Bismillahirrahmanirrahiim, Robbi
zidni ilman warzuqnii fahman”
(Ya Allah, tambahkanlah ilmu
pengetahuanku dan berilah aku kefahaman)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hari ini Aishah sekadar ingin berkongsi daripada KITAB IHYA
ULUMIDDIN (JIWA AGAMA 4) OLEH IMAM AL GHAZALI mengenai kurniaan
Allah kepada hambaNya yang berupa ilmu pengetahuan. Seperti yang kita tahu, rezeki Allah Ta’ala
terdapat dalam pelbagai bentuk dan salah satunya adalah berbentuk ilmu
pengetahuan.
Allah berfirman
dalam surah Al-Ankabut ayat 69 iaitu:
“Dan orang-orang
yang berjuang dalam (urusan) Kami, niscaya akan Kami tunjukkan kepada mereka
jalan Kami”.
Maka tiap-tiap hikmah yang lahir dari hati, dengan
kerajinan beribadah, tanpa belajar itu adalah dengan jalan kasyaf dan ilham.
Nabi Muhammad SAW
bersabda:
“Barangsiapa
mengamalkan apa yang diketahuinya, niscaya dipusakakan oleh Allah kepadanya,
ilmu yang belum diketahuinya. Dan
diaugerahinya taufiq oleh Allah kepadanya pada yang diamalkannya. Sehingga ia harus memperoleh syurga. Dan barangsiapa tidak mengamalkan apa yang
diketahuinya, niscaya ia binasa mengenai yang diketahuinya. Dan ia tiada memperoleh taufiq pada yang
diamalkannya. Sehingga ia harus
memperoleh neraka”.
Allah berfirman
dalam surah Ath-Thalaq ayat 2-3 iaitu:
“Dan siapa yang
taqwa (memenuhi kewajipan) kepada Allah, Dia mengadakan untuk orang itu jalan
keluar (dari kesulitan). Dan memberikan
rezeki kepadanya dari (sumber) yang tiada pernah difikirkannya”.
Allah mengajarkan ilmu, tanpa belajar dan
menganugerahinya kecerdikan tanpa percubaannya.
Allah Ta’ala
berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 29 iaitu:
“Hai orang-orang
yang beriman! Jika kamu takut kepada Allah, niscaya Ia akan memberikan kepada
kamu pembezaan (antara yang benar dan salah)”.
Ada yang mengatakan, ialah n u r yang membezakan antara yang benar dan yang batil dan yang
mengeluarkan dari hal-hal yang diragukan.
Kerana itulah, Nabi Muhammad SAW membanyakkan dalam doanya meminta n u r.
Doanya dalam Hadis yang dirawikan oleh Al-Bukhari dan
Muslim dari Ibnu Abbas iaitu:
“Wahai Allah Tuhanku! Anugerahilah aku nur, tambahilah
aku nur, jadikanlah dalam hatiku nur, dalam kuburku nur, pada pendengaranku
nur, - sampai Nabi SAW mengatakan - : pada rambutku, pada kulitku, pada
dagingku, darahku dan tulang-belulangku”
No comments:
Post a Comment