Tuesday, October 28, 2014

3 Hati, 3 Cerita


“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

PERTAMA:
Hamba Allah ni adalah staf tempat Siti bekerja.  Kami sama-sama lepak sementara menunggu kawan yang lain solat.  Macam biasa, Siti sekadar mendengar apa yang beliau kongsikan.  Alhamdulillah, Allah pertemukan Siti dengan seorang hambaNya yang hebat ini.  Dirinya hanyalah seorang insan biasa dan beliau berkongsi kisah bagaimana beliau berubah kea rah lagi baik apabila masuk bekerja di tempat kerja yang Alhamdulillah membuka hatinya untuk berubah. 

Katanya:
“Akak dulu bukanlah jahil sangat cuma mungkin kurang kesedaran mengenai kelebihan menuntut ilmu.  Setiap masa akak rasa akak seorang yang teramat cibuk sehingga tiada masa untuk diluangkan untuk belajar agama.  Tapi Alhamdulillah, sejak akak masuk tempat kerja ni, Akak mula kenal apa itu usrah, tadarus al-Quran, kelas agama.  Dulu mungkin tahu tapi atas desakan nafsu, amalan-amalan tu sekadar tahu sahaja tanpa diamalkan.  Alhamdulillah sekarang akak gembira dengan perubahan akak.  Kalau dulu mungkin agak bising dan anggap semua tu menyusahkan sebab terpaksa meluangkan masa, namun, sekarang ni amalan tu sudah jadi makanan.  Alhamdulillah akak gembira di sini.  Mana ada company lain yang menggalakkan kita belajar dan menuntut ilmu agama pada waktu pejabat? Alhamdulillah, bila kita nak berubah, Allah hadirkan orang yang terbaik di sisi kita. 

KEDUA:
Pertemuan dengan hamba Allah di KL Sentral.  Pak cik nak pesan, “ Kalau ada ma ayah lagi, jangan derhaka kepada mereka.  Mak kau susah payah lahirkan kau tau.  Yang keduanya, jangan sesekali tinggal solat!. Ingat pesan ni tau”

KETIGA:
Turun dari KTM, terjumpa pula dengan seorang akak Philipines.  Ya Allah, dia mintak temankan dia ambik anak dia sebab dia takut.  Katanya,” I mmg nak belajar bhasa Melayu.  I faham sikit-sikit la”.. bagaimana dia nak anak dia belajar.. “Nanti I nak masukkan dia di sekolah ini.  Bagi dia belajar”

Ya Allah, Engkau takkan jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Semoga ada hikmatnya yang tersembunyi.
Engkau kurniakanlah rahmat kepada mereka dan
peliharalah mereka daripada api nerakaMu..
permudahkanlah urusan mereka,
kurniakanlah kesihatan yang terbaek buat mereka.

Aminnn..


No comments:

Post a Comment