Sunday, January 26, 2020
Friday, January 17, 2020
Kelebihan Surah Al-Insyirah
Nabi
Muhammad S.A.W bersabda: “Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia
mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan
daripadaku”.
Barangsiapa
membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu,
nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan
dimudahkan rezekinya.
Sesiapa
yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta
dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala
sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa
membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah
akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala
urusan.
Siapa-siapa
membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu,
nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya
dengan beberapa banyak.
Siapa-siapa
sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan
luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat
malas.
Siapa-siapa
membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang,
nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan
rezekinya.
Siapa-siapa
membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas
sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah
s.w.t. kepadanya kekayaan.
Friday, January 10, 2020
Ayat Cinta dari Allah
Selesai saja bacaan alwaqiah, aku termenung
memandang alquran ditangan.
"Orang
cakap kalau masalah, alquran pasti ada jawapannya."
Aku
kembali merenung.
Bismillah.
Ya Allah, aku sedih, aku gelisah mengenai jodohku. tunjukkanlah sesuatu kepadaku supaya aku lebih yakin dengan kuasaMu.
Ya Allah, aku sedih, aku gelisah mengenai jodohku. tunjukkanlah sesuatu kepadaku supaya aku lebih yakin dengan kuasaMu.
Aku
belek2 alquran sambil pejam mata.
Eh
terlupa baca alfatihah. Bismillah.
Aku
pun belek alquran, sampai di mukasurat berapa ntah, tiba-tiba tangan berhenti.
Apalah petunjuk Allah kepadaku. Aku baca huraian hadis, takda apa yang
berkaitan. Eh biasanya, petunjuknya di situ.
Aku
tercari2 petunjuk. Aku mula membaca terjemahan dari atas di mukasurat tersebut
sambil hati masih lagi berteka teki. Sampailah ayat terakhir "Apabila
Allah ucapkan jadilah, maka jadilah"
Mengalir
air mata aku.
Maha suci Allah
Maha suci Allah
Aku baru perasan yang terjemahan aku baca adalah surah yasin.
MasyaAllah.
Allah
punya kuasa.
Tiada yang mustahil.
Tiada yang mustahil.
Tuesday, January 7, 2020
Saturday, January 4, 2020
Hikmah Atas Teguran
Ketika
sedang berehat sambil menunggu solat Isyak, tiba-tiba terdengar bunyi tut tut. Ada
mesej dari aplikasi Whatsapp masuk.
Tangan
terus mencapai telefon. Oh, dari group Whatsapp kerja rupanya.
“Ah
sudah. Ada salah apa pula hari ini.” Detik hati kecil aku. Group Whatsapp kami
tu jarang sangat berbunyi sebab kebiasaannya kami lebih senang selesaikan dekat
tempat kerja. Jika ada hal mustahak sahaja yang tidak sempat dibincangkan
bersama barulah akan ditanya di group.
“Assalamualaikum.
Kak
ada buat spotcheck dekat Angah tadi. Dia masih tak kenal huruf. Warna pun belum
kenal lagi. Tu tak tanya lagi nombor. Ada sesiapa boleh explain tak?”
Ah
sudah. Dada berdebar-debar. Dup dap dup dap.
Yang
pasti, kebiasaannya, akulah tukang menjawap jika ada sebarang persoalan dari
majikan. Yang lain lebih mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat. Aduhh.. Macam
mana ni. Nak jawap apa ni.
Iya,
silap kami.
Hampir
ke penghujung tahun aku bersama rakan-rakan menjaga anak-anak. Ada rakan yang
baru masuk, dan ada juga rakan yang lebih lama dari aku pengalamannya.
Salah
kami.
Ilmu
yang kami dapat dari kursus tidak pandai digunakan.
Ilmu
ada, cuma perlaksanaannya tenggelam.
Tak
tahu, tak pandai nak bertanya dan sengaja buat alasan sibuk atau terlupa semata-mata
untuk membela diri.
Bukan
tak berusaha buatkan aktiviti untuk mereka, tapi lebih kepada buat tanpa
tujuan.
Entah
apa yang difikirkan semasa melakukan aktiviti bersama-sama anak.
Kami
hanyut dengan masa begitu sahaja.
Sedang
hati dan fikiran sedang bersatu untuk membina ayat yang sesuai, aku dahulukan
diri untuk mendirikan solat Isyak.
Selesai
solat, terus tangan menadah doa untuk diperlembutkan hati si dia.
Dup
dap dup dap.
Jari
menari di telefon untuk menaip ayat jawapan penerangan dan permohonan maaf
ikhlas dari hati.
Sebelum
dihantar, mata laju membaca 2 3 kali ulang. Semoga lembutlah hatinya.
Sent.
Dup
dap dup dap.
“Ok
takpa. Kak saja je nak tengok apa reaksi
kamu semua. Lain kali buat macam ni, macam tu. Bla bla blaaa…..” panjang
nasihatnya.
“Baik.
terima kasih kak. Minta maaf sekali lagi.”
Keesokannya,
punyalah nak sorok muka ni. tebal semacam rasanya. Hahaha.
Itulah.
Kadang-kadang
dalam hidup ini perlu juga kepada teguran.
Takkan
selalunya nak sempurna je, nak lancar saja tanpa teguran.
Tak
mencabar lah hidup tu nanti.
Dari
pengalaman ini, aku belajar untuk tetapkan matlamat dalam apa jua yang kita
lakukan.
Aku
ingat lagi, sebelum aku ditegur di hujung tahun, awal tahun tu aku pernah fikir
“Tak perlu buat matlamatlah tahun ni sebab sama je rutin kerjanya.”
Rupa-rupanya
aku silap.
Setiap
hari walau apa pun yang kita lakukan, perlulah ada matlamat untuk menjadi lebih
baik.
Kata
orang, “Setiap hari, pastikan diri itu lebih dari semalam.”
Terima
kasih atas teguran.
Alhamdulillah.
Terima
kasih Allah atas pengalaman ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)