Sunday, December 28, 2014

''Andai Umar Bersama kita.. ''.

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

Semasa berlaku kemarau di Madinah, di bawah pemerintahan Khalifah Umar r.'anhu,. Beliau sanggup berlapar bersama rakyatnya yg terhimpun semuanya di Madinah. Bahkan diceritakan, Umar tidak menyentuh lemak dan daging utk diberikan kepada rakyatnya sehingga pucat kuning muka beliau.. Menurut perawi, jika kemarau itu berlanjutan lagi beberapa bulan mungkin Umar akan meninggal dunia.. Menangis Umar melihat keadaan rakyatnya..

Kata Umar r.'anhu : Buruk lah pemimpin apabila dia kenyang, sedang rakyat berlapar..

''Andai Umar Bersama kita.. ''.

Negeriku Dilanda Banjr

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V

PERKEMBANGAN MUKTAAKHIR INI, NEGARA PADA AMNYA, DAN NEGERI KELANTAN KHASNYA TELAH DITIMPA MUSIBAH BANJIR YANG AGAK LUAR BIASA. BANJIR YANG MENIMPA RAKYAT BETA ADALAH SEBAHAGIAN DARI QADA DAN TAQDIR ALLAH. HAL INI HARUS DI YAKINI DAN DI IMANI.

ATAS DASAR KEIMANAN, MUSIBAH PERLU DITERIMA DENGAN PENUH BERLAPANG DADA, BERSABAR BERTAWWAKAL KEPADA ALLAH YANG MAHA KUASA.

EKORAN MUSIBAH BANJIR YANG MELANDA INI RAKYAT BETA, BERHADAPAN DENGAN KETAKUTAN, KELAPARAN, KERUSAKAN HARTA BENDA, KEMATIAN, DAN KEKURANGAN HASIL MAHSUL.

BETA BERHARAP RAKYAT DAPAT MENGHADAPI MUSIBAH INI DENGAN BANYAK BERFIKIR DAN BERZIKIR KE HADRAT ALLAH.

BETA MERAKAMKAN UCAPAN TAZKIAH KEPADA MANGSA BANJIR. BETA AMAT DUKACITA DAN BERKONGSI RASA SIMPATI ATAS KERUSAKAN HARTA BENDA, KEHILANGAN NYAWA, RASA KETAKUTAN DAN GUNDAH GULANA.

BETA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA JABATAN DAN AGENSI NEGERI, PERSEKUTUAN, PIHAK NGO, SWASTA, INDIVIDU, SELURUH MASYARAKAT YANG TELAH BERSATU HATI DALAM USAHA MEMBANTU, MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR.

KEPADA SEMUA AHLI MASYARAKAT, HARUS BERSIKAP PEKA DAN SENSITIF TERHADAP MUSIBAH INI. JANGANLAH ADA DIKALANGAN AHLI MASYARAKAT YANG TIDAK SENSITIF, INGIN MENANGGUK DI AIR KERUH, DENGAN MENYEBARKAN BERITA-BERITA YANG MENAMBAHKAN KEKERUHAN DAN KEKUSUTAN DALAM MASYARAKAT. UJIAN SEBEGINI RUPA, BUKAN MASA UNTUK MANA-MANA PIHAK MENUNDING JARI, MENELANJANG, MENYALAHKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU.

BETA BERHARAP KEPADA SELURUH ALIM ULAMA, DAN MASYARAKAT TERUS BERDOA, MENGADAKAN SEMBAHYANG HAJAT DIMASJID DAN SURAU AGAR UJIAN DAN MUSIBAH INI TIDAK BERTAMBAH BURUK, MALAH SEGERA PULIH.

MARILAH KITA SEGERA MENEROPONG DIRI, MOHON KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH, SERTA MEMPERBAIKI LANGKAH-LANGKAH KITA, YANG MUNGKIN TELAH BANYAK MEMBUAT KESILAPAN.

