“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa
sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku
berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu
dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku
berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak
khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak
diperkenankan.”
Assalamualaikum.. sekadar perkongsian pembentangan usrah hari
ini.. terketar-ketar tangan memegang nota. Allahuakbar. tapi
alhamdulillah selesai sudah.. kite jer yang takut..
USRAH 3
DISEMBER 2014: RIAK DAN JAWATAN
MAKSUD
· Memperlihatkan, menunjuk-nunjuk,
menonjolkan atau mempamerkan amalan dilakukan kepada yang lain dengan tujuan
mendapat tempat di hati mereka.
· Berdasarkan al-quran dan hadis, ulama
sepakat riya' hukumnya haram
termasuk dalam kesalahan dosa besar yang merosakkan nilai ibadat.
FIRMAN ALLAH DAN HADIS BERKAITAN
RIAK
1. Allah swt berfirman dalam surah Luqman
ayat 18:
“ Dan janganlah kamu memalingkan
mukamu(kerana memandang rendah)kepada manusia, dan janganlah kamu berlagak
sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong
takbur, lagi membanggakan diri.”
2. Nabi Muhammad saw bersabda dan
diriwayat Imam Ahmad: “Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu
sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya’. Pada hari kiamat, ketika
memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, “Pergilah kalian
kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia.
Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?”
3. Nabi Muhammad saw bersabda dan
diriwayat Ibnu Majah:
Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud:“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku
takuti ke atas kamu daripada dajal?
Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah!Bagindapun berkata:” Syirik khafi
iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya
kerana ada orang yang memerhatikannya.”
KATEGORI RIAK
Ulama memperincikan riya' kepada
beberapa peringkat:
1. Riya' yang jelas iaitu yang menjadi pendorong kuat kepada
amalan dan ibadat seseorang. Jika tidak kerana adanya riya', seseorang itu
tentu tidak melakukan amal ibadat terbabit.
2. Riya' yang tidak jelas dan
tersembunyi. Jika kerana riya' saja dia tidak melakukan ibadat, misalnya
seorang yang biasa bersolat tahajud, kadangkala diselubungi kemalasan, tetapi
apabila ada teman atau tamu bangun beribadat malam dia menjadi rajin pula.
Ibadatnya itu didorong sedikit oleh riya' yang tidak jelas dari dalam dirinya.
Riya' yang tidak jelas ini menurut ulama, tidak membatalkan pahala asal, tetapi
menjejaskan nilai pahalanya mengikut kadar riya' terbabit.
3. Riya' yang lebih
tersembunyi dan terlalu samar. Riya' ini bukan yang mendorong amal ibadat
atau berasa ringan untuk beribadat, namun sifat itu terpendam di dalam diri.
Jenis ini hanya boleh diketahui dan dikenali melalui tandanya seperti berasa
bangga dengan pujian.
Misalnya, seseorang itu melakukan ibadat secara ikhlas, tanpa ada dorongan
riya', malah benci kepada sifat terbabit, tetapi apabila amalannya itu
diketahui orang, dia berasa gembira.
Jika gembiranya semata-mata sebagai tabiat fitrah manusiawi dan tidak
mengharapkan amalannya itu diketahui orang, riya' seperti ini tidaklah
merosakkan pahala amalan terbabit.
Ada yang lebih tersembunyi dari itu, hanya dapat disedari mereka yang mempunyai
hati bersih lagi halus sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w bahawa riya'
lebih tersembunyi daripada rayapan kaki semut hitam di waktu malam.
TANDA RIAK
1. Malas beramal jika bersendirian
2. Rajin beramal bila dalam ramai
3. Menambah amalan bila dipuji,
dan mengurangkannya bila dicela
CARA MENGATASI RIAK
1. Nawaitu yang jelas dan tepat hanya kerana Allah. Tidak meletakkan sasaran untuk menjadi pimpinan atau sebagainya yang merosakkan niat.
2. Bekerja dan bertugas walau tanpa jawatan. Sikap hanya aktif semasa memegang jawatan dan menghilangkan diri dikala tidak berjawatan adalah sikap negatif
3. Bersedia menerima dan memberi nasihat atau teguran.
4. Tidak bermain alasan untuk mengelakkan diri dari aktiviti jamaah.
5. Bersedia menerima arahan dalam apa jua keadaan sungguhpun ia tidak bersesuaian dengan keinginan diri.
6. Sentiasa mengadakan muhasabah terhadap apa jua tindakan / aktiviti jamaah. Merasakan diri adalah lemah dan kerdil dan serba kekurangan justeru cuba untuk memperbaiki kelemahan tersebut.
No comments:
Post a Comment