Sekadar perkongsian pengalaman dan apa yang
dirasai ketika menjadi penanam anggur selama lebih kurang sebulan lebih. Alhamdulillah, ada hikmah disebalik apa yang
Allah tetapkan.. Walaupun kita nampak yang kita tersalah buat keputusan dan
menyesal, namun sebenarnya ada sesuatu yang Allah nak tegur dengan kasih
sayangNya.. Wallahualam..
Perasaan
Hati
Kalau sebut tengah tanam anggur, mesti kita
akan terfikir orang tu penganggur kan? Bukan mudah nak tanam anggur aka sebagai
penganggur ni. Mula-mula, rasa best.. takyah fikir dan sibuk-sibuk g kerja dan
boleh luangkan masa untuk hal peribadi.. ada masa nak habiskan buku yang dah
berbulan-bulan tersadai dan tak payah berkejar nak g pejabat pos ke, bank ke
sebab orang lain kerja.. kita je yang tak kerja.. Bestnya la..
Tapi lama-lama, hidup kebosanan, hati tak
tenang, fikiran asyik fikir strategi jer.. ya lah, kewangan makin susut, duit
mengalir bagai air terjun.. Hari demi hari, otak makin beku.. Dah tak tahu nak
menuju kemana.. Nak dekat sebulan, hampir-hampir putus asa.. Kepala dah start
sakit, dada dah mula sesak.. Dah tak da perasaan dah.. Rasa nak rehat tak nak
fikir dah.. Tapi mungkin inilah yang Allah nak uji.. Allah uji sebab nak
hambaNya kembali kepadaNya.. Allah uji sebab nak hambaNya mengadu dan merintih
kepadaNya.. Allah rindu nak dengar suara tangisan itu..
Kenapa
tak cari kerja?
Bukan tak cari kerja.. Dah pelbagai cara dah
guna.. Follow fb jawatan kosong, check email hari-hari untuk jawatan kosong..
Adalah dekat 30 salinan resume print.. jauh pulak tu pergi printnya.. dekat
Puncak Alam tu sebab dekat situ je yang murah dan lawa.. Pos sana, email sini,
isi borang online situ.. ya Allah, masih tiada rezeki.. Sedihnya lah.. Bila
tengok orang lain, jeles..
Tapi yang paling berkesan dan mungkin ini
yang sebenarnya Allah nak tunjuk apabila Allah beri perasaan jeles dekat orang
yang kerja cashier di supermarket dan pengutip tin kosong dan kotak untuk
dijual.. Masa tu Allah je tahu.. Bila nak bayar di supermarket, muka je senyum
tapi dalam hati, “Ya Allah, malunya.. Diorang sanggup kerja walaupun gaji basic
mungkin sikit je nak dibandingkan dengan aku yang tiada kerja ni..
sekurang-kurangnya diorang ada jugak kewangan bulanan sedangkan aku ni??
Penganggur terhormat.. Malu dengan diri sendiri”.. Bila terserempak dengan
mamat yang kutip tin kosong untuk dijual masa nak buang sampah, dalam hati, “Ya
Allah, malunya lah.. Diorang sanggup dop dalam sampah tu semata-mata nak rezeki
halal tapi aku? Sombong! Memilih kerja! Sebab tu sampai sekarang tiada kerja..”..
Allah nak tunjuk sebenarnya, kita jangan
sombong dengan sesiapa.. sebab rezeki tu milik Allah.. Allah berhak bagi kepada
sesiapa yang Allah kehendaki dan Allah berhak tarik pada bila-bila masa yang
Allah kehendaki.. ada masa, kita berduit, kita banyak sangat duit sampai kita
membazir, membuang duit ntah ke jalan yang mana.. ada suatu masa juga, kita
lebih miskin dari orang yang kutip tin kosong tu.. si dia lebih mulia sebab si
dia berusaha sedangkan kita? Hanya termenung menanti rezeki jatuh dari langit..
Jangan
Mengeluh!
Biasalah, hidup zaman sekarang, dimana-mana
perlukan duit.. Bila duit dah mengalir, asyik out je, in nya takde, mahunya
hati tak mengeluh.. Mungkin tak banyak, ada secubit rasa kesal dihati.. Tapi
Allah tak pernah kecewakan hambaNya walaupun hambaNya sering mengecewakanNya..
Dalam sedar, 2 3 kali jugak jumpa ayat yang lebih kurang bunyinya “Jangan
berputus asa dengan rahmat Allah, dan orang kafir je yang berputus asa”.. Ayat
terjemahan dalam al-Quran tapi lupa surah apa, ayat apa.. Ayat itulah yang
menjadi penguat semangat.. ya, rezeki tu ada cuma perlu sabar untuk
mencarinya.. walau tak suka interview macam mana pun, nak tak nak memang kene
keraskan hati.. buang sikap malu, tebalkan muka.. dah tak fikir dah sal gaji,
cuma nak kerja dengan halal je..
KESIMPULANNYA
Andai kata tersilap buat pilihan, redha dan
bangkitlah.. usaha dan terus usaha untuk mencari pekerja.. Memang kadang-kadang
kita perlu memilih dan tidak menerima sebulatnya kerja yang kita dapat, namun letakkan
semuanya pada Allah.. andai kata pekerjaan itu terbaik buat kita, mintalah
Allah dekatkan dan permudahkan jalan untuk kita Berjaya mendapatkan pekerjaan
itu.. GOOD LUCK!!