Monday, October 31, 2016

TERJEMAHAN SURAH AN-NISAA’ AYAT 95 DAN 96

Ayat 95:
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;

Ayat 96:
Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
__________________________________________________________________

Dua ayat ini menerangkan mengenai kepentingan jihad.  Namun apa yang aku lagi terkesan ialah apabila memikirkan bawaha ayat ini juga berkenaan dengan DAKWAH.  Adakah sama orang yang berdakwah dengan mengorbankan harta dan jiwanya dengan orang yang duduk sambil lewa dan sekadar membiarkan hidupnya kosong tanpa dakwah?

Pedih? Terasa? Ya aku terasa dengan ayat ini.  Dakwah itu bukan sekadar tugas ustaz ustazah, bukan sekadar tanggungjawap dai’e pencetus ummah imam muda... Adakah kita masih mampu untuk duduk dikerusi dengan selesa sambil scroll facebook tanpa hala tuju?

Sahabat,
Jom sahabat
Kita berdakwah walaupun sedikit
Kita berdakwah walaupun kita sendiri belum sempurna
Kita berdakwah walaupun hanya sekadar copy paste kata-kata ulamak
Jom sahabat
Kita usaha dapatkan syurga yang tertinggi
JOM...



Kisah Pemberi Hutang

Ketika harta benda masih ada
Tangan ringan memberikan sumbangan
Hati merelakan, ikhlas hanya Allah yang tahu
Mulut mengucapkan “ Aku sudah halalkan segalanya”

Namun
Apabila dihimpit ketidakcukupan harta benda
Allah uji kembali dengan syak prasangka
Nafsu dan hasutan syaitan menghitamkan hati
“Adakah hati ini tertipu dengan lakonannya?”

Hati membusuk mengungkit pemberian
Tangan selesa menaip kata-kata pedas
Menyakiti penghutang
Memutuskan silaturrahim
Hmmm...
Kemana hilangnya janji untuk menghalalkan suatu masa dahulu?

Tapi jangan kita lupa
Jangan sesekali kita lupa
Allah itu Maha Penyanyang
Takkan sesekali biarkan hambaNya ini dalam kelalaian
Takkan sesekali biarkan hambaNya ini berjauhan dengan rahmatNya

Buktikan?
Ini yang Allah tunjuk...

Hadis Riwayat Muslim
Ketika Huzaifah r.a. dan Abu Mas’ud r..a. sedang berkumpul, Huzaifah berkata, “Ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan menemui Tuhannya, dan Tuhan bertanya kepadanya, “Apa yang telah kamu lakukan?” Dia menjawap, “ Aku belum pernah berbuat kebaikan, melainkan dahulu aku adalah seorang yang memilik harta benda.  Dengan harta itu aku biasa memberikan pinjaman kepada orang-orang, lalu aku sering memberikan kemudahan dalam pembayaran.  Apabila seseorang tidak mampu membayarnya, aku membebaskannya daripada hutang tersebut.” Maka, Allah berfirman, “Berilah kelapangan kepadanya”. Abu Mas’ud berkata, “Seperti itulah aku mendengar Rasulullah saw bersabda”.

Alhamdulillah..
Tiada daya upaya melainkan Allah..



Sunday, October 30, 2016

Siti Nurhaliza - Percayalah

Suasana sepi begini

Panahan rindu menusuk hati

Tak mungkin kau sedari
Lantas ku titip puisi kasih

Agar gelora tidak merintih

Sengsara pun menyisih
Dengarkanlah suara hati

Moga dikau mampu mengerti

Cinta hadir tanpa ku rasa simpati

Percayalah

Kasihmu lama tersulam

Di ruang paling dalam

Terlalu jauh tak terselam
Ku akui

Dugaan datang jua pergi

Rela ku menghadapi

Dengan harapan suci

Doa bersemi
Kasih

Usah bak suria kau hadir

Persis ombak memukul ke sisir

Bimbang cinta terusir
Kerna rindu pastikan lahir

Airmata setia mengalir

Berjanjilah ia tak mungkin kan berakhir

Oh oh…

Percayalah…

Afgan - Jodoh Pasti Bertemu



andai engkau tau betapa ku mencinta
selalu menjadikanmu isi dalam doaku
ku tahu tak mudah menjadi yang kau minta
ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

