WATAK PERTAMA
Sorang macam abang- abang sikit..
Cool dan macho gitew..
Sekali tengok ada karisma orang cakap..
2 kali tengok, nampak orang terpelajar..
Tambah-tambah dengan spek mata dia..
Pakaian kemas, sesuai dengan tuannya..
Rambut pakai pomade kot.. Keras semacam..
Asyik tersenyum je tak banyak cakap..
Diam-diam tapi berisi..
Tapi sekali dia cakap, terdiam kami..
Tak tahu nak balas apa..
Hahaha..
WATAK KEDUA
Sorang ni pulak macam adik-adik sangat..
Comel pandai bermakeup..
Kening lawa takyah diubah dah..
Kalau gelak tak ingat dunia..
Mudah sangat kalah dengan godaan makanan..
Degil sikit tambah-tambah kalau nak kene
dengar nasihat orang..
Ada je alasan dia.. haha
Kadang-kadang manja.. Biasalah adik-adik
kan..
Tapi dalam manja ada tegasnya..
Dalam tegas ada hati tisunya...
Susah nak faham? Sama la kita..
WATAK KETIGA
Sorang ni penghibur dikala duka..
Berkumis nipis berbadan sado..
Muka comel dihiasi senyum lebar
Ntah apa kuasa dia ada..
Tapi dia mampu membuatkan yang sedih jadi
bahagia..
Yang tengah nangis jadi senyum ketawa besar..
Kalau dengan dia memang tak kering gusi..
Suka sangat menyakat, bakat semulajadi
katanya..
Pandai bagi semangat, memahami sahabat2 dia..
WATAK KEEMPAT
Sorang yang pemalu awalnya kalau tak kenal..
Kadang-kadang boleh jadi pendiam sebab tak
pandai nak cakap..
Pakai tudung tak pernah kekal kemas..
Budak kampung tak banyak terpengaruh dengan
kehidupan bandar..
Pergi pawagam 4 kali dalam masa 26 tahun..
haha
Suka bagi semangat walaupun orang selalu bagi
alasan..
Mudah terhibur walaupun sekadar dengar cerita..
Watak pertama lukis..
Gambar kenangan..
Last but not least..
Duhai sahabatku.. terima kasih untuk persahabatan ini. Terima kasih kerana sudi mengikhlaskan hati demi ukhuwah ini. Kita memang berlainan perangai, berlainan peribadi tapi entah macam mana kita bolehe jadi satu kepala. We have our own journey! Just don't give up and please usahakan yang terbaik. Nanti nak kahwin jangan lupa ajak walaupun su hampir pasti nak sampai kalau dekat Kedah tu agak mencabar sikit.. Apapun, Su sayangkan anda semua kerana Allah. Semoga Allah menjaga anda semua dengan sebaik-baiknya.
Bai..