Wednesday, September 6, 2017

SAHABAT BERNAMA AIN

Hari ini nak berkongsi mengenai seorang sahabat saya.  Seorang sahabat dunia akhirat yang setia menerima diri ini walaupun banyak buruknya.  Semoga Allah sentiasa rahmati kamu, Ain.

Perkenalan kami bermula di zaman Diploma di sebuah universiti awam di negeri Terengganu.  Aku pun dah lupa macam mana kami boleh berkenalan cuma kami adalah rakan sekelas dan bilik berdekatan ketika di asrama.  Entah macam mana kami boleh rapat.

Aku dulu sombong dan ego tinggi.  Hanya orang yang benar-benar tabah dan hati sado saja mampu bertahan dengan sikap aku.  Walaupun aku kadang-kadang nampak agak friendly, namun hanya yang rapat sahaja tahu betapa egonya aku ini.  Termasuklah Ain.

Teringat aku satu peristiwa ketika di semester 2 Diploma.  Pensyarah memberikan tugasan berkumpulan kepada kami sekelas.  Pensyarah menyerahkan kepada kami bulat-bulat untuk memilih ahli kumpulan.  Entah macam mana, hanya aku dan Ain yang tidak mempunyai kumpulan.  Lagipun kami tidak mempunyai geng sendiri.  Barulah aku sedar, siapalah aku dimata orang lain.  Tiada pun yang sudi berkumpulan dengan kami. 

Sedih bercampur kecewa.  Aku dan Ain terpaksa dipisahkan buat sementara sebab ada dua kumpulan yang masing-masing tidak cukup seorang ahli.  Aku betul-betul sedih semasa cakap dekat Ain: “Ain, nampaknya kita dua terpaksa berpisah buat sementara.  Maaf sebab tak dapat untuk berkumpulan dengan Ain.”  Aku tidak tahu apa perasaan Ain ketika itu, namun aku yakin dan pasti aku terlalu sedih.  Sebab selama itu, Ainlah peneman aku untuk membuat tugasan pensyarah.  Nak dijadikan cerita, entah macam mana, selepas kisah aku dan Ain terpaksa berpisah tu, makin lama aku dan Ain mampu wujudkan kumpulan sendiri.  Bukan niat aku untuk merebut ahli kumpulan namun mereka dengan rela hati datang menawarkan diri dan kami sentiasa bersama sehinggalah ke kelas terakhir.  Mungkin juga Allah sengaja uji aku dan Ain semata-mata untuk memberikan nikmat persahabatan itu.

Ain oo Ain. Kenapalah Ain mampu bertahan berkawan dengan aku yang keras kepala ni.  Aku ingat lagi, aku sentiasa garang dengan Ain.  Tapi jauh di sudut hati aku, aku terlalu sayangkan Ain. Hahaha.. Garang sebab nak mengajar.  Kesian Ain layankan perangai aku.

Masa Degree, kami tinggal serumah.  Banyak sangat kenangan sebab memang kami bersama setiap masa.  Pergi kelas sama-sama, balik sama-sama, duduk rumah sama-sama.  Macam-macam kenangan bersama.

Aku dulu pinjam motor kakak aku.  Dah ada motor ni, merempit la kerjanya.  Peneman aku, si Ain lah.  Dialah yang setia dengan aku.  Pergi shopping dekat Econsave dengan motor.  Macam biasalah, waktu beli tu lupa pulak datang dengan motor.  Beli beras la, beli ayam la.  Sampai dekat motor, baru pening nak fikir.  Ain la tukang pegang apa yang kitorang shopping.  Kesian Ain. Dialah yang selalu jadi mangsa aku.  Tapi aku memang suka bawa Ain jalan-jalan dengan motor.  Sebab bila dengan dia, aku rasa bahagia.  Maaf sebab aku tak pandai nak tunjuk perasaan tu.  Ego aku tinggi.

Ada sekali tu niat nak ajar Ain naik motor.  Sebab dia tengah nak belajar motor masa tu.  Aku pun bawak la motor turun bukit depan surau dekat dengan rumah kami.  Aku bawak laju la sebab kan turun bukit, sambil-sambil kami dop fikir nak berhenti ke tak untuk belajar depan surau tu.  Sekali macam mana ntah, aku break mengejut tapi dah terlambat buat keputusan.  Tayar depan aku jatuh dalam longkang depan surau tu.  Kesian Ain jatuh jugak sekali dengan aku.  Masa tu tak fikir apa dah, nak cover malu dan macam mana nak angkat motor tu.  Akulah yang usaha naikkan motor tu sebab Ain tengah terkejut.  Kesian dia.  Aku selalu susahkan dia. 

Hujung minggu, kalau kami bosan, sibuklah nak pegi jogging dekat tasik tepi tesco.  Masa tu, tesco tu tengah dalam pembinaan lagi dan tak ramai orang.  Perumahan kawasan tu pun takda lagi masa tu.  Pagi-pagi lepas Subuh, dalam pukul 7 macam tu, kami akan bergerak ke tasik tu.  Pusing 2 3 pusingan, pastu lepak-lepak tepi tasik dulu.  Duduk la termenung dan cuci mata.  Agak-agak panas sikit dalam pukul 9 gitu, kami akan gerak balik.  Nak dijadikan cerita, perjalanan balik tu penuh dengan orang menjual sarapan pagi di tepi-tepi jalan. Haa apa lagi.  Beli la sorang sebungkus nasi.. Lemak yang terbakar tadi akan diganti dengan lemak yang baru.  Hahaha.. sampai-sampai rumah, terus makan dan pasti sama-sama ngantuk lepas tu.  Macam makan ubat tidur pulak.  Hahaha.. itulah tradisi kami kalau hujung minggu.

Masa nak exam, aku akan hasut Ain untuk teman aku belajar di ruang tamu sampai lewat malam.  Ain tu kepakaran dia boleh tidur lambat dan itulah kelemahan aku.  Aku ni jenis tidur awal.  Hahaha. Sebab tu aku usaha juga untuk Ain teman aku.  Lewat-lewat malam duduk dekat ruang tamu sunyi sepi tu maunya seriau jugak aku.  Hahaha. Aku ingat lagi aku belajar sama-sama dengan Ain.  Kalau aku rasa ngantuk, aku akan kacau Ain.  Kami akan berbalas soalan dan bersoal jawap.  Ruang tamu tu tak yah cakap la.  Habis tunggang terbalik kami kerjakan.

Ain oo Ain.  Kenapalah Ain terlalu baik sangat.  Tak pernah membalas segala perbuatan jahat aku padanya.  Ain, minta maaf salah silap su, segala ego dan sombong su.  Ain, semoga Allah sentiasa bersama Ain dan kurniakan pasangan yang terbaik buat Ain. Su sayang Ain kerana Allah.

Ain
Namamu indah disebut orang
Senyummu manis menghilangkan resahku
Sikapmu tenang sebaik budimu

Ain
Terima kasih untuk segalanya
Semoga Allah menjagamu selalu
Semoga Allah redha dengan segala perbuatanmu
Semoga Allah terima amal ibadatmu


Sayang Selalu

No comments:

Post a Comment