Assalamualaikum
Sekadar coretan kenangan
menyertai program Outbound School (OBS) yang merupakan salah satu aktiviti
dibawah Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Tenaga Nasional Berhad. Kali ni OBS dianjurkan di Chalet Alang
Sedayu, Gombak.
Daftar SL1M hari isnin. Petang tu dah disediakan bas untuk pergi beli
keperluan untuk ke OBS. Nak cari barang
untuk outdoor aktiviti tapi bas bawak pergi IOI Mall Putrajaya sebab itu je
mall yang terdekat. Heh. Habis keliling
IOI yang besar tu semata-mata nak cari shawl sehelai.
Hari selasa pagi-pagi lagi
dah berkumpul nak naik bas. Nasib baik
romate pun satu group, jadi senanglah nak naik bas tu. Sampai je dekat kem, terus letak beg masuk
dewan. Terpinga-pinga tak tahu apa yang
perlu dibuat, ikut je orang cakap apa.
Masuk dewan, kene bahagi group baru.
Berpisahlah kami buat sementara. Tapi
itulah. First impression, rasa macam sombongnya ahli group baru ni. Hahaha... yang lelaki pulak pemalu, tak nak
tonjolkan diri sebb 2 orang je.
Nak dijadikan cerita, dengan
aktiviti dari hari selasa sampailah jumaat malam, barulah aku kenal perangai
budak2 group ni.. ya Allah, baik gila mereka ni. Dah la satu kepala, pahtu
jenis yang suka sangat tolong ahli group.
Dengan merekalah aku bergantung harap masa dalam hutan. Kami sama-sama terketar-ketar sebab terlalu
sejuk dalam hutan, sama-sama tidur atas alas khemah yang basah ada air tumpah
dan berbumbungkan langit gelap, bab bau pakaian kotor tak payah cakap la
walaupun sama-sama tak mandi 2 3 hari.
Yang paling aku ingat,
kenangan masak dan makan nasi dalam hutan dengan budak2 ni. waktu malam tu,
dengan hujan lagi, kayu api pun kami tak cari, daun-daun basah, kami dapat ayam
untuk dimasak. Mula-mula tu punyalah
semua geleng kepala, tak nak masak sebab tak nak ambil risiko. Iyelah, siapa sanggup nak pasang api dalam
hujan macam tu. Tapi sebabkan tak berani
nak tolak, terpaksalah terima dengan pasrah.
Kayu api takda, daun nak kipas takda, punyalah seksa. Tapi alhamdulillah, mereka semua
support. Ntah mana datangnya semangat
kumpulan tu. Macam mana kami terpaksa
tiup gilir-gilir sebab nak pastikan api sentiasa ada. Saling bagi semangat, saling tak putus asa
nak masak ayam tu walaupun sedang berperang dengan emosi dalam kegelapan
malam. Terima kasih kawan.
Sejak hari tu, kami memang
rapat. Sampaikan balik ke tempat latihan
pun, kami masih lagi rapat. Walaupun berlainan
group kelas, tapi kami sentiasa curi masa untuk berjumpa dan berkumpul. Asal jumpa je waktu makan atau dekat asrama,
mesti banyak cerita. Kekadang
gurau-gurau manja. Hahaha.. iya, aku rindu mereka. betapa ikhlasnya persahabatan mereka. terima kasih sahabat.
Nak tanya ye. Berapa Hari masuk hutan tu? Masuk hutan untuk jungle trekking je ke atau macam mana?
ReplyDeletemalam mula2 tu masuk hutan sikit je.. keesokannya baru masuk hutan yang dalam lagi.. masuk hutan, berkhemah, ada aktivti water abseiling dan masak sendiri by group..
Delete