MARILAH KITA MENGHULURKAN TANGAN PERSAHABATAN DENGAN ALAM SEKITAR. MARILAH KITA SAMA-SAMA SEDAR BAHAWA SEGALA MACAM MUSIBAH BENCANA DAN MALAPETAKA YANG TERJADI SEMUA ITU AKIBAT DARI OLAHAN TANGAN-TANGAN KITA.

SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI KITA SEMUA DAN MENJADIKAN MUSIBAH INI DENGAN KEBAIKAN YANG BANYAK.

Beliau datang tanpa wartawan, tanpa kamera, tanpa publisiti,
drive sendiri mgharung bnjir utk melihat rakyatnya. 
Sewaktu banjir, beliau turut sama mmbntu kerja2 menyelamat 
shgga org x sdar itu sultan mereka. 
Beliau juga menerima arahan dr seorg Mejar. 
Sewaktu berhenti rehat beliau turut minum dlm cawan
polisterin dgn petugas2. 
Tiba2 beliau disapa
"abg dr mana?"
"org sini jgk"
"mcm muka tuanku la abg ni"
Beliau hanya trsenyum
setelah menyedari yg disapa td adalah Sultan Kelantan kecut
perut org td minta maaf krn tdk tahu yg itu adalah sultan.
Beliau hanya trsenyum malah memeluk org td. Tergamam
Mejar yg ada kt situ, 
langsung x reti nk bg arahan mcm mula2 td.
Ciri2 pemimpin begini kita mahukn. 
Menyusup keluar dr istana,
mmbntu rakyat tnpa mmprkenalkn diri. 
Moga Tuanku mnjd cth
pd sultan dan bakal2 sultan..
ini secebis kisah berkaitan Sultan Kelantan di negeri Kelantan.. 
Allahhu Akbar!

Sunday, December 7, 2014

Menuju Puncak Broga..

BIARKAN GAMBAR BERBICARA.. 

betapa aku menyanyangi mereka semua
betapa aku kasihkan mereka
itulah mereka
ahli keluarga

KELAB SUKAN DAN REKREASI
HOSPITAL PAKAR AL-ISLAM

Wednesday, December 3, 2014

Usrah Hari Ini

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

Assalamualaikum.. sekadar perkongsian pembentangan usrah hari ini.. terketar-ketar tangan memegang nota.  Allahuakbar. tapi alhamdulillah selesai sudah.. kite jer yang takut..

USRAH 3 DISEMBER 2014:   RIAK DAN JAWATAN

MAKSUD
·         Memperlihatkan, menunjuk-nunjuk, menonjolkan atau mempamerkan amalan dilakukan kepada yang lain dengan tujuan mendapat tempat di hati mereka.

·         Berdasarkan al-quran dan hadis, ulama sepakat riya' hukumnya haram termasuk dalam kesalahan dosa besar yang merosakkan nilai ibadat.

FIRMAN ALLAH DAN HADIS BERKAITAN RIAK
1.    Allah swt berfirman dalam surah Luqman ayat 18:
“ Dan janganlah kamu memalingkan mukamu(kerana memandang rendah)kepada manusia, dan janganlah kamu berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”

2.    Nabi Muhammad saw bersabda dan diriwayat Imam Ahmad: “Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya’. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, “Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?”

3.    Nabi Muhammad saw bersabda dan diriwayat Ibnu Majah:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal?

Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah!Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.”

KATEGORI RIAK

Ulama memperincikan riya' kepada beberapa peringkat:

1. Riya' yang jelas iaitu yang menjadi pendorong kuat kepada amalan dan ibadat seseorang. Jika tidak kerana adanya riya', seseorang itu tentu tidak melakukan amal ibadat terbabit.

2. Riya' yang tidak jelas dan tersembunyi. Jika kerana riya' saja dia tidak melakukan ibadat, misalnya seorang yang biasa bersolat tahajud, kadangkala diselubungi kemalasan, tetapi apabila ada teman atau tamu bangun beribadat malam dia menjadi rajin pula.

Ibadatnya itu didorong sedikit oleh riya' yang tidak jelas dari dalam dirinya. Riya' yang tidak jelas ini menurut ulama, tidak membatalkan pahala asal, tetapi menjejaskan nilai pahalanya mengikut kadar riya' terbabit. 

