Friday, May 1, 2015

AKU PENANAM ANGGUR


Sekadar perkongsian pengalaman dan apa yang dirasai ketika menjadi penanam anggur selama lebih kurang sebulan lebih.  Alhamdulillah, ada hikmah disebalik apa yang Allah tetapkan.. Walaupun kita nampak yang kita tersalah buat keputusan dan menyesal, namun sebenarnya ada sesuatu yang Allah nak tegur dengan kasih sayangNya.. Wallahualam..

Perasaan Hati
Kalau sebut tengah tanam anggur, mesti kita akan terfikir orang tu penganggur kan? Bukan mudah nak tanam anggur aka sebagai penganggur ni. Mula-mula, rasa best.. takyah fikir dan sibuk-sibuk g kerja dan boleh luangkan masa untuk hal peribadi.. ada masa nak habiskan buku yang dah berbulan-bulan tersadai dan tak payah berkejar nak g pejabat pos ke, bank ke sebab orang lain kerja.. kita je yang tak kerja.. Bestnya la..

Tapi lama-lama, hidup kebosanan, hati tak tenang, fikiran asyik fikir strategi jer.. ya lah, kewangan makin susut, duit mengalir bagai air terjun.. Hari demi hari, otak makin beku.. Dah tak tahu nak menuju kemana.. Nak dekat sebulan, hampir-hampir putus asa.. Kepala dah start sakit, dada dah mula sesak.. Dah tak da perasaan dah.. Rasa nak rehat tak nak fikir dah.. Tapi mungkin inilah yang Allah nak uji.. Allah uji sebab nak hambaNya kembali kepadaNya.. Allah uji sebab nak hambaNya mengadu dan merintih kepadaNya.. Allah rindu nak dengar suara tangisan itu..

Kenapa tak cari kerja?
Bukan tak cari kerja.. Dah pelbagai cara dah guna.. Follow fb jawatan kosong, check email hari-hari untuk jawatan kosong.. Adalah dekat 30 salinan resume print.. jauh pulak tu pergi printnya.. dekat Puncak Alam tu sebab dekat situ je yang murah dan lawa.. Pos sana, email sini, isi borang online situ.. ya Allah, masih tiada rezeki.. Sedihnya lah.. Bila tengok orang lain, jeles..

Tapi yang paling berkesan dan mungkin ini yang sebenarnya Allah nak tunjuk apabila Allah beri perasaan jeles dekat orang yang kerja cashier di supermarket dan pengutip tin kosong dan kotak untuk dijual.. Masa tu Allah je tahu.. Bila nak bayar di supermarket, muka je senyum tapi dalam hati, “Ya Allah, malunya.. Diorang sanggup kerja walaupun gaji basic mungkin sikit je nak dibandingkan dengan aku yang tiada kerja ni.. sekurang-kurangnya diorang ada jugak kewangan bulanan sedangkan aku ni?? Penganggur terhormat.. Malu dengan diri sendiri”.. Bila terserempak dengan mamat yang kutip tin kosong untuk dijual masa nak buang sampah, dalam hati, “Ya Allah, malunya lah.. Diorang sanggup dop dalam sampah tu semata-mata nak rezeki halal tapi aku? Sombong! Memilih kerja! Sebab tu sampai sekarang tiada kerja..”..

Allah nak tunjuk sebenarnya, kita jangan sombong dengan sesiapa.. sebab rezeki tu milik Allah.. Allah berhak bagi kepada sesiapa yang Allah kehendaki dan Allah berhak tarik pada bila-bila masa yang Allah kehendaki.. ada masa, kita berduit, kita banyak sangat duit sampai kita membazir, membuang duit ntah ke jalan yang mana.. ada suatu masa juga, kita lebih miskin dari orang yang kutip tin kosong tu.. si dia lebih mulia sebab si dia berusaha sedangkan kita? Hanya termenung menanti rezeki jatuh dari langit..

Jangan Mengeluh!
Biasalah, hidup zaman sekarang, dimana-mana perlukan duit.. Bila duit dah mengalir, asyik out je, in nya takde, mahunya hati tak mengeluh.. Mungkin tak banyak, ada secubit rasa kesal dihati.. Tapi Allah tak pernah kecewakan hambaNya walaupun hambaNya sering mengecewakanNya.. Dalam sedar, 2 3 kali jugak jumpa ayat yang lebih kurang bunyinya “Jangan berputus asa dengan rahmat Allah, dan orang kafir je yang berputus asa”.. Ayat terjemahan dalam al-Quran tapi lupa surah apa, ayat apa.. Ayat itulah yang menjadi penguat semangat.. ya, rezeki tu ada cuma perlu sabar untuk mencarinya.. walau tak suka interview macam mana pun, nak tak nak memang kene keraskan hati.. buang sikap malu, tebalkan muka.. dah tak fikir dah sal gaji, cuma nak kerja dengan halal je..

KESIMPULANNYA
Andai kata tersilap buat pilihan, redha dan bangkitlah.. usaha dan terus usaha untuk mencari pekerja.. Memang kadang-kadang kita perlu memilih dan tidak menerima sebulatnya kerja yang kita dapat, namun letakkan semuanya pada Allah.. andai kata pekerjaan itu terbaik buat kita, mintalah Allah dekatkan dan permudahkan jalan untuk kita Berjaya mendapatkan pekerjaan itu.. GOOD LUCK!!


No comments:

Post a Comment