Aku
simpan sebagai kenangan..
Thursday, July 11, 2019
Thursday, July 4, 2019
Hadiah birthday in advance
Alhamdulillah
Syukur
kepada Allah atas segalanya yang telah Allah tentukan.
Walaupun
pahit untuk ditelan,
Walaupun
sakit dada menahan rasa,
Walaupun
bengkak mata menangisi diri,
Namun
aku tetap syukur atas apa yang telah ditentukan.
Tak
pernah disangka, tak pernah terduga..
Semalam
aku sedang kusyuk menyediakan bahan untuk taska esok. Sedang berbahagia
menggunting topeng kucing untuk anak-anak aku. Pasti mereka akan berbahagia!
Tiba-tiba,
ada satu wasap masuk.. nombor tak dikenali.
“Salam..
Ni su ke?”
“Saya
Ya**”
“Su
kawan Ko***??”
Walaupun
sedang sibuk, aku luangkan masa juga untuk menjenguk wasap dari orang yang tak
dikenali tu.
“Ya**
mana?”
“Ko***
mana?”
Aku
menjawap dengan persoalan. Sebab bagi aku bukan senang nak percayai orang yang
belum dikenali. Pengalaman lepas banyak ajar aku.
“Bu*******
O***.. Su kawan sekolah dia kan?”
“Saya
kenalan dia. Su mungkin tak kenal saya. Saya cuma borak-borak, jangan fikir
bukan-bukan.”
“Saya
cuma nak kepastian hubungan su dengan dia?”
Aku
merenung wasap tersebut dengan 1001 persoalan. Pelik.
Dan
dibiarkan sepi seketika.
Aku
menjawap, “Kenapa ye perlukan kepastian?”
“Saya
gf dia.”
“Oh,
ok2”
Terdiam
aku seketika.
Sabar
wahai hati, jangan engkau menangis!
Dan
alhamdulillah.
Semalam
aku tertidur dengan lena, dan bangun awal..
Nangis
sikit-sikit saja.
Dan
malam ini.
Hati
aku hancur berkecai.
Entah
apa yang mengganggu, aku menangis sekuat hati.
Ku
sangkakan kisah kita bakal berakhir dengan tenang, tapi rupa-rupanya hatimu
milik orang.
Biarlah
aku menangis semahunya malam ini.
Dan
aku yakin esok hari mata aku akan bengkak sepanjang hari.
Tapi
biarlah.
Aku
yakin esok aku akan bangun sebagai orang baru.
Terima
kasih atas segalanya
Terima
kasih kerana sudi berikan aku harapan untuk bahagia.
Dan
terima kasih untuk hadiah birthday in advance yang pasti akan terlekat di hati.
Pasti!.
Monday, July 1, 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)