Assalamualaikum.
Sekadar
perkongsian mengenai pengurusan kewangan sebagai persediaan perkahwinan.
Bagaimana
cara aku?
Pertama,
MASTER LIST EVENT
Suatu
masa dahulu, aku pernah berpeluang mengendalikan majlis besar dan penyelia aku
minta untuk buatkan satu master list. Apa itu master list? Master list tu
adalah satu senarai dari sekecil-kecil keperluan majlis sehinggalah
sebesar-besar keperluan. Bagaimana nak selesaikan tugasan tu? Aku terpaksa
bayangkan diri aku pada hari majlis tersebut dan senaraikan semua keperluan aku
pada hari tersebut. Dari situ aku
belajar untuk bersedia bagi sesuatu majlis dan senaraikan perkara-perkara yang
mungkin diperlukan untuk nikah seperti barang hantaran, keperluan majlis,
katering atau makanan, dan lain-lain yang difikirkan perlu.
Kedua,
ANGGARAN PERBELANJAAN
Selesai
sahaja senarai semua item/keperluan yang terlibat, buatlah anggaran perbelajaan
bagi setiap keperluan yang disenaraikan. Nak lagi bagus, dah boleh survey
kedai-kedai yang tawarkan harga yang berpatutan sesuai dengan apa yang menjadi
pilihan hati.
Ketiga,
ASINGKAN DUIT
Akhiir
sekali, asingkan duit mengikut anggaran oerbelanjaan dalam sampul duit raya
atau di mana-mana yang dianggap sebagai tempat yang terbaik untuk simpan duit,
aku amalkan cara ini sepaya aku tidak gunakan duit untuk perkara lain dan bagi
elakkan kebocoran duit.
Kesimpulannya,
Ini
ada lah perkongsian aku mengenai cara aku simpan atau membuat anggaran
perbelanjaan sempena hari perkahwinan nanti. Ada yang mungkin setuju, ada yang
mungkin tidak setuju dengan cara ini, tapi berlapang dadalah sesuai dengan apa
yang dikongsikan,
nota kaki::::
Semua senarai tu aku buat ketika bayangkan sesuatu majlis tapi tak semestinya semuanya terlibat bergantung kepada majlis yang diadakan. Kisah aku, majlis diadakan ketika PKP 2.0 jadi banyak cost yang perlu dipotong. alhamdulillah. rezeki dari Allah.
No comments:
Post a Comment