3. Riya' yang lebih tersembunyi dan terlalu samar. Riya' ini bukan yang mendorong amal ibadat atau berasa ringan untuk beribadat, namun sifat itu terpendam di dalam diri.

Jenis ini hanya boleh diketahui dan dikenali melalui tandanya seperti berasa bangga dengan pujian.

Misalnya, seseorang itu melakukan ibadat secara ikhlas, tanpa ada dorongan riya', malah benci kepada sifat terbabit, tetapi apabila amalannya itu diketahui orang, dia berasa gembira.

Jika gembiranya semata-mata sebagai tabiat fitrah manusiawi dan tidak mengharapkan amalannya itu diketahui orang, riya' seperti ini tidaklah merosakkan pahala amalan terbabit.

Ada yang lebih tersembunyi dari itu, hanya dapat disedari mereka yang mempunyai hati bersih lagi halus sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w bahawa riya' lebih tersembunyi daripada rayapan kaki semut hitam di waktu malam.

TANDA RIAK
1.    Malas beramal jika bersendirian
2.    Rajin beramal bila dalam ramai
3.    Menambah amalan bila dipuji, dan mengurangkannya bila dicela

CARA MENGATASI RIAK
1.    Nawaitu yang jelas dan tepat hanya kerana Allah. Tidak meletakkan sasaran untuk menjadi pimpinan atau sebagainya yang merosakkan niat.
2.    Bekerja dan bertugas walau tanpa jawatan. Sikap hanya aktif semasa memegang jawatan dan menghilangkan diri dikala tidak berjawatan adalah sikap negatif
3.    Bersedia menerima dan memberi nasihat atau teguran.
4.    Tidak bermain alasan untuk mengelakkan diri dari aktiviti jamaah.
5.    Bersedia menerima arahan dalam apa jua keadaan sungguhpun ia tidak bersesuaian dengan keinginan diri.
6.    Sentiasa mengadakan muhasabah terhadap apa jua tindakan / aktiviti jamaah. Merasakan diri adalah lemah dan kerdil dan serba kekurangan justeru cuba untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

Sunday, November 30, 2014

Kenanganku.. 2007-2008

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

SAHABAT.. AKU RINDU KAMU..

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

Friday, November 21, 2014

Listen.. Listen.. Listen..

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

Assalamualaikum whb..

Just nak share apa yang berlaku petang tadi.. There is one issue that i think i should share with u all.. tadi kami ada kelas ganti.. Sebagai bidang terjun, kami always need to get ready klu ada pihak yang batalkan last-last minute.  Itu ok jer..

Cuma yang Siti nak share adalah isu selepas kelas tu.  Dipendekkan cerita, berlakulah salah faham mengenai kelas tadi.  Cuma yang su nak tekankan, jika terjadi misunderstanding dengan sesiapa je, please listen to both of them.  Maybe they have the reason why need do like that, not like this.. Why they told that word, not this word..  Please listen to both of them..  They are not perfect.. But they also not totally wrong.. Bukan sebab su berada di pihak yang mana-mana tapi sebagai seorang yang professional, mendengar dari 1 pihak je takkan selesaikan masalah.  Tambah-tambah kalau kita bersetuju dengan pihak itu dan menambahkan lagi lada ke dalam sup yang panas, minum air batu pun takkan hilang keperitannya. 

Yang terbaek lagi terbaek:

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) 
dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), 
engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka 
(sahabat-sahabat dan pengikutmu), 
dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati,
 tentulah mereka lari dari kelilingmu. 
Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka 
lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka 
dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan 
(peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. 
Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat,
 untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah,
 sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
 (Ali Imran:159)

Thursday, November 13, 2014

Unsung Hero

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

Suatu hari,
Dia:Wei, hari ahad pon ada orang coll aku..
Aku: cian kau.. sabar deh..
Dia: nanti ingatkan aku untuk coll ni tau.
Aku: Baek bos

Seminggu kemudian,
Dia: Ada orang dari oversea coll aku.. aku rasa aku baru jer terlelap..
Aku: Cian kat kau.. sabar deh.. dah la demam
Dia: takpe, bak kata saen aku, kita ni ibarat UNSUNG HERO.
Aku: Unsung Hero tu apa?
Dia: cehh.. gugel la..
Aku: ok dah dapat..
Dia: haa tu la kita.. aku, kau, dia dan dia..

