Monday, July 25, 2016

Aku dan Water Abseiling

Assalamualaikum

Dah lama tak bercerita.. Agak terkejar dan dikejar oleh masa dan keletihan bekerja.  Alhamdulillah, diberikan peluang untukbercerita sal water abseiling yang su join hari selasa lepas.  Tak sabar nak bercerita sebb satu pengalaman yang tak boleh dilupakan dan nak sangat berkongsi. Alhamdulillah, Allah berikan peluang pertama kali merasai aktiviti tu..

Sebelum tu, nak cerita sikit apa itu water abseiling..  Water abseiling adalah satu aktiviti menuruni bukit / gunung dengan menggunakan tali. Pastinya adanya perkataan water, aktiviti ini melibatkan air. 

Macam mana su bleh join aktiviti ni? Haa nak dijadikan cerita mggu lepas su daftar masuk program Skim Latihan 1 Malaysia dibawah Tenaga Nasional Berhad (TNB).  Hari isnin lapor diri, hari selasa dah dihantar beramai-ramai ke Kem Alang Sendayu, Gombak.  Selain aktiviti masuk hutan, salah satu yang ditekankan adalah aktiviti water abseiling.. Apa lagi, su cubalah walaupun orang cakap muka su tak ada perasaan.. Nak kata excited tak, nak kata takut tak.. hahaha.. cuak mungkin..

Selepas selesai pakai PPE (Protection Equipment) untuk aktiviti tu, hati dah berdebar dah.. habis hilang semua tips dalam taklimat sebelum tu..Bila dah cangkuk hook tu, aglah cuak.. serba tak kene.. Sir mintak su turun, su pun turunlah slow-slow.. 2 3 langkah, terus jatuh sebb batu memang licin.. Keadaan badan yang sepatutnya bentuk ‘L’ dah jadi bentul ‘I’.. hati dah berdebar.. Sir plak tengah pandang belakang.. tak tau nak wat apa.. terus pandang atas sambil mengharapkan Sir akan datang untuk selamatkan... mmg give up terus.. sekali bukannya Sir datang selamatkan, tapi dia marah plak.. “Bukan dah cakap ke dalam taklimat, buat kaki bentuk ‘L’.. Jangan guna lutut..  Hai, aku ni dah la tengah dalam kesusahan, kene marah kuat plak tu..

Bila dah kene gitu, memang terbakar la hati aku ni haa.. nak tak nak memang kene berjuang sendiri la.. memang aku tercabar masa tu.. tak nak tlg sangat.. Aku pun cuba jugak buat bentuk ‘L’ walaupun tahu memang susah.. Bila dah berjaya, try jalan ckit.. Dushhh jatuh lagi kaki aku.. kali ni memang terbaik lah.. betul-betul kepala aku dekat tempat air terjun turun.. kali ni lagi kuat ujiannya... Hampir-hampir lemas.. Aku nak bernafas, aku nak bernafas.. Air terjun pulak memang laju.. Memang tak bagi peluang langsung untuk udara masuk.. First time rasa berjuang untuk hidup, untuk dapatkan oksigen.. Dada dah sesak.. Cuba jugak untuk keluarkan kepala dari air terjun tu..

Nak dipendekkan cerita, alhamdulillah.. semuanya selamat.. cuma pengalaman hampir lepas dan kaki sakit tu akan tersemat di hati.. Tapi kalau diberikan peluang, aku nak cuba lagi.. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment