Friday, October 30, 2020

REDHA DENGAN TAKDIR ALLAH

“Ya Allah, aku redha dengan segala ketentuanMu. Aku yakin dan percaya Engkau Maha Mengaturkan yang terbaik untuk aku. Cuma aku mohon ya Allah, sekiranya aku jatuh hati selepas ini, Engkau jadikanlah dia adalah yang terakhir buatku. Tolong aku ya Allah.”
 
Sedih. Berserah. Pasrah.
Segala rasa ku luahkan kepada Allah.
 
.
Dan hidup diteruskan dengan segala  penyerahan dan tawakal hanya kepada Allah semata-mata.
 
Sebulan.
Dua bulan.
Hari-hari berlalu dengan penuh ketenangan.
Tiada lagi sebarang kegusaran, tiada lagi kesedihan.
“Ya Allah, aku yakin dan percaya dengan segala ketentuanMu.”
Alhamdulillah, nikmat Allah bagi hambaNya yang menyerahkan sepenuh hatinya hanya kepada Allah.
 
 
Sampailah satu ketika,
Ketika aku hampir-hampir terlupa mengenai hal jodoh.
 
“Su, nanti kalau ada kelapangan, saya nak datang rumah ye.” kata dia.
 
“Nanti datanglah dengan mak ayah sebab rumah saya tiada orang lelaki. Kurang elok dipandang orang.”
 
“Baik. Nanti apa-apa saya beritahu ya.”
 
.
Ditakdirkan Allah,
Pertemuan dua keluarga itu dipermudahkan.
Segala-galanya berlaku dengan mudah dan tenang.
‘One Step Closer’ kata orang, dia calon suamiku kata hati.
 
.
DOAKAN KAMI.



Saturday, October 10, 2020

Kalau dah rezeki

MasyaAllah.. Allah Maha Besar.

Kalau dah ditakdirkan rezeki, tiada siapa yang dapat menghalangnya.


Peristiwa yang diaturkan Allah.

 

Dah lama ma mengirim untuk dibelikan roti canai di kedai berdekatan tempat kerja aku tapi sering kali dikecewakan. Kadang kala kedai tutup ataupun tidak dibenarkan bungkus.

 

Ditakdirkan Allah

Hari khamis lepas, kedai roti canai buka. Aku dari pukul 4 petang lagi dah berkira-kira nak belikan atau tidak. Agak malas sebenarnya menunggu jika ramai orang.

 

Sambil-sambil aku bersiap di dalam kereta untuk pulang, hati masih lagi serba salah. Nak beli ke taknak. Dah start kereta, aku mengambil keputusan untuk belikan saja. Lagipun hari tu aku tak perlu berkejar-kejar untuk solat Asar di rumah.

 

Sambil berjalan kaki, aku berkira-kira untuk belikan berapa biji. Serba salah untuk menunggu jika sekadar ingin membeli dua biji. Menunggu biar berbaloi.  Sampai saja di kedai, aku terus memesan 3 biji roti canai, 2 biji yang biasa dan sebiji roti telur. Masa tu, ikut kata hati saja. Siapa yang akan makan aku tak tahu sebab perut aku dah kenyang.

 

Lama jugak aku menunggu. Pukul 6 lebih aku baru dapat.

 

Sampai saja di rumah, kelihatan kereta Pak Su Pa dari jauh. Oh, datang untuk berurut kot.

 

Alhamdulillah, rezeki Pak Su Pa rupanya roti canai ni. Gembira aku sambil segera hidangkan kepada Pak Su Pa.

 



Alhamdulillah.

Rezeki Paksu Pa sungguh.

 

***************************************************************

Dan satu lagi yang buatkan aku sangat bersyukur.

 

Apabila ada satu doa tu, aku baru saja amalkan seminggu ni hasil perkongsian daripada ejen insuran aku, adik Nur Farhana.

 

Dan alhamdulillah, Allah makbulkan dan tunjukkan aku kebesarannya yang Maha Memakbulkan Doa.

 

Doanya adalah

 

“ Wa ufawwidhu amri ilallah, innallah ha ba si rum bil ‘ibadd”

Dan aku menyerahkan urusanku, kesakitanku, masalahku, ujianku, kesempitanku, kebimbanganku, kerisauanku, kesedihanku kepada Allah yang Maha Melihat keadaan HambaNya,

 

Ya Allah, janganlah kau serahkan diriku untuk menguruskan diri aku. kerana Kau yang lebih tahu, Kau yang lebih mengenali aku daripada diri aku sendiri. kau ilhamkanlah aku, Kau pimpinlah aku di setiap detik, setiap perasaan, setiap pemikiran, setiap tindakan.  Jangan Kau serahkan semuanya kepada aku.  Kerana apa pun yang terjadi walaupun sebesar zarah semuanya berlaku atas keizinanMu.

 

Ya Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengkabulkan.

Perkenankanlah ya Allah.