Tuesday, February 4, 2014

KISAH BISIKAN HATI DALAM ISLAM

Bismillahirrahmanirrahiim, Robbi zidni ilman warzuqnii fahman”
(Ya Allah, tambahkanlah ilmu pengetahuanku dan berilah aku kefahaman)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Perkongsian daripada daripada KITAB IHYA ULUMIDDIN (JIWA AGAMA 4) OLEH IMAM AL GHAZALI

Telah diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW bahawa beliau bersabda:
“Dimaafkan daripada umatku, apa yang diibsikkan oleh hatinya, bila tidak dikatakannya atau dikerjakannya”. (Hadis ini disepakati oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Hadis Abi Hurairah)

Abu Hurairahh berkata: “Rasulullah SAW bersabda:-
“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman kepada para malaikat penjaga: “Apabila hambaKu bercita-cita perbuatan keji, maka tulislah satu kekejian! Apabila ia bercita-cita perbuatan baik yang tidak dikerjakannya, maka tulislah sepuluh kebaikan”.
Hadis ini dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dalam “Shahih”nya.  Dan itu adalah dalil tentang dimaafkan pekerjaan dan cita-cita hati akan perbuatan keji.

Adapun yang menunjukkan kepada penyiksaan, ialah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 284 iaitu:
“Sekiranya kamu terangkan apa yang dalam hatimu atau kamu sembunyikan, niscaya Allah akan memperhitungkan kamu juga.  Allah mengampuni orang yang dikehendakiNya dan menyiksa orang yang dikehendakiNya”.

Dan firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Ista ayat 36 iaitu:
“Dan janganlah engkau turut apa yang tidak engkau ketahui, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan menerima pertanyaan”.
Firman itu menunjukkan bahawa perbuatan hati adalah seperti perbuatan pendengaran dan penglihatan.  Tidak dimaafkan.

Allah Ta’ala berfirman lagi dalam surah Al-Baqarah ayat 283 iaitu:
“Dan janganlah menyembunyikan kesaksian! Siapa yang menyembunyikan kesaksiannya itu, sesungguhnya hatinya berdosa”.

Dan firman Allah Ta’ala dalam surah al-Baqarah ayat 225 iaitu:
“Allah tidak mengadakan tuntutan kewajipan kerana sumpahmu yang tidak sengaja.  Tetapi Ia mengadakan tuntutan kewajipan terhadap apa yang dikerjakan hatimu”.

Diriwayatkan Ath_Thabrani dari Abi Tsa’labah, Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Kebajikan itu ialah yang menenteramkan hati, walaupun mereka meminta fatwa kepada engkau dan mereka meminta fatwa pada engkau”. 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

“Siapa yang mengerjakan solat dua rakaat, dimana hatinya tiada berkata sesuatu dari urusan duniawi, niscaya diampunkan dosanya yang telah berlalu”.

ILMU ITU KURNIAAN ALLAH

Bismillahirrahmanirrahiim, Robbi zidni ilman warzuqnii fahman”
(Ya Allah, tambahkanlah ilmu pengetahuanku dan berilah aku kefahaman)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hari ini Aishah sekadar ingin berkongsi daripada KITAB IHYA ULUMIDDIN (JIWA AGAMA 4) OLEH IMAM AL GHAZALI mengenai kurniaan Allah kepada hambaNya yang berupa ilmu pengetahuan.  Seperti yang kita tahu, rezeki Allah Ta’ala terdapat dalam pelbagai bentuk dan salah satunya adalah berbentuk ilmu pengetahuan.  

Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 69 iaitu:
“Dan orang-orang yang berjuang dalam (urusan) Kami, niscaya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami”.
Maka tiap-tiap hikmah yang lahir dari hati, dengan kerajinan beribadah, tanpa belajar itu adalah dengan jalan kasyaf dan ilham.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barangsiapa mengamalkan apa yang diketahuinya, niscaya dipusakakan oleh Allah kepadanya, ilmu yang belum diketahuinya.  Dan diaugerahinya taufiq oleh Allah kepadanya pada yang diamalkannya.  Sehingga ia harus memperoleh syurga.  Dan barangsiapa tidak mengamalkan apa yang diketahuinya, niscaya ia binasa mengenai yang diketahuinya.  Dan ia tiada memperoleh taufiq pada yang diamalkannya.  Sehingga ia harus memperoleh neraka”.

