Wednesday, September 27, 2017
Wednesday, September 6, 2017
SAHABAT BERNAMA AIN
Hari
ini nak berkongsi mengenai seorang sahabat saya. Seorang sahabat dunia akhirat yang setia
menerima diri ini walaupun banyak buruknya.
Semoga Allah sentiasa rahmati kamu, Ain.
Perkenalan
kami bermula di zaman Diploma di sebuah universiti awam di negeri
Terengganu. Aku pun dah lupa macam mana
kami boleh berkenalan cuma kami adalah rakan sekelas dan bilik berdekatan
ketika di asrama. Entah macam mana kami
boleh rapat.
Aku
dulu sombong dan ego tinggi. Hanya orang
yang benar-benar tabah dan hati sado saja mampu bertahan dengan sikap aku. Walaupun aku kadang-kadang nampak agak
friendly, namun hanya yang rapat sahaja tahu betapa egonya aku ini. Termasuklah Ain.
Teringat
aku satu peristiwa ketika di semester 2 Diploma. Pensyarah memberikan tugasan berkumpulan
kepada kami sekelas. Pensyarah
menyerahkan kepada kami bulat-bulat untuk memilih ahli kumpulan. Entah macam mana, hanya aku dan Ain yang
tidak mempunyai kumpulan. Lagipun kami
tidak mempunyai geng sendiri. Barulah
aku sedar, siapalah aku dimata orang lain.
Tiada pun yang sudi berkumpulan dengan kami.
Sedih
bercampur kecewa. Aku dan Ain terpaksa
dipisahkan buat sementara sebab ada dua kumpulan yang masing-masing tidak cukup
seorang ahli. Aku betul-betul sedih
semasa cakap dekat Ain: “Ain, nampaknya kita dua terpaksa berpisah buat
sementara. Maaf sebab tak dapat untuk
berkumpulan dengan Ain.” Aku tidak tahu
apa perasaan Ain ketika itu, namun aku yakin dan pasti aku terlalu sedih. Sebab selama itu, Ainlah peneman aku untuk
membuat tugasan pensyarah. Nak dijadikan
cerita, entah macam mana, selepas kisah aku dan Ain terpaksa berpisah tu, makin
lama aku dan Ain mampu wujudkan kumpulan sendiri. Bukan niat aku untuk merebut ahli kumpulan
namun mereka dengan rela hati datang menawarkan diri dan kami sentiasa bersama
sehinggalah ke kelas terakhir. Mungkin
juga Allah sengaja uji aku dan Ain semata-mata untuk memberikan nikmat
persahabatan itu.
Ain
oo Ain. Kenapalah Ain mampu bertahan berkawan dengan aku yang keras kepala
ni. Aku ingat lagi, aku sentiasa garang
dengan Ain. Tapi jauh di sudut hati aku,
aku terlalu sayangkan Ain. Hahaha.. Garang sebab nak mengajar. Kesian Ain layankan perangai aku.
Masa
Degree, kami tinggal serumah. Banyak
sangat kenangan sebab memang kami bersama setiap masa. Pergi kelas sama-sama, balik sama-sama, duduk
rumah sama-sama. Macam-macam kenangan
bersama.
Aku
dulu pinjam motor kakak aku. Dah ada
motor ni, merempit la kerjanya. Peneman
aku, si Ain lah. Dialah yang setia
dengan aku. Pergi shopping dekat Econsave
dengan motor. Macam biasalah, waktu beli
tu lupa pulak datang dengan motor. Beli
beras la, beli ayam la. Sampai dekat
motor, baru pening nak fikir. Ain la
tukang pegang apa yang kitorang shopping.
Kesian Ain. Dialah yang selalu jadi mangsa aku. Tapi aku memang suka bawa Ain jalan-jalan
dengan motor. Sebab bila dengan dia, aku
rasa bahagia. Maaf sebab aku tak pandai
nak tunjuk perasaan tu. Ego aku tinggi.
Ada
sekali tu niat nak ajar Ain naik motor.
