Tuesday, July 30, 2013
Saya Dah Berubah
Ya, saya telah berubah...
senyap'...
Ramai dikalangan kita kurang memahami bahawa perubahan diri ialah merupakan sesuatu perkara yang fitrah dalam kehidupan khususnya para remaja, anak muda baik dara atau pun teruna.
Dalam hidup ini ada orang yang kita lihat jahat kemudian menjadi baik, dahulunya baik kemudian berubah menjadi jahat. Apa yang kita ucapkan dizaman kanak-kanak mungkin sudah berubah apabila menjadi remaja dan dewasa.
Hari ini seorang ustaz mengatakan sesuatu pendapat maka mungkin esok atau lusa dia akan mengubah pendapatnya. Ya, perubahan itu satu perkara yang fitrah. Pendapat Imam Syafi'e ketika di Iraq tidak sama dengan pendapatnya yang baru selepas berpindah ke Mesir.
Kematangan setiap orang pada sesuatu perkara itu tidak sama
Ada orang yang bermula 'matang' dalam agama hanya setelah berusia 30-an, ada pula yang baru 20 an sudah pun matang. Bergantung pada pengalaman, ujian dan tarbiyyah kehidupan yang menimpanya.
Ustaz muda yang baru lulus universiti mungkin menukar pendapatnya apabila beliau sudah bernikah. Kemudian apabila dia sudah bernikah mungkin menukar pendapatnya apabila sudah mempunyai anak. Kemudian apabila sudah mempunyai anak pula mungkin dia akan mengubah pendapatnya kala sudah bercerai dengan isterinya. Kemudian mungkin akan berubah lagi setelah bernikah semula...
Sampai bila berterusan begitu?
Aljawab sampai mati kerana hidup ini bukan dikawal oleh kita tetap Allah.
Bahkan baginda nabi salallahualaihiwassalam pun selalu membaca doa,
يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
'Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu ' [riwayat al-Tirmidzi] Dalam riwayat Muslim menyebut kalimah عــلى طـا عــتـك di atas ketaatan kepadaMu.
Perubahan diri pasti akan berlaku kepada setiap orang cuma persoalannya apakah perubahan itu ke arah keburukan atau kebaikan ? Kepada semakin mendekati kebenaran atau semakin menjauh ? Kepada menjadi ahli syurga atau neraka ?
Satu hal yang lumrah bagi anak anak-anak muda pada hari ini di tanahair yang bergelumang dengan dunia 'fikrah' dan 'idealism' untuk menyertai PAS, Umno, Jim, Haluan, Isma, Abim, Ikram, Tabligh, Hizbut Tahrir, Salafy, Ikhwan Muslimin, Sosialis, liberal, 'free thinker' dan sebagainya.
Tetapi itu bukan penamatnya...
Lupakah kita bahawa Imam Abu Hasan al-Asya'ari pun pada waktu mulanya adalah seorang 'muktazilah' ?
Ramai saja dalam sejarah, dikalangan ulama yang bermazhab hanafi berpindah kepada mazhab syafi'ie, dari Syafi'ie kepada Maliki dan sebagainya.
Sahabat Nabi Salallahualaihiwassalam yang bernama Salman al-Farisi RA pun asalnya penyembah majusi, kemudian menjadi nasrani sehingga akhirnya setelah dijual sebagai hamba kepada seorang yahudi di madinah barulah beliau dapat bertemu dengan Islam...
Tidak penting bagaimana seseorang itu bermula tetapi bagaimana dia akan berakhir...
Justeru buat anak muda, janganlah berhenti berlari dan mencari kebenaran kerana 'jemaah, fikrah, pendapat, mazhab, aliran pemikiran hari ini' mungkin ialah satu persinggahan sementara...
Mintalah pada Allah akan hidayah, kejar dan carilah ia, jika dapat maka berpeganglah ia dengan bersungguh-sungguh !
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ ٱلْوَهَّابُ
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)." [Ali-Imran:8

Sunday, July 21, 2013
PMDS Jun 2013
Assalamualaikum...
Belum terlambat rasanya untuk Siti berkongsi pengalaman menjadi
Pembantu Minggu Destini Siswa Jun 2013 di UiTM Puncak Alam.. Alhamdulillah,
pengalaman itu sangat berharga walaupun banyak halangannya... Tak sia-sia Siti
berkorban jiwa dan raga walaupun inilah kalipertama Siti join aktiviti macam ni
.. Alhamdulillah ya Allah..
Kenapa pengalaman ini terbaik?
1) Ahli-ahli PMDS adalah yg terbaik.. Korang mmg terbaik.. Mungkin
Siti cuma nampak luaran tapi Siti nak korang tahu yg korang mmg terbaik..
Pandai bahagikan masa, pandai menangani masalah, pandai selesaikan masalah,
berakhlak mulia, pandai serba-serbi.. Mungkin korang xperasan, tapi korang
sebenarnya mempunyai sikap yg terbaik dari apa yg kita belajar dalam kelas..
Siti mmg tabik spring kat korang.. TAHNIAH BUAT SEMUA!!!!
