Monday, July 25, 2016

Aku dan Water Abseiling

Assalamualaikum

Dah lama tak bercerita.. Agak terkejar dan dikejar oleh masa dan keletihan bekerja.  Alhamdulillah, diberikan peluang untukbercerita sal water abseiling yang su join hari selasa lepas.  Tak sabar nak bercerita sebb satu pengalaman yang tak boleh dilupakan dan nak sangat berkongsi. Alhamdulillah, Allah berikan peluang pertama kali merasai aktiviti tu..

Sebelum tu, nak cerita sikit apa itu water abseiling..  Water abseiling adalah satu aktiviti menuruni bukit / gunung dengan menggunakan tali. Pastinya adanya perkataan water, aktiviti ini melibatkan air. 

Macam mana su bleh join aktiviti ni? Haa nak dijadikan cerita mggu lepas su daftar masuk program Skim Latihan 1 Malaysia dibawah Tenaga Nasional Berhad (TNB).  Hari isnin lapor diri, hari selasa dah dihantar beramai-ramai ke Kem Alang Sendayu, Gombak.  Selain aktiviti masuk hutan, salah satu yang ditekankan adalah aktiviti water abseiling.. Apa lagi, su cubalah walaupun orang cakap muka su tak ada perasaan.. Nak kata excited tak, nak kata takut tak.. hahaha.. cuak mungkin..

Selepas selesai pakai PPE (Protection Equipment) untuk aktiviti tu, hati dah berdebar dah.. habis hilang semua tips dalam taklimat sebelum tu..Bila dah cangkuk hook tu, aglah cuak.. serba tak kene.. Sir mintak su turun, su pun turunlah slow-slow.. 2 3 langkah, terus jatuh sebb batu memang licin.. Keadaan badan yang sepatutnya bentuk ‘L’ dah jadi bentul ‘I’.. hati dah berdebar.. Sir plak tengah pandang belakang.. tak tau nak wat apa.. terus pandang atas sambil mengharapkan Sir akan datang untuk selamatkan... mmg give up terus.. sekali bukannya Sir datang selamatkan, tapi dia marah plak.. “Bukan dah cakap ke dalam taklimat, buat kaki bentuk ‘L’.. Jangan guna lutut..  Hai, aku ni dah la tengah dalam kesusahan, kene marah kuat plak tu..

Bila dah kene gitu, memang terbakar la hati aku ni haa.. nak tak nak memang kene berjuang sendiri la.. memang aku tercabar masa tu.. tak nak tlg sangat.. Aku pun cuba jugak buat bentuk ‘L’ walaupun tahu memang susah.. Bila dah berjaya, try jalan ckit.. Dushhh jatuh lagi kaki aku.. kali ni memang terbaik lah.. betul-betul kepala aku dekat tempat air terjun turun.. kali ni lagi kuat ujiannya... Hampir-hampir lemas.. Aku nak bernafas, aku nak bernafas.. Air terjun pulak memang laju.. Memang tak bagi peluang langsung untuk udara masuk.. First time rasa berjuang untuk hidup, untuk dapatkan oksigen.. Dada dah sesak.. Cuba jugak untuk keluarkan kepala dari air terjun tu..

Nak dipendekkan cerita, alhamdulillah.. semuanya selamat.. cuma pengalaman hampir lepas dan kaki sakit tu akan tersemat di hati.. Tapi kalau diberikan peluang, aku nak cuba lagi.. InsyaAllah

Sunday, July 24, 2016

OBS @ CHALET ALANG SEDAYU

Assalamualaikum

Sekadar coretan kenangan menyertai program Outbound School (OBS) yang merupakan salah satu aktiviti dibawah Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Tenaga Nasional Berhad.  Kali ni OBS dianjurkan di Chalet Alang Sedayu, Gombak.


Daftar SL1M hari isnin.  Petang tu dah disediakan bas untuk pergi beli keperluan untuk ke OBS.  Nak cari barang untuk outdoor aktiviti tapi bas bawak pergi IOI Mall Putrajaya sebab itu je mall yang terdekat.  Heh. Habis keliling IOI yang besar tu semata-mata nak cari shawl sehelai.  

Hari selasa pagi-pagi lagi dah berkumpul nak naik bas.  Nasib baik romate pun satu group, jadi senanglah nak naik bas tu.  Sampai je dekat kem, terus letak beg masuk dewan.  Terpinga-pinga tak tahu apa yang perlu dibuat, ikut je orang cakap apa.  Masuk dewan, kene bahagi group baru.  Berpisahlah kami buat sementara.  Tapi itulah. First impression, rasa macam sombongnya ahli group baru ni.  Hahaha... yang lelaki pulak pemalu, tak nak tonjolkan diri sebb 2 orang je. 

Nak dijadikan cerita, dengan aktiviti dari hari selasa sampailah jumaat malam, barulah aku kenal perangai budak2 group ni.. ya Allah, baik gila mereka ni. Dah la satu kepala, pahtu jenis yang suka sangat tolong ahli group.  Dengan merekalah aku bergantung harap masa dalam hutan.  Kami sama-sama terketar-ketar sebab terlalu sejuk dalam hutan, sama-sama tidur atas alas khemah yang basah ada air tumpah dan berbumbungkan langit gelap, bab bau pakaian kotor tak payah cakap la walaupun sama-sama tak mandi 2 3 hari. 

Yang paling aku ingat, kenangan masak dan makan nasi dalam hutan dengan budak2 ni. waktu malam tu, dengan hujan lagi, kayu api pun kami tak cari, daun-daun basah, kami dapat ayam untuk dimasak.  Mula-mula tu punyalah semua geleng kepala, tak nak masak sebab tak nak ambil risiko.  Iyelah, siapa sanggup nak pasang api dalam hujan macam tu.  Tapi sebabkan tak berani nak tolak, terpaksalah terima dengan pasrah.  Kayu api takda, daun nak kipas takda, punyalah seksa.  Tapi alhamdulillah, mereka semua support.  Ntah mana datangnya semangat kumpulan tu.  Macam mana kami terpaksa tiup gilir-gilir sebab nak pastikan api sentiasa ada.  Saling bagi semangat, saling tak putus asa nak masak ayam tu walaupun sedang berperang dengan emosi dalam kegelapan malam.  Terima kasih kawan.

Sejak hari tu, kami memang rapat.  Sampaikan balik ke tempat latihan pun, kami masih lagi rapat.  Walaupun berlainan group kelas, tapi kami sentiasa curi masa untuk berjumpa dan berkumpul.  Asal jumpa je waktu makan atau dekat asrama, mesti banyak cerita.  Kekadang gurau-gurau manja. Hahaha.. iya, aku rindu mereka.  betapa ikhlasnya persahabatan mereka.  terima kasih sahabat.