Friday, February 12, 2021

DIA SUAMIKU

Alhamdulillah.

Segala puji-pujian hanya kepada Allah yang permudahkan segala urusan majlis akad nikah aku dan suami pada pagi tadi.


Alhamdulillah.

Sesungguhnya tiada daya dan upaya kami melainkan semuanya dengan pertolongan dan izin darinya.

 

Alhamdulillah.

Walaupun hanya angah dan kak Izu saja yang dapat wakilkan adik beradik aku yang 10 orang, tapi aku sangat-sangat bersyukur kepada Allah yang permudahkan segalanya. Walaupun tiada majlis, tapi in sya Allah hikmahnya terlalu banyak dan tak terhitung. Nikmat apa lagi yang kamu dustakan?

 

Alhamdulillah.

Majlis ini terlalu ringkas dek kerana PKP 2.0.

Akad nikah di Bilik Imam Masjid Yahya Petra Machang, Kelantan dan hanya dihadiri 7 orang

  • -       Imam Tua Masjid Yahya Petra (jurunikah)
  • -       Wali (angah)
  • -       Pengantin lelaki (suami aku)
  • -       Pengantin perempuan (aku)
  • -       Saksi 1 (abah mertua aku)
  • -       Saksi 2 (Pengerusi tempat kerja suami aku)
  • -       Mak Mertua aku

Pelamin DIY

Make up by Kak Izu

Baju pengantin dan veil secondhand by Cikna

Nasi bungkus 50 orang

Laksa dan Laksam dibantu oleh Sepupu

Hantaran digubah sendirian berhad

 

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

 

Segala kesyukuran dipanjatkan hanya untuk Allah.





Friday, February 5, 2021

PERSEDIAAN NIKAH (HANTARAN PERKAHWINAN)

Sekadar perkongsian hantaran perkahwinan aku sediakan untuk bakal suami aku.


Alhamdulillah.

Segala puji-pujian hanya bagi Allah yang mempermudahkan segalanya dan memberikan Ilham untuk menggubah hantaran ini sendiri. alhamdulillah.  


Antara yang paling susah nak gubah adalah baju sebab tak keras.. susah nak membentuknya. Yang lain-lain senang, letak dalam bakul elok je terletak.

 

Bakul hantaran : Secondhand daripada majlis nikah kakak aku

Bunga : Kedai Eco

Gubahan : D.I.Y sendirian berhad. Konsep ringkas dan kemas.

Senarai 11 Hantaran:

  • -       Jam tangan (dia minta sebagai ganti gimik sarung cincin)
  • -       Pulut dan bunga telur
  • -       Buku dan kitab (Sebab dia suka baca buku)
  • -       Sejadah dan kain pelikat
  • -       Brownies
  • -       Kek kahwin (tajaan Angah dan Kak Rini)
  • -       Coklat (tajaan Kak mimi)
  • -       Buah-buahan
  • -       Barang mandian (tajaan Cikna)
  • -       Makanan Sunnah (sebab dia suka makan)
  • -       Sepasang baju melayu dan kurta






PERSEDIAAN NIKAH (PENGURUSAN KEWANGAN)

 Assalamualaikum.

 

Sekadar perkongsian mengenai pengurusan kewangan sebagai persediaan perkahwinan.

 

Bagaimana cara aku?

 

Pertama, MASTER LIST EVENT

Suatu masa dahulu, aku pernah berpeluang mengendalikan majlis besar dan penyelia aku minta untuk buatkan satu master list. Apa itu master list? Master list tu adalah satu senarai dari sekecil-kecil keperluan majlis sehinggalah sebesar-besar keperluan. Bagaimana nak selesaikan tugasan tu? Aku terpaksa bayangkan diri aku pada hari majlis tersebut dan senaraikan semua keperluan aku pada hari tersebut.  Dari situ aku belajar untuk bersedia bagi sesuatu majlis dan senaraikan perkara-perkara yang mungkin diperlukan untuk nikah seperti barang hantaran, keperluan majlis, katering atau makanan, dan lain-lain yang difikirkan perlu. 

 

Kedua, ANGGARAN PERBELANJAAN

Selesai sahaja senarai semua item/keperluan yang terlibat, buatlah anggaran perbelajaan bagi setiap keperluan yang disenaraikan. Nak lagi bagus, dah boleh survey kedai-kedai yang tawarkan harga yang berpatutan sesuai dengan apa yang menjadi pilihan hati.

 

Ketiga, ASINGKAN DUIT

Akhiir sekali, asingkan duit mengikut anggaran oerbelanjaan dalam sampul duit raya atau di mana-mana yang dianggap sebagai tempat yang terbaik untuk simpan duit, aku amalkan cara ini sepaya aku tidak gunakan duit untuk perkara lain dan bagi elakkan kebocoran duit.

 

Kesimpulannya,

Ini ada lah perkongsian aku mengenai cara aku simpan atau membuat anggaran perbelanjaan sempena hari perkahwinan nanti. Ada yang mungkin setuju, ada yang mungkin tidak setuju dengan cara ini, tapi berlapang dadalah sesuai dengan apa yang dikongsikan,


nota kaki::::

Semua senarai tu aku buat ketika bayangkan sesuatu majlis tapi tak semestinya semuanya terlibat bergantung kepada majlis yang diadakan. Kisah aku, majlis diadakan ketika PKP 2.0 jadi banyak cost yang perlu dipotong. alhamdulillah. rezeki dari Allah.