2) Pengalaman lain dari lain... Siti belajar bagaimana cara nak
bahagikan masa, bagaimana nak hadapi stress, bagaimana cara terbaik nak
berhadapan ngan orang lain yg sedang marah.. Alhamdulillah ya Allah..
Pengalaman ini sangat berharga walaupun ada masa terpaksa tebalkan muka menahan
sabar dimarahi, terpaksa korbankan waktu tidur, terpaksa ubah jadual harian,
dan banyak lagi.. Terima kasih ya Allah
3) Dialah sahabat, dialah teman.. Alhamdulillah, kini baru Siti
tahu siapa kawan, siapa sahabat.. Siapa yang sudi berkongsi rasa, siapa yang
sudi menyalahkan diri ini.. Siapa yang cepat melatah, siapa yang cepat membuat
kesimpulan.. Siapa yang pandai memberi nasihat, siapa yang pandai menyindir..
Alhamdulillah.. Terima kasih kepada sesiapa yg sudi memberi nasihat walaupun
xkene cara dan xkene masa..
4) Jika kita tolong orang, insyaAllah Allah tolong kita.. Walaupun
xberapa nampak hasilnya, tapi alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah...
Walaupun dalam kesibukan, alhamdulillah, Allah kurniakan kejayaan dalam test...
Mula-mula Siti takut juga, time MDS tu penuh dngan test dan quiz.. Namun kuasa
Allah mengatasi segalanya.. Siapa sangka, walaupun Siti hanya mampu buat yg
terbaik dan berserah dengan membaca buku setakat termampu, namun kuasa Allah
mengatasi segalanya.. Alhamdulillah..
Sekian sahaja perkongsian pengalaman sebagai PMDS.. Alhamdulillah,
pengalaman itu mengajar kita menjadi lebih baik.. Semoga Siti terpilih lagi
untuk menjadi PMDS untuk bulan September ini.. Alhamdulillah..
Friday, July 12, 2013
Laman Web Mencari Jodoh
Assalamualaikum...
Allah berfirman dalam
Surah An-Nur : ayat 32-33.
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan
orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan
perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya.
Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang
tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan
mereka dengan kurniaNya…….”.
Allah berfirman
dalam Surah An Nahl : Ayat 72
“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri
dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan
memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada
yang bathil dan mengingkari ni’mat Allah ?”
Allah berfirman
dalam Surah Yaa Sin : Ayat 36
“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya
berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka
ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.”
Hadis Riwayat Ahmad 2: 251,
Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari shahabat Abu
Hurairah radliyallahu ‘anhu
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu
seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya
merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”.
p/s: Walaupun terdapat banyak laman web yang bleh kita gunakan utk
mencari psangan, tetapi berusahalah mencari pasangan yang terbaik untuk kita,
yang terbaik utk anak-anak kita nanti.. Semoga Allah Redha..
Thursday, July 11, 2013
Doaku padaMu (sambungan)
Kisah
2 (10/7/2013)
"Ya
Allah, permudahkanlah segala-galanya.. Ya Allah, jika itu terbaik buat kami,
permudahkanlah ya Allah.. Permudahkanlah segalanya.." Doa Aishah dalam
esak tangis teringatkan pesanan kakaknya... Esoknya, bangun je tido, ada call
dari akak.. Aishah, Aiman dah tiada.. Aiman dah meninggal.. innalillah... Hanya
kepadaMu kami kembali..
Teringat
lagi pesanan akak ketika telefon semalam.. Katanya Aiman sedang nazak
sekarang.. Sudah 3 hari terlantar tidak sedarkan diri.. Semalam pun akak sudah
tak lalu makan apabila teringatkan Aiman.. Akak berpesan supaya doakan semoga
Allah permudahkan segalanya.. Aku pun tanamkan tekad, malam ni aku mesti bangun
pagi doakan Aiman.. Siapa sangka, Allah perkenankan doakan dalam sekelip mata..
ya Allah, aku redha atas segala ketentuanMu ya Allah..
Doaku padaMu
Assalamualaikum..
Sekadar ingin berkongsi mengenai kuasa doa... Kuasa keyakinan kepada Allah.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.. SubhanAllah...
Kisah1 (8/7/2013):::
Alahai
hujan la plak pagi nie.. Petang ni dah rancang nak BBQ.. Macam mana ni?
Barang-barang semua dah siap.. Sabar-sabar.. Ada masa Lagi.. Ya Allah,
permudahkanlah segalanya ya Allah.. Permudahkanlah ya Allah.. Petangnya, hujan
masih ag menyapa.. Ya Allah, dugaan apa ini.. Permudahkanlah ya Allah..
Jadualnya, pukul 6 dah start bakar tapi 5.30 cuaca gelap dan hujan
rintik-rintik.. ya Allah.. permudahkanlah ya Allah.. Hanya kepada Engkau aku
bermohon.. Tepat jam 6 petang, cuaca kembali cerah.. Alhamdulillah ya Allah..
Terima kasih ya Allah..
bersambung..........
Wednesday, July 10, 2013
Aku Menangis!
Pernah rasa?
