Sunday, May 24, 2020

TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA

Terima kasih.
Disaat aku terjatuh, kau datang memujuk
Disaat aku putus asa, kau datang berikan harapan hidup
Disaat aku lupa diri, kau datang mengingatkan hati
Disaat aku penuh kerisauan, kau datang bawakan ketenangan
Disaat aku hilang arah, kau datang tunjukkan matlamat

Terima kasih atas segalanya. 


Saturday, May 16, 2020

Lirik Lagu Ombak Rindu - Adira & Hafiz



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya 'tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Teguran Mengajar


Teringat suatu ketika dahulu. Kisah masa menjalani latihan di sebuah syarikat swasta. Nak dijadikan cerita, ada suatu hari tu, tugasannya menelefon sebanyak mungkin bakal peserta yang berpotensi untuk sertai program tersebut.

Punyalah kalut dan berdebar-debar sampaikan tersalah cakap pun tak perasan. Dan kebetulan penyelia ada ditempat kejadian dan boleh pulak perasan kesilapan tersebut.

"Su, awak tahu apa silap awak tadi?"

"Silap apa encik?" sudah.. Salah apa pula kali ni. Rasanya skrip promosi dah dihafal sebaik mungkin.

"Kan saya dah cakap jangan guna perkataan kitorang, tapi guna kami"

"Saya rasa dah betul dah sebut kami, tapi takpalah. Saya minta maaf."

"Lain kali jangan buat lagi. Silap kali pertama tu proses belajar, tapi silap yang sama buat kali kedua tu tandanya tak cerdik"


"Iya encik. Saya akan lebih berhati-hati dan ingat pesanan ni."

Itulah.
Manusia itu lemah, ada masanya tersilap, ada masanya terlupa dan masih lagi buat kesilapan yang sama..

Masa ni ingat, nanti lama-lama akan diuji lagi.