Friday, August 31, 2018

Move On

Teringat dulu aku pernah bertanya kepada seorang sahabat aku yang telah melangsungkan
perkahwinan beberapa tahun yang lalu.

“Bagaimana awak boleh ‘move on’ secepat mungkin? Bukan ke awak dulu pernah putus tunang
sebelum berkahwin dengan dia? Dan sebelum itu pun awak pernah ada hubungan dengan orang lain?” panjang lebar pertanyaan aku.

Bagi aku, pelik tapi benar.  Bagaimana seseorang yang pernah mempunyai hubungan sebelum ini boleh ‘move on’ kan diri mereka.  Eh hari tu dengan orang lain, dengar-dengar dah bertunang dengan orang lain, tak lama kemudian terlihat status dah putus tunang.  Pelik tapi benar. Macam mana mereka boleh move on secepat mungkin.

Dan ini jawapan dia.

“Perjalanan hidup kita ini Allah yang tentukan. Sampai bila kita ingin bersedih mengenang nasib.  Percayalah, jika kita percaya pada kuasa Allah, pasti akan ada keajaiban yang akan Allah akan berikan. Suami aku sekarang pun tak pernah tersangka akan menjadi suami aku, dia pun dipertemukan oleh Allah
melalui sahabat aku.”

Dan ini pandangan aku pula. Mungkin salah, mungkin ada betulnya.

Setiap kali dalam proses move on, pasti akan terselit doa “ya Allah, berikan aku pasangan terbaik”

Dan kemudian datang seorang jejaka datang menabur janji pasti bahagia. “Oh, mungkin ini jawapan dari Allah” .. dan kemudian tiada ketenangan yang ditemui.

Dan hidup kembali move on, dan proses itu kembali berputar seperti roda.  Sampai bila? Sampai bertemu hero yang akan berhentikan roda itu buat sementara sehingga Allah menjemputnya kembali.

Pelik tapi benar kan?
Kuasa Allah. 
Kadang-kadang sukar sangat kita nak faham.
Mana satu petunjuk, mana satu ujian, yang mana sekadar untuk menguji tahap keimanan kita.
Tapi itulah tanda kekuasaan Allah.

ALLAH MAHA KUASA!
TIADA YANG MUSTAHIL.

Percaya
Percaya
Dan
teruskan percaya.

Tulisan Hati Suria


Aku terdiam. 
“Kenapa kau tinggalkan lelaki itu tanpa sebarang penjelasan? Kau deactive akaun Facebook kan? Sampai bila kau nak lari dari dia?” Bertalu-talu pertanyaan Qaseh kepada aku melalui balasan Whatsapp semalam. Dah mula nak membebel la tu minah ni, aku mendengus dalam hati sambil membiarkan Whatsapp itu sekadar ‘bluetick’ buat sementara.  Nanti esok-esok hati aku dah ok aku balas la.

Itulah Suria.
Perangai keras kepalanya tidak pernah berubah.
Setiap kali ada masalah, dia akan hilangkan diri buat sementara bagi tenangkan hatinya. “Tiada orang yang faham apa yang aku rasa, apa yang aku alami!”

Qaseh sahabat baik Suria.  Mereka sudah lama berkawan dan Qaseh dah kenal sangat dengan perangai Suria. Entah kenapa sekeras-keras kepala Suria, Qaseh masih lagi setia bersahabat dengannya.

Pertanyaan bertalu-talu dari Qaseh buatkan Suria lelah.  Dia membuka tingkap dan termenung nasib sambil memandang keluar. “Betul cakap Qaseh, sampai bila aku ingin larikan diri dari lelaki itu tanpa sebarang penjelasan.”

Teringat kembali perkenalan dia dengan lelaki itu.  Lelaki itu memulakan perkenalan mereka melalui satu page Mencari Jodoh di Facebook.  Aku tidaklah serius sangat ketika menyertai page itu kerana aku pernah mempunyai beberapa pengalaman yang tidak baik dengan orang yang aku tidak kenali di luar. Tetapi entah kenapa, perkenalan dia dulu aku sambut dengan mesra.  Mungkin kerana aku rasakan mungkin Allah makbulkan doa yang aku kirim kepada abang aku yang ketika ini sedang berada di Mekah bagi menunaikan rukun haji.  Lagipun aku sedang dalam proses ‘move on’ kata orang putih.

Iya, diawal perkenalan, aku cukup bahagia.  Rajin ke masjid dan baik budi bicaranya buatkan aku jatuh hati dan mungkin juga kerana itu adalah antara ciri-ciri calon pilihanku. Sehari, 2 hari aku bahagia..

Namun, disangkakan bahagia ini akan kekal sehingga ke jinjang pelamin, rupa-rupanya sekadar singgah sebagai ujian Allah.  Semakin lama, seperti ada yang tidak kena.  Aku tidak setenang sebelum ini, tidak setenang ketika aku hidup sendiri menikmati proses ‘move on’ aku.  Entah apa yang mengganggu,

Tidak sampai seminggu, aku mengambil keputusan untuk deactive Facebook dan diamkan diri.  Aku cuba mencari ketenangan yang hilang.  Sebelum aku deactive, 2 3 kali juga aku cuba terangkan mengenai perasaan tidak tenang aku namun aku tewas.  Aku mengalah dengan hujah dan ketegasannya mempertahankan apa yang dirasakan.
Tapi sampai bila??

Panjang Suria termenung mengenangkan keputusan yang baru dia buat. Entah betul-betul terbaik, entahkan tidak bagi dia dan lelaki itu.  Cuba diharapkan itu yang mampu buatkan hati dia kembali tenang semula.

“Semoga Qaseh faham apa yang cuba aku sampaikan.” Doa Suria dalam hati sambil menekan huruf-huruf di telefonnya bagi membalas semula Whatsapp Qaseh yang ditinggalkan tergantung semalam.

Tuesday, August 14, 2018

Aku nak kawen


Cikgu su nak kahwin?
Cikgu su dah ada gewe?

Hahahaha..

Hana dan kakak bergelak besar apabila terdengar perkataan kahwin dari ciksgu chah.. sebenarnya ketika itu cikgu chah tanya aku, “ Apa ucapan yang cikgu su bagi bagi orang yang nak kahwin.”

Nak je aku jawap doa-doakanlah.. huhuhu…




Nasihat kepada Anak