Apa yang aku dapat dari gugel??

“Real courage is doing the right thing when nobody's looking. 
Doing the unpopular thing because it's what you believe, 
and the heck with everybody.”

Terima Kasih Encik..

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

Alhamdulillah selesai sudah Seminar dan Bengkel Antarabangsa Kali Ke-10.. Alhamdulillah segala pujian hanya untuk Allah yang memudahkan segala urusan kami, yang menenangkan kami dikala membuat keputusan on the spot..  Alhamdulillah..

Terima kasih kepada Encik.. Terima kasih kepada Cik..  Terima kasih kepada Puan.. Terima kasih sahabat.. Terima kasih kawan..  Terima kasih atas pujian itu.. Terima kasih atas segala sokongan.. Terima kasih atas segala sanjungan itu..

InsyaAllah, aku cuba jadi yg terbaik.. Aku cuba untuk buat yang terbaik.. Bukan semata-mata nak tunjuk pada Encik tapi aku harap semoga usaha aku itu dibalas oleh Allah nanti..

Teringat kembali saat awal-awal penglibatan aku.. malu rasanya bila terkenangkan yg bibir ini pernah mengeluh saat terpaksa menelefon setiap saat.. 8 jam x 5 hari.. aduuhhh mana mungkin hati ini mampu sabar apabila skrip yang sama diulang, perbuatan sama yang dibuat.. memujuk, merayu, menagih simpati.. malu rasanya bila hati ini pernah mengadu betapa bosannya pekerjaan ini.. sungguh, hatiku begitu keras..

Namun, hampir sebulan sebelum seminar, baru aku sedar.. apa yang aku buat itu adalah sumber bekalan aku nanti.. bayangkan aku membantu orang untuk belajar.. pasti pahala orang yang menuntut ilmu itu ada bahagiannya untuk aku.. jika aku permudahkan urusan orang untuk berbuat kebaikan, pasti Allah akan menolong aku nanti.. Allah itu Maha Pemurah.. Allahuakbar..

Tuesday, November 11, 2014

Apabila Dia Berkata...

APABILA DIA BERKATA::::

Daurah lalu, ada seseorang bertanya,
"Saya sering melihat pergaulan kalian sesama ikhwah dan akhawat. Sejauh mana ikhtilat kalian?"
Lalu, ada seseorang menjawab,
"Hubungan kami tetap terjaga, kerana dengan ikatan kekeluargaan,kami berkongsi rasa cinta dan kasih sayang Nabi. Seseorang yang mencintai Nabi, akan sentasa bertindak dengan cara Nabi. Sebab itulah, sekiranya ditanyakan sejauh mana ikhtilat kami, semestinya masih menjaga batas-batas syariat. Kerana itu ajaran Nabi"
Moga kita semua terus intim dengan-Nya, bercinta dengan ilmu dan mencintai perjuangan menegakkan kalimatullah.
Alhamdulillah atas segala nikmat Allah.

Tuesday, October 28, 2014

KUATKAN HATI

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada ALLAH Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Do’a sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh!
Umat Islam sentiasa boleh!
Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tuju wawasan
Dunia dan Akhirat
Wawasan dunia dan Akhirat
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia
Wawasan diri
Penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama
Bekalan masa depan dan Akhirat
Kuat usaha
Jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan ALLAH
Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama’ warisan anbiya’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari

3 Hati, 3 Cerita

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

PERTAMA:
Hamba Allah ni adalah staf tempat Siti bekerja.  Kami sama-sama lepak sementara menunggu kawan yang lain solat.  Macam biasa, Siti sekadar mendengar apa yang beliau kongsikan.  Alhamdulillah, Allah pertemukan Siti dengan seorang hambaNya yang hebat ini.  Dirinya hanyalah seorang insan biasa dan beliau berkongsi kisah bagaimana beliau berubah kea rah lagi baik apabila masuk bekerja di tempat kerja yang Alhamdulillah membuka hatinya untuk berubah. 

