Allah
berfirman dalam Surah Al-Furqan ayat 58 yang bermaksud:
“Dan
berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta
bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan
dosa-dosa hambaNya”
Dalam
ayat ini, ada tiga perkara yang Allah ingin peringatkan kita iaitu:
Berserah
kepada Allah Tuhan yang Hidup, yang tidak mati
Serahkan
semua urusan kita kepada Allah kerana Allah yang Hidup. Allah mengetahui segalanya perlakuan kita,
usaha kita, tawakal kita, segala penat lelah, tangis kita semuanya di tangan
Allah. Serahkan semuanya kepada
Allah.
Di
saat kita sembunyikan tangisan hati kita, Allah Maha Mengetahui.
Di
saat kita berlakon seperti segalanya ok, Allah Maha Mengetahui
Di
saat kita cuba sorokkan rasa kecewa di hati paling dalam, Allah Maha
Mengetahui.
Di
saat kita menyamar menjadi seorang kuat perkasa tidak lut oleh cabaran, Allah
Maha Mengetahui.
Di
saat kita tersadung jatuh terlentang, Allah Maha Mengetahui.
Di
saat kita merintih di malam gelita, Allah Maha Mengetahui.
Serahkan
semuanya kepada Allah.
Sentiasa
bertasbih dengan memujiNya
Sentiasalah
bertasbih memuji Allah, setiap masa setiap ketika. Ini yang aku cuba praktikan walau kadang kala
terlalu terleka dengan keduniaan. Kata orang,
ada satu amalan yang tidak punyai syarat iaitu berzikir kepada Allah kerana
kita tak perlu ada wuduk dulu baru boleh berzikir. Jom kita cuba sama-sama.
Allah
Maha Mengetahui semua aib kita
Setiap
orang mempunyai rahsia peribadi yang dia taknak orang lain tahu. Setiap orang pasti mempunyai aib atau pernah
menempuh pengalaman buruk yang kalua boleh tak perlu orang lain tahu. Cukuplah Allah yang tahu secara mendalam
dosa-dosa hambaNya. Tak perlu diberitahu
kepada orang lain, tak perlu mengetahui rahsia orang lain. Sorokkan aib orang lain, insyaAllah Allah
akan sorok aib kita. Dosa-dosa itu biar antara kita dengan Allah.
Teringat
CikSu pada lirik lagu Aku Tanpa CintaMu (Mirwana dan Jayjay)
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku
lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih
No comments:
Post a Comment