Saturday, January 6, 2018

Pakcik dan Rezeki

“Eh awak, kerja dekat sini ke?”

“Aah. Saya kerja dekat sini la”

“Oh lepas habis tu awak terus kerja sini?”

“Ye la. Saya kerja sini la”.

Pakcik itu seakan-akan tidak percaya si budak pelatih di syarikat dia yang ada ijazah ni kerja di tempat itu. Bulat mata dia seakan-akan tidak dapat terima kenyataan sambil aku tersengih-sengih mencuba untuk slumberkan muka.

“Kawan awak yang sama-sama dulu dah dapat masuk syarikat tu kan?”

“Iya. Dia dapat jadi bos dekat cawangan tu.  Rezeki dia pakcik.”

Pakcik tu merenung aku dengan muka garang. “ Habis tu rezeki awak??” Akhirnya terluah apa yang dia ingin katakan.

Aku dengan perasaan bercampur aduk cuba untuk mengawal riak muka agar tidak dapat dikesan. Air mata hampir menitis tapi dikawal dan disorokkan sebaik mungkin. “Rezeki saya di sini.” Jawap aku dengan senyum yang agak dipaksa.

Pakcik itu menggeleng melihat aku.  Hahaha. Apalah nak jadi budak sorang ni. Menjawab je kerjanya. Hahaha. 

Itulah aku.  Agak sensitif apabila berbicara tentang rezeki.  Bukan sekali dua aku menangis selepas bercakap dengan abang aku terutamanya bab ni.  Biarlah.  Aku akan terus tersenyum.  Tersenyum dan terus tersenyum seakan-akan suria yang sentiasa memancarkan cahayanya.  Biarlah jauh di sudut hati aku, ada sesuatu yang tidak terluah.  Yang pasti aku akan terus tersenyum.

Allah dah buat yang molek-molek dah!


No comments:

Post a Comment