Friday, May 1, 2015

TEMUDUGA SEBAGAI PEMBANTU BUTIK


Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret sepatah 2 kata.. masih lagi diberi peluang untuk berkongsi pengalaman diri sebagai perkongsian ilmu yang mungkin boleh diguna pakai oleh orang lain.. insyaAllah..

Kali ini, Siti sekadar ini berkongsi pengalaman temuduga sebagai pembantu butik yang menjual pakaian islamik... Pendekatan dan soalan yang ditanya adalah lain daripada yang lain dan agak rumit bagi sesiapa yang kurang persediaan dari segi kerohanian.  Antara soalan yang ditanya adalah:

1) Senaraikan rukun Islam
2) Adakah anda solat 5 kali sehari atau selalu tertinggal Subuh?
3) Cuba baca Al-Fatihah.. Saya nak dengar bacaan dengan tajwid
4) Perkenalkan diri, pengalaman kerja, kenapa nak kerja disini dan kenapa saya perlu ambil awak bekerja
5) Apa definisi ‘Islamik’ bagi awak?
6) Apa tindakan awak kalau kawan awak tidak solat?
7) Apa reaksi awak andai kata kawan-kawan awak tidak seperti yang awak fikirkan?
8) Apa yang awak tahu mengenai haji dan umrah?
9) Ceritakan pengalaman awak deal dengan customer.
10) Awak ada degree, berapa lama awak akan kerja disini?

Kenapa Siti share pengalaman ni? Pendapat Siti, baguslah cara pemilihannya lain dari yang lain dan mungkin objektifnya nak uji tahap keimanan bakal pekerjanya, cuma mungkin agak serius sikit.. Bukankan Islam itu mudah? Why not kita permudahkan interview tu sebab nak tolong umat Islam mencari rezeki yang halal? Bagi Siti, sesebuah syarikat yang berjaya/ terbaik adalah apabila bakal pekerjanya adalah orang biasa tetapi apabila diserap bekerja, orang itu jadi luar biasa.. Faham tak? Maksudnya, andai kata sebelum ni pekerja kurang dari segi ibadatnya, tapi apabila dia diterima kerja, syarikat itu mendidik pekerja itu sehinggalah dia mampu untuk solat 5 waktu sehari semalam dan beserta amalan sunatnya.. Walaupun syarikat/tempat kerja bukanlah tempat yang sesuai untuk mendidik kerohanian, namun kita perlu ingat, seorang pekerja paling kurang berada di pejabat 8 jam sehari, 5 kali seminggu..  Papepon, ini hanyalah sekadar pendapat dan pandangan dari seorang budak lepasan universiti yang kurang ilmu mengenai pengurusan perniagaan dan objektif interview.. Wallahualam..

# Cuba nak terbaik untuk semua interview.. Usaha, Doa dan Tawakal kepada Allah #

# Simpan angan-angan nak bukak kompleks belia yang lengkap dengan surau dan penginapan untuk fresh graduate/pekerja part time belajar kemahiran secara percuma.  Syaratnya, mereka perlulah tggal di kompleks dan solat berjemaah bersama-sama.. Supaya nanti mereka boleh berdikari dan mempunyai sikap untuk membantu orang lain terutamanya umat Islam dalam mencari rezeki yang halal.. InsyaAllah.. Permudahkanlah ya Allah.. #

5 comments:

  1. hai, interview butik perlu pakai formal attire tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya, bergantung kepada butik yang ingin ditemuduga. Ada butik yang jenis santai, ada yang jenis exclusive. sebaik-baiknya bersedia jenis formal.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hai interview butik kena guna resume ke tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaik-baiknya bawalah resume sebagai pengenalan diri kita.

      Delete