Tangisan dalam diam..
Tangisan yg ditahan sungguh-sungguh..
Supaya tak siapa perasan hati ni sedang
menangis..
Tangisan yg cuma bergema diruang hati..
Sungguh sakitkan dada menahan tangisan
tu..
Rasa nak pecah hati ni..
Lemah seluruh anggota badan ..
Tak apa wahai hamba Allah yg disayangi..
Sungguh Allah sedang pandang dirimu..
Dengan penuh kasih sayang,penuh rasa
cinta ..
DIA menunggu kamu utk kembali padaNya..
Ingatlah Allah, DIA sentiasa membuka
pintu taubat..
Pintu kemaafan supaya kita hamba yg
sering lalai..
Tidak akan selamanya hanyut dalam hal
duniawi ..
Saturday, July 6, 2013
Selamat Hari Lahir....
Bismillahirahmanirahim....
Alhamdulillah
pada hari ini 6/7/2013...Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan pd
tahun ini yg ke-22. Terima kasih juga untuk rezeki yg Engkau kurniakan. Terima
kasih utk setiap cubaan yg Engkau turunkan. Terima kasih utk bakat serta ilham
yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang Engkau berikan
kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap
terima walau terkadang aku leka, aku alpa, aku tersilap dan khilaf dalam
menafsir makna dalam setiap kurniaan dan dugaaan yang telah Engkau berikan.
Namun begitu besar kasihMu... Engkau tetap memberikan serta melindungi aku
walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku
tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khalid walaupun terkadang aku terbuai dengan
kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku
Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMu, Jika bukan kepadaMu. kepada
siapa lagi yang harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali akan kewujudan ini
Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku
kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir
terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku
kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia
begini..aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin
jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahim. Dalam usia meningkat ini yang
ku inginkan hanyalah ketenangan, kekhusyukan utk beribadah, segala
kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang
sudi.
Ya
Muhaimin..pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu
ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan
kebenaran. Ya Al Quddus...sebagai hambaMu yang hina dina ini, aku takkan
mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku, bimbinglah aku sentiasa agar
aku mampu meneliti tititian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa
cela.
Ya Allah..
semoga dengan pertambahan usiaku ini berikanlah aku kekuatan dan ketabahan
untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan halangan dan cabaran, jadikanlah
aku anak yang solehah yang mampu menyejukkan hati kedua ibu bapaku, Engkau
peliharalah seluruh ahli keluargaku daripada sebarang musibah kurniakan lah
mereka kesihatan yang baik serta murahkan rezeki mereka, terima kasih Ya Allah aku membesar dengan
belaian dan kasih sayang seorang Abah & Ibu yang mementingkan nilai
keislaman dalam diri setiap anak-anaknya...
Ya Allah
kepadaMu juga aku mengharapkan diberikan aku jodoh yang baik, yang mampu
mendekatkan aku kepadaMu, yang mampu mendidikku agar tidak melupakan segala
SuruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu, Berikanlah aku kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran. Berikanlah aku kejayaan di dunia & di akhirat.
Terima kasih
Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkau Maha
Besar..peliharalah aku serta orang-orang disekeliling aku agar terus berpegang teguh
pada taliMu.
Terimalah
permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al-Mudzill.
Amin Ya
Rabbul Alamin...
Wednesday, July 3, 2013
Manual Hidup
Allah
berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 138:
(Al-Quran)
ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan pertunjuk serta
pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
Jom sama-sama kita hayati video ini.. Semoga kita sentiasa istiqamah dalam membaca dan mengamalkan al-Quran.. Semoga Allah redha!
Ciri-ciri Orang Beriman dalam Surah Ali'-Imran
Allah telah berfirman dalam
surah Ali'-Imran ayat 130-136 iaitu:
(130)
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan
hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.
(131)
Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang
disediakan bagi orang-orang kafir.
(132)
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya,
supaya kamu diberi rahmat.
(133)
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan
amal-amal yang baik untuk
mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya
seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa.
(134)
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,
dan orang-orang yang menahan
kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah),
Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik
(135)
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji , atau
menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon
ampun akan dosa mereka -
dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan
mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah
lakukan itu, sedang mereka
mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
(136)
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan
dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal didalam dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi)
orang-orang yang beramal.
Jadi, kita tunggu apa lagi? jom sama-sama kita berusaha untuk
amalkan.. semoga Allah redha!
Tuesday, July 2, 2013
Sahabat Untuk Selamanya
Allah
Maha Penyanyang
kadang-kadang kita terlepas pandang, sebab musabab Allah uji kita dengan ujian tersebut.. namun, Allah itu lagi Maha Mengetahui segalanya.. lihatlah dengan mata hati.. Allah uji kita supaya kita kembali bersatu hati.. Allah uji kita supaya kita tidak mementingkan diri.. Allah uji kita supaya kita kembalikan ukhuwah.. siapa sangka, kemesraan itu masih wujud di antara kita..
SAYANG KAMU SAHABAT..
*nukilan dalam kegelapan malam disinari cahaya lilin*
Subscribe to:
Posts (Atom)