Saturday, February 18, 2017

Aku Sebuah Buku..

“Jadilah buku yang banyak lembaran walaupun tiada judulnya, jangan jadi seperti buku yang ada judul tapi kosong isinya” nasihat Dr Salim Segaf al-Jufri, Ketua Majelis Syuro Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia, memetik kata-kata hikmah ulama terdahulu kepada para peserta Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI 2016).

Apa yang Su faham?

Jadilah seseorang yang berguna walaupun tidak dikenali, jangan dikenali oleh orang tetapi tidak dapat menyumbang sesuatu faedah pun.

Terasa?
Silakan...

Kita tidak perlu mendapat gelaran ustaz ustazah atau daie untuk mengajak kebaikan..
Cukup sekadar kita berniat untuk sama-sama masuk ke syurga..
Sebab Allah ada berfirman dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud:

 “Dan hendaklah ada di antara kalian 
sebuah umat yang menyeru kepada kebaikan, 
menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, 
merekalah orang-orang yang beruntung.” (Ali ‘Ilmran 104)

 Kita tidak perlu menjadi seorang guru untuk mengajarkan sesuatu..
Cukup sekadar kita mempunyai sesuatu untuk dikongsikan
Sebab Rasulullah SAW ada bersabda:

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash ra., Rasulullah SAW bersabda:
 “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, 
dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. 
Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka 
bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari)

Kita tidak perlu tunggu menjadi soleh dan solehah untuk menasihati seseorang
Cukup sekadar kita sedar tanggungjawap kita terhadap orang yang menyanyangi kita
Sebab Allah ada berfirman dalam surah At Tahrim ayat 6 yang bermaksud

 “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” 
(At Tahrim 6)

 **********************************************************************************************************
Jom kita berusaha sebaik mungkin.. 
Berusaha untuk masuk ke syurga... 
Berusaha untuk menjadi hamba Allah yang terbaik..

Kita adalah umat Islam yang terbaik..
Kita adalah ahli syurga yang tertinggi..
Kita adalah seorang ayah atau ibu yang terbaik pandai mendidik anak2 mengenai Islam..
Kita adalah sahabat yang sentiasa inginkan bertemu dengan sahabatnya di syurga nanti..
Kita adalah seorang hamba Allah yang berilmu dan sentiasa mencari ilmu..
Kita adalah sebuah buku yang penuh dengan maklumat dan fakta..

Semoga di muka surat terakhir nanti, kita akan dapat pahala yang berpanjangan buat bekalan untuk hidup di alam seterusnya.. insyaAllah..

***********************************************************************************************************

No comments:

Post a Comment