Bismillahirrahmanirrahiim, Robbi
zidni ilman warzuqnii fahman”
(Ya Allah, tambahkanlah ilmu
pengetahuanku dan berilah aku kefahaman)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Perkongsian daripada daripada KITAB IHYA ULUMIDDIN (JIWA AGAMA 4) OLEH IMAM
AL GHAZALI
Telah diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW bahawa beliau bersabda:
“Dimaafkan daripada
umatku, apa yang diibsikkan oleh hatinya, bila tidak dikatakannya atau
dikerjakannya”. (Hadis ini disepakati oleh Al-Bukhari
dan Muslim dari Hadis Abi Hurairah)
Abu Hurairahh berkata: “Rasulullah SAW bersabda:-
“Sesungguhnya Allah
Ta’ala berfirman kepada para malaikat penjaga: “Apabila hambaKu bercita-cita
perbuatan keji, maka tulislah satu kekejian! Apabila ia bercita-cita perbuatan
baik yang tidak dikerjakannya, maka tulislah sepuluh kebaikan”.
Hadis ini dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dalam
“Shahih”nya. Dan itu adalah dalil
tentang dimaafkan pekerjaan dan cita-cita hati akan perbuatan keji.
Adapun yang menunjukkan kepada penyiksaan, ialah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam
surah Al-Baqarah ayat 284 iaitu:
“Sekiranya kamu
terangkan apa yang dalam hatimu atau kamu sembunyikan, niscaya Allah akan
memperhitungkan kamu juga. Allah
mengampuni orang yang dikehendakiNya dan menyiksa orang yang dikehendakiNya”.
Dan firman Allah
Ta’ala dalam surah Al-Ista ayat 36 iaitu:
“Dan janganlah
engkau turut apa yang tidak engkau ketahui, sesungguhnya pendengaran,
penglihatan dan hati, semuanya akan menerima pertanyaan”.
Firman itu menunjukkan bahawa perbuatan hati adalah
seperti perbuatan pendengaran dan penglihatan.
Tidak dimaafkan.
Allah Ta’ala
berfirman lagi dalam surah Al-Baqarah ayat 283
iaitu:
“Dan janganlah
menyembunyikan kesaksian! Siapa yang menyembunyikan kesaksiannya itu,
sesungguhnya hatinya berdosa”.
Dan firman Allah
Ta’ala dalam surah al-Baqarah ayat 225 iaitu:
“Allah tidak
mengadakan tuntutan kewajipan kerana sumpahmu yang tidak sengaja. Tetapi Ia mengadakan tuntutan kewajipan
terhadap apa yang dikerjakan hatimu”.
Diriwayatkan Ath_Thabrani dari Abi Tsa’labah, Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Kebajikan itu
ialah yang menenteramkan hati, walaupun mereka meminta fatwa kepada engkau dan
mereka meminta fatwa pada engkau”.
Nabi Muhammad SAW
pernah bersabda:
“Siapa yang
mengerjakan solat dua rakaat, dimana hatinya tiada berkata sesuatu dari urusan
duniawi, niscaya diampunkan dosanya yang telah berlalu”.
No comments:
Post a Comment