Katanya:
“Akak dulu bukanlah jahil sangat cuma mungkin kurang kesedaran mengenai kelebihan menuntut ilmu.  Setiap masa akak rasa akak seorang yang teramat cibuk sehingga tiada masa untuk diluangkan untuk belajar agama.  Tapi Alhamdulillah, sejak akak masuk tempat kerja ni, Akak mula kenal apa itu usrah, tadarus al-Quran, kelas agama.  Dulu mungkin tahu tapi atas desakan nafsu, amalan-amalan tu sekadar tahu sahaja tanpa diamalkan.  Alhamdulillah sekarang akak gembira dengan perubahan akak.  Kalau dulu mungkin agak bising dan anggap semua tu menyusahkan sebab terpaksa meluangkan masa, namun, sekarang ni amalan tu sudah jadi makanan.  Alhamdulillah akak gembira di sini.  Mana ada company lain yang menggalakkan kita belajar dan menuntut ilmu agama pada waktu pejabat? Alhamdulillah, bila kita nak berubah, Allah hadirkan orang yang terbaik di sisi kita. 

KEDUA:
Pertemuan dengan hamba Allah di KL Sentral.  Pak cik nak pesan, “ Kalau ada ma ayah lagi, jangan derhaka kepada mereka.  Mak kau susah payah lahirkan kau tau.  Yang keduanya, jangan sesekali tinggal solat!. Ingat pesan ni tau”

KETIGA:
Turun dari KTM, terjumpa pula dengan seorang akak Philipines.  Ya Allah, dia mintak temankan dia ambik anak dia sebab dia takut.  Katanya,” I mmg nak belajar bhasa Melayu.  I faham sikit-sikit la”.. bagaimana dia nak anak dia belajar.. “Nanti I nak masukkan dia di sekolah ini.  Bagi dia belajar”

Ya Allah, Engkau takkan jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Semoga ada hikmatnya yang tersembunyi.
Engkau kurniakanlah rahmat kepada mereka dan
peliharalah mereka daripada api nerakaMu..
permudahkanlah urusan mereka,
kurniakanlah kesihatan yang terbaek buat mereka.

Aminnn..

Sunday, October 26, 2014

Berubahlah..

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

PEKERJA VS HAMBA

Sekadar perkongsian apa yang Siti belajar secara tidak langsung dari seorang hamba Allah yang tidak kenal langsung.  Alhamdulillah, Allah adalah sebaek-baek tempat bergantung.  Bila kita berharap pada Allah, Allah akan jaga kita.  Tapi dalam kes ni, bukan sekadar jaga, tapi Allah bagi lagi kesempatan untuk belajar dan menambah ilmu agamanya.  Alhamdulillah segala puji bagi Allah. 

Kata hamba Allah itu::
“Pada pendapat saya, sekarang ni kita tak tahu yang kita ni pekerja atau hamba kepada Allah.  Adakah kita ni seorang pekerja yang berdedikasi kepada bosnya dan mengharapkan tugasnya dibayar dengan gaji yang setimpal dengan apa yang telah dia ditugaskan? Ataupun sebagai hamba yang hanya mampu menurut tanpa berharap sebarang balasan? Cukupkah sekadar tuan sediakan makan minum tempat tnggal sebagai ganti segala bayaran penat lelah seharian?

Marilah kita sama-sama berdoa:
Ya Allah, jadikanlah aku sebagai seorang hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMu tanpa mengharapkan sebarang balasan. Aminn.. “

Tapi,
Bila dibincangkan perkara ini dengan seorang hamba Allah yang lain, ini jawapannya:
“Bagi saya pula, jika kita tak mengharapkan sebarang balasan, kenapa Allah berfirman, “Mintaklah kepadaku, insyaAllah akan aku perkenankan”?.. “

Dan ini jawapan dari Allah yang datang tanpa dicari dan inilah yang terbaik.