Ketika
sedang berehat sambil menunggu solat Isyak, tiba-tiba terdengar bunyi tut tut. Ada
mesej dari aplikasi Whatsapp masuk.
Tangan
terus mencapai telefon. Oh, dari group Whatsapp kerja rupanya.
“Ah
sudah. Ada salah apa pula hari ini.” Detik hati kecil aku. Group Whatsapp kami
tu jarang sangat berbunyi sebab kebiasaannya kami lebih senang selesaikan dekat
tempat kerja. Jika ada hal mustahak sahaja yang tidak sempat dibincangkan
bersama barulah akan ditanya di group.
“Assalamualaikum.
Kak
ada buat spotcheck dekat Angah tadi. Dia masih tak kenal huruf. Warna pun belum
kenal lagi. Tu tak tanya lagi nombor. Ada sesiapa boleh explain tak?”
Ah
sudah. Dada berdebar-debar. Dup dap dup dap.
Yang
pasti, kebiasaannya, akulah tukang menjawap jika ada sebarang persoalan dari
majikan. Yang lain lebih mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat. Aduhh.. Macam
mana ni. Nak jawap apa ni.
Iya,
silap kami.
Hampir
ke penghujung tahun aku bersama rakan-rakan menjaga anak-anak. Ada rakan yang
baru masuk, dan ada juga rakan yang lebih lama dari aku pengalamannya.
Salah
kami.
Ilmu
yang kami dapat dari kursus tidak pandai digunakan.
Ilmu
ada, cuma perlaksanaannya tenggelam.
Tak
tahu, tak pandai nak bertanya dan sengaja buat alasan sibuk atau terlupa semata-mata
untuk membela diri.
Bukan
tak berusaha buatkan aktiviti untuk mereka, tapi lebih kepada buat tanpa
tujuan.
Entah
apa yang difikirkan semasa melakukan aktiviti bersama-sama anak.
Kami
hanyut dengan masa begitu sahaja.
Sedang
hati dan fikiran sedang bersatu untuk membina ayat yang sesuai, aku dahulukan
diri untuk mendirikan solat Isyak.
Selesai
solat, terus tangan menadah doa untuk diperlembutkan hati si dia.
Dup
dap dup dap.
Jari
menari di telefon untuk menaip ayat jawapan penerangan dan permohonan maaf
ikhlas dari hati.
Sebelum
dihantar, mata laju membaca 2 3 kali ulang. Semoga lembutlah hatinya.
Sent.
Dup
dap dup dap.
“Ok
takpa. Kak saja je nak tengok apa reaksi
kamu semua. Lain kali buat macam ni, macam tu. Bla bla blaaa…..” panjang
nasihatnya.
“Baik.
terima kasih kak. Minta maaf sekali lagi.”
Keesokannya,
punyalah nak sorok muka ni. tebal semacam rasanya. Hahaha.
Itulah.
Kadang-kadang
dalam hidup ini perlu juga kepada teguran.
Takkan
selalunya nak sempurna je, nak lancar saja tanpa teguran.
Tak
mencabar lah hidup tu nanti.
Dari
pengalaman ini, aku belajar untuk tetapkan matlamat dalam apa jua yang kita
lakukan.
Aku
ingat lagi, sebelum aku ditegur di hujung tahun, awal tahun tu aku pernah fikir
“Tak perlu buat matlamatlah tahun ni sebab sama je rutin kerjanya.”
Rupa-rupanya
aku silap.
Setiap
hari walau apa pun yang kita lakukan, perlulah ada matlamat untuk menjadi lebih
baik.
Kata
orang, “Setiap hari, pastikan diri itu lebih dari semalam.”
Terima
kasih atas teguran.
Alhamdulillah.
Terima
kasih Allah atas pengalaman ini.
No comments:
Post a Comment