Allah berfirman dalam surah Ath-Thalaq ayat 2-3 iaitu:
“Dan siapa yang taqwa (memenuhi kewajipan) kepada Allah, Dia mengadakan untuk orang itu jalan keluar (dari kesulitan).  Dan memberikan rezeki kepadanya dari (sumber) yang tiada pernah difikirkannya”.
Allah mengajarkan ilmu, tanpa belajar dan menganugerahinya kecerdikan tanpa percubaannya.

Allah Ta’ala berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 29 iaitu:
“Hai orang-orang yang beriman! Jika kamu takut kepada Allah, niscaya Ia akan memberikan kepada kamu pembezaan (antara yang benar dan salah)”.

Ada yang mengatakan, ialah n u r yang membezakan antara yang benar dan yang batil dan yang mengeluarkan dari hal-hal yang diragukan.   Kerana itulah, Nabi Muhammad SAW membanyakkan dalam doanya meminta n u r.

Doanya dalam Hadis yang dirawikan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas iaitu:
“Wahai Allah Tuhanku! Anugerahilah aku nur, tambahilah aku nur, jadikanlah dalam hatiku nur, dalam kuburku nur, pada pendengaranku nur, - sampai Nabi SAW mengatakan - : pada rambutku, pada kulitku, pada dagingku, darahku dan tulang-belulangku”



PERMINTAAN SYAITAN

Assalamualaikum..

Abu Umamah berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Bahwa iblis itu, tatkala turun ke bumi, lalu berdoa:
“Wahai Tuhanku! Engkau turunkan aku ke bumi dan Engkau jadikan aku terkutuk, maka buatlah bagiku sebuah rumah!”.
 Allah Ta’ala menjawab:
“Rumahmu kamar mandi!”

Iblis itu meneruskan doanya:
 “Buatlah bagiku sebuah tempat duduk!”.
Allah Ta’ala menjawab:
“Tempat dudukmu pasar-pasar dan tempat-tempat berkumpul di jalan-jalan raya”.

Iblis itu meneruskan doanya:
“Buatlah bagiku suatu makanan!”.
Allah menjawab:
“Makananmu yang tidak disebutkan nama Allah (tidak dibacakan Bismillah) padanya”.

Iblis itu meneruskan doanya:
“Buatlah bagiku sebuah minuman!”.
Allah Ta’ala menjawab:
“Minumanmu semua yang memabukkan”.

 Iblis itu meneruskan doanya:
 Buatlah bagiku Quran!” .
Allah Ta’ala menjawab:
“ Quranmu iaitu syair”.

Iblis itu meneruskan doanya:
“ Buatlah bagiku sebuah kitab!”.
Allah Ta’ala menjawab:
“Kitabmu ialah tatu (lukisan dan garisan-garisan pada badan)”.

Iblis itu meneruskan doa:
“Buatlah bagiku hadis!”.
Allah Ta’ala menjawab:
 “Hadismu iaitu dusta”. 

Iblis itu meneruskan doanya:
 ”Buatlah bagiku tempat memancing!”.
Allah Ta’ala menjawab:
 “ Iaitu wanita”.


TAKUT MISKIN

Assalamualaikum..

Sekadar perkongsian daripada hasil pembacaan

Khaitsamah bin Abdurrahman berkata:
“Syaitan itu berkata, “ Aku tidak dapat dikalahkan oleh anak Adam.  Maka tidak dapat ia mengalahkan aku pada tiga hal, iaitu: aku suruh dia mengambil harta yang bukan haknya, membelanjakannya pada bukan haknya dan melarangkannya pada haknya”.

Sufyan Ats-Tsuri berkata:
“ Syaitan itu tiada mempunyai senjata, seperti: sifat takut miskin.  Apabila manusia menerima yang demikian dari syaitan, niscaya ia berbuat yang batil, mencegah yang hak, berkata-kata dengan hawa nafsu dan menyangka Tuhannya dengan sangkaan buruk”.

Diantara bahaya kikir, ialah: rakus kepada mengharuskan diri tinggal di pasar-pasar, untuk mengumpulkan harta.  Pasar-pasar itu adalah tempat berkumpulnya syaitan-syaitan.