“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan
malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku
berