaabah Allah. Sesungguhnya ia adalah rezeki yang teramat besar buatku.
.
“Ya Allah, aku mohon kepadamu Ya Allah. Kau berikan lah aku pekerjaan yang lebih baik gajinya. Aku mohon kau berikanlah aku kerja yang gaji nya min RM2000 Ya Allah. Berikanlah aku pekerjaan yang lebih baik Ya Allah. Kau makbulkanlah doaku Ya Allah”
“Ya Allah, murahkanlah rezeki ku supaya aku dapat beli kereta Ya Allah. Berikanlah aku kereta supaya aku mudah untuk bergerak Ya Allah. Kau bantulah aku ya allah. Sesungguhnya kau lah tempat ku memohon”
“Ya Allah, kau murahkanlah rezeki aku dan ali (bukan nama sebenar) supaya kami dapat berkahwin pertengahan tahun depan Ya Allah. Kau murahkanlah rezeki kami Ya Allah. Permudahkanlah urusan kami Ya Allah. Makbulkan doa ku ini Ya Allah.”
Doaku bersaksikan kaabah Allah.
.
Dan kini, dalam tempoh kurang setahun sahaja, aku melihat satu persatu doa-doaku dimakbulkan. Benar, doa di sana tersangat lah makbul. Jika anda diberi peluang ke sana, berdoalah siang dan malam sepenuh hati. Kerana Kita tidak sentiasa berpeluang untuk berda di sana. Entah bila lagi kita akan berada di sana.
Jika dulu aku hanya bekerja biasa dengan gaji yang cukup makan, kini aku sudah pun bekerja di tempat baru dengan gaji RM2000 untuk permulaan. Dan untuk doa kedua pula, ya aku sudah punya kereta sendiri. Meskipun tidak mewah, tetapi aku tahu doa aku sudah termakbul. Dan yang penting, aku mampu membayarnya. Dan aku juga bakal berkahwin pada tahun depan. Selepas beberapa bulan aku kembali ke sini, aku dan dia mengikat tali pertunangan dan sekaligus aku sedar, doaku di sana juga akan termakbul.
Sesungguhnya Allah mendengar setiap doa-doa umat Islam yang meminta kepadanya. Dan sesungguhnya, setiap doa perlu melalui “prosesnya” untuk makbul. Yang penting kita sebagai hambanya perlulah meminta terus kepadanya dan bersabar. Dan kini aku sedar, betapa dasyatnya senjata orang islam yang bernama DOA.
–
Hajah Kecil
No comments:
Post a Comment