Sunday, May 16, 2021

Kisah.Kita

Hari ini Hari Raya Aidilfitri. Jadi sempena hari yang berbahagia ini, petang tadi aku ambil peluang untuk beraya dan minta maaf dengan suami aku.

"Bie, selamat hari raya. Sayang minta maaf salah silap zahir dan batin"

"Meh sini Bie nak tunjuk batin tu dimana."

Aku segera mendekatkan diri kepadanya.

"Batin tu di sini." kata dia sambil menghalakan jarinya ke dada aku.

"Nafkah batin buat pasangan itu adalah kasih sayang, jaga emosi dia, bermuka manis, jadi penenang jiwa kepadanya." panjang lebar dia berterus terang.

Aku hanya mampu terdiam.

Merenung wajahnya tanpa sebarang bicara.

Lalu dia menggenggam tangan aku sambil berkata,

"Sayang, bie minta maaf andai sayang pernah rasa kecewa memiliki suami seperti Bie."

"Bie, sayang tak pernah sedikit pun rasa kecewa dengan Bie. Mana mungkin sayang rasa kecewa dengan pilihan Allah kepada sayang."

"MasyaAllah. Barakallah.. Barakallah.." laju mulut dia menuturkan perkataan itu penuh kesyukuran.

..........

 

Iya.

Dia adalah pilihan Allah kepada aku.

Dalam diam, Allah aturkan perjalanan urusan jodoh kami berdua.

Bagaimana diatur kisah pertemuan kami..

Bagaimana digerakkan hati kami berdua..

Bagaimana dipermudahkan segala urusan nikah..

 

MasyaAllah.

 

Nikmat apa lagi yang aku dustakan.

                                                                                                    

No comments:

Post a Comment