Assalamualaikum.
Sekadar
coretan tanda kenangan menghadiri temuduga sebagai pengasuh taska.
“Assalamualaikum,
saya nak hantar resume”
“Awak
dah ambil borang?
“Belum”
“Haa
awak ambil ni.. Isi.. Petang ni ada sesi interview, awak terus datanglah.
Boleh?”
Errr...
“Kenapa?
Ada masalah ke?”
“Takda
pape.. Ok boleh..”
Dalam
kereta...
Aduh,
interview terus plak dah.. ingatkan saja je nak hantar resume dulu.. semalam
cakap dekat owner nak hantar resume, dia takda cakap pape plak sal interview..
Aduhh.. sijil takda bawak, resume pun tak ada simpanan.. dah la tengah sibuk,
manalah sempat nak baca sal syarikat ni.. aduuhhh cari penyakit namanya ni..
Petang
tu, sesi interview..
“Assalamualaikum..
Semua dah sampai?” (sambil baca nama sorang-sorang untuk semak kehadiran..
petang tu adalah dalam 6 7 orang yang datang untuk interview)
“Ok
sesi temuduga ni sebagaimana biasa, senang je.. “(dalam kepala, apa yang macam
biasa tu.. ni baru pertama kali ni).. “Saya nak setiap orang cakap visi misi
atau kalau nak jadi cikgu tuisyen, saya nak tengok cara mengajar.. saya bagi
masa 3 minit untuk persiapan dan 7 minit untuk bercakap nanti..”
oh noooo....
nak cakap pasal apalah nanti.. tak pernah lagi interview macam ni.. kertas conteng
tak ada, pen sebatang pun tak bawak.. conteng dalam otak la..
Haaaa... kita guna kemudahan yang ada..
Inilah
isinya untuk Jawatan PEMBANTU TASKA yang dapat difikirkan dalam masa 3 minit..
nanti pembentangan tu lain cerita.. hahaha... oklah kot sebab tengok owner angguk2 je tu.. diam tanda setuju la kan.. hihi..
Apapun,
pengalaman itu penting.. Interview ni
awal sangat.. Habis kontrak ni 16 Mac.. jadi sabar je la menantikan jawapan..
sementara tu kita usahakan yang lain dulu..
Ok chaow
No comments:
Post a Comment