jika aku bukan jalanmu
ku berhenti mengharapkanmu
jika aku memang tercipta untukmu
ku kan memilikimu
jodoh pasti bertemu

andai engkau tahu betapa ku mencinta
ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

ooooo
jika aku bukan jalanmu
ku berhenti mengharapkanmu
jika aku memang tercipta untukmu
ku kan memilikimu
(jika aku bukan jalanmu)
ku berhenti mengharapkanmu
jika aku memang tercipta untukmu
ku kan memilikimu
jodoh pasti bertemu...


Wednesday, October 19, 2016

SETAHUN BERLALU TANPA AYAH

Ayahku sayang
Hari ini, waktu ini genap setahun ayah tiada disisi
Aku sentiasa doakan semoga dosa ayah sentiasa diampunkan
Aku sentiasa berdoa supaya kubur ayah dilapangkan
Aku sentiasa berusaha untuk sampaikan sebanyak mungkin bekalan untukmu
Aku mencuba sebaik mungkin untuk tidak berbuat sesuatu yang akan menyakitkanmu
Aku cuba untuk menjadi sesolehah mungkin

Ayahku sayang
Aku sudah redha dengan pemergianmu
Aku sudah mampu tersenyum walaupun di hati hanya Allah yang tahu
Aku sudah mampu mengawal emosi apabila bercerita kisahmu kepada yang bertanya
Aku sudah mampu menahan air mata melawan rindu yang kadang-kadang menduga hati

Ayahku sayang
Aku tahu ibuku masih merindui suaminya
Aku sering juga mendengar ibuku menangis merinduimu
Aku pasti ibuku akan mengalirkan air mata ketika menziarahi kuburmu
Namun ayah jangan risau
Aku akan cuba untuk bahagiakan isterimu
Andai kata ibuku merinduimu, pasti kubawa ibuku melawat kuburmu
Andai kata ibuku menangis terkenangkan mu, pasti kuhiburkan hatinya
Andai kata ibuku terdiam terbayangkanmu, pasti ku tunjukkan gambar-gambar senyumanmu
Aku akan cuba ayah
Aku akan cuba sebaik mungkin
Aku takkan mampu menggantikan ayah di hati ibu, tapi aku akan setia menjaga hatinya

Sayang ayah

Anakmu yang manja

Sunday, October 9, 2016

Membacalah


Seseorang hanya belajar dalam dua cara, 
yaitu, satu dengan membaca, 
dan yang kedua bergaul dengan orang-orang cerdik pandai nan bijaksana.



notakaki:: gambar buku yang diborong semasa musim Mycybersale dari Bookcafe.com. 
mengagau nak cukupkan duit untuk beli buku-buku ni.  dah la beli hari last.. 
30 oktober 2016 malam.. nasib baik sempat.

notakaki:: staf dan servis Bookcafe memang terbaik.. awesome guys

Aku Daie' Kecil



Jika Anda tidak ingin dilupakan orang setelah anda meninggal, 
maka mulailah dari sekarang menulis tentang sesuatu yang berharga, 
yang layak dibaca siapapun atau 
melakukan hal-hal berharga sebagai bahan tulisan.

 ~ #BenjaminFranklin

"AIR MILO SATU"

" Nak minum air apa dik ? "

" Bagi saya air ye bang "

" Ya nak minum air apa tu ? "

" Saya nak minum air je "

" Okay "

Sampai air milo ais . Marah abang tadi .

" Bang saya nak teh o bukan milo "

Lain kali minta betul-betul lah dik , kau minta air je tadi . Abang bagi je la air milo , air juga .

Begitu juga dengan Doa ,

Ya Allah , aku nak kereta ya Allah , permudahkanlah !

Allah bagi kereta sorong , kereta kancil tahun 1994 , kau merungut . Minta pun tak betul .

Walaupun Allah tahu apa kau nak tapi dia nak kau minta betul-betul .


Ya Allah , aku nak kereta Proton Inspira Model 2015 , warna merah . Permudahkan Ya Allah .