Kita tidak mungkin tahu bahawa
hidup kita ini tidak berkat. Begitu juga jikalau hidup kita ini berkat.
Bagaimana kita mahu tahu jika hidup ini berkat dan jika hidup ini tidak berkat?
Diantara tanda-tanda hidup kita
tak berkat ialah:
1. Duit banyak, tapi cepat
habis.
Tak tau duit pergi mana.
Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup. Duit banyak dihabiskan
pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la
bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap
habis ke tempat lain.
2. Buat kerja tapi tak siap.
Projek ada macam-macam, idea
banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek
kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun
tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu yang tak dapat munafa'at.
Baca buku banyak, tapi ilmu
satu pun tak lekat. Nasihat diri orang pandai, tapi diri sendiri pun tunggang
langgang.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya
banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka
tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan
kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun
akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak
berdoa untuk diri sendiri pun malas.
No comments:
Post a Comment