Sebab dia tengah nak belajar motor masa tu. Aku pun bawak la motor turun bukit depan
surau dekat dengan rumah kami. Aku bawak
laju la sebab kan turun bukit, sambil-sambil kami dop fikir nak berhenti ke tak
untuk belajar depan surau tu. Sekali
macam mana ntah, aku break mengejut tapi dah terlambat buat keputusan. Tayar depan aku jatuh dalam longkang depan
surau tu. Kesian Ain jatuh jugak sekali
dengan aku. Masa tu tak fikir apa dah,
nak cover malu dan macam mana nak angkat motor tu. Akulah yang usaha naikkan motor tu sebab Ain
tengah terkejut. Kesian dia. Aku selalu susahkan dia.
Hujung
minggu, kalau kami bosan, sibuklah nak pegi jogging dekat tasik tepi
tesco. Masa tu, tesco tu tengah dalam
pembinaan lagi dan tak ramai orang.
Perumahan kawasan tu pun takda lagi masa tu. Pagi-pagi lepas Subuh, dalam pukul 7 macam
tu, kami akan bergerak ke tasik tu.
Pusing 2 3 pusingan, pastu lepak-lepak tepi tasik dulu. Duduk la termenung dan cuci mata. Agak-agak panas sikit dalam pukul 9 gitu,
kami akan gerak balik. Nak dijadikan
cerita, perjalanan balik tu penuh dengan orang menjual sarapan pagi di
tepi-tepi jalan. Haa apa lagi. Beli la
sorang sebungkus nasi.. Lemak yang terbakar tadi akan diganti dengan lemak yang
baru. Hahaha.. sampai-sampai rumah,
terus makan dan pasti sama-sama ngantuk lepas tu. Macam makan ubat tidur pulak. Hahaha.. itulah tradisi kami kalau hujung
minggu.
Masa
nak exam, aku akan hasut Ain untuk teman aku belajar di ruang tamu sampai lewat
malam. Ain tu kepakaran dia boleh tidur
lambat dan itulah kelemahan aku. Aku ni
jenis tidur awal. Hahaha. Sebab tu aku
usaha juga untuk Ain teman aku.
Lewat-lewat malam duduk dekat ruang tamu sunyi sepi tu maunya seriau
jugak aku. Hahaha. Aku ingat lagi aku
belajar sama-sama dengan Ain. Kalau aku
rasa ngantuk, aku akan kacau Ain. Kami
akan berbalas soalan dan bersoal jawap.
Ruang tamu tu tak yah cakap la.
Habis tunggang terbalik kami kerjakan.
Ain
oo Ain. Kenapalah Ain terlalu baik
sangat. Tak pernah membalas segala
perbuatan jahat aku padanya. Ain, minta
maaf salah silap su, segala ego dan sombong su.
Ain, semoga Allah sentiasa bersama Ain dan kurniakan pasangan yang
terbaik buat Ain. Su sayang Ain kerana Allah.
Ain
Namamu
indah disebut orang
Senyummu
manis menghilangkan resahku
Sikapmu
tenang sebaik budimu
Ain
Terima kasih untuk segalanya
Semoga Allah menjagamu selalu
Semoga Allah redha dengan segala
perbuatanmu
Semoga Allah terima amal ibadatmu
Sayang Selalu
Sunday, September 3, 2017
Berkorban apa saja
“Tiada daya dan upaya kami melainkan semuanya
dengan izin dan kasih sayang Allah”
Berjaya dalam Sukan
Sea Kuala Lumpur 2017
Menyambut Hari
Kemerdekaan setiap tahun
Dijemput menunaikan Haji tahun ini
Berkemampuan
melakukan ibadah qurban tahun ini
Alhamdulillah..
Dalam
seminggu, banyak yang Allah izinkan kepada kita semua. Untuk mendapat sesuatu,
pasti ada pengorbanan yang perlu kita lakukan dan dengan izin Allah, kita pasti
berjaya.
Untuk
sambut merdeka setiap tahun, ada perjuangan pemimpin dan pejuang tanah air yang
berkorban dahulu..
Untuk
berjaya dalam Sukan Sea, ada pengorbanan masa dan tenaga yang disumbangkan oleh
atlet dan semua pihak..
Untuk
tenang menunaikan Haji, pasti sayangkan anak tinggal-tinggalkan..
Untuk melakukan ibadah qurban, usaha
untuk menyimpan duit berperang hebat melawan nafsu..
Begitu juga dalam hidup kita. Untuk dapatkan sesuatu, pasti ada yang perlu
kita korbankan. Nak berjaya,
usahalah. Korbankan sedikit masa dan
tenaga. Pasti ada kejayaan yang datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)