Saturday, January 6, 2018

Hati-hati dengan hati

Asyik merajuk je..

Hahaha. Kelakar pula tajuk kali ini. Bukan nak jiwang-jiwang, bukan nak sesi luahan perasaan cuma agak terganggu bila asyik tersentap ni.

tegur sikit, taknak bercakap
lambat sikit, hmm je yang keluar
tengah cakap-cakap sekali menghilang, tiada lagi haha sebagai respon

hahaha. Nakal. Apabila perangai budak-budak dah datang, susahla nak buangnya.

Umur makin meningkat, tapi kematangan masih belum nampak.

“Kuat merajuk tu tandanya sayang” orang cakap.. bukan aku yang cakap..

Hahaha.

Duhai hati,
Jangan nak berhati tisu sangat la.
Kau tu perlu kuat.
Sikit-sikit ngajuk, sikit-sikit ngajuk.
Kau perlu sedar, tiada orang pun nak pujuk.

Duhai hati,
Tuan kau ni dah makin dewasa
Banyak lagi halangan yang perlu dia atasi
Banyak lagi dugaan dia
Kau jangan sensitif sangat la.
Kau perlu kuat.


Hahaha.

Pakcik dan Rezeki

“Eh awak, kerja dekat sini ke?”

“Aah. Saya kerja dekat sini la”

“Oh lepas habis tu awak terus kerja sini?”

“Ye la. Saya kerja sini la”.

Pakcik itu seakan-akan tidak percaya si budak pelatih di syarikat dia yang ada ijazah ni kerja di tempat itu. Bulat mata dia seakan-akan tidak dapat terima kenyataan sambil aku tersengih-sengih mencuba untuk slumberkan muka.

“Kawan awak yang sama-sama dulu dah dapat masuk syarikat tu kan?”

“Iya. Dia dapat jadi bos dekat cawangan tu.  Rezeki dia pakcik.”

Pakcik tu merenung aku dengan muka garang. “ Habis tu rezeki awak??” Akhirnya terluah apa yang dia ingin katakan.

Aku dengan perasaan bercampur aduk cuba untuk mengawal riak muka agar tidak dapat dikesan. Air mata hampir menitis tapi dikawal dan disorokkan sebaik mungkin. “Rezeki saya di sini.” Jawap aku dengan senyum yang agak dipaksa.

Pakcik itu menggeleng melihat aku.  Hahaha. Apalah nak jadi budak sorang ni. Menjawab je kerjanya. Hahaha. 

Itulah aku.  Agak sensitif apabila berbicara tentang rezeki.  Bukan sekali dua aku menangis selepas bercakap dengan abang aku terutamanya bab ni.  Biarlah.  Aku akan terus tersenyum.  Tersenyum dan terus tersenyum seakan-akan suria yang sentiasa memancarkan cahayanya.  Biarlah jauh di sudut hati aku, ada sesuatu yang tidak terluah.  Yang pasti aku akan terus tersenyum.

Allah dah buat yang molek-molek dah!


Post Pertama tahun 2018.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah diatas segala kurniaanNya.
Semoga sentiasa dirahmati oleh Allah selalu.

Harapan aku:
Bertambah iman, bertambah amal
Baca buku sebanyak mungkin. Target tahun ni 50 buah buku.
Tambah ilmu seberapa banyak.
Selalu positif, sentiaasa tersenyum walau apa pun ujian dan halangan
Nak kahwin. Muahahaha.. kalau ada yang datang meminang
Kerja yang stabil.

Disaat kaki melangkah, iringilah dengan doa.
Semoga semuanya pasti baik-baik.
Pandanglah kepada kekuasaan Allah.
Semoga ada hikmah disebalik perancangan Allah.

Hidup itu indah. Seindah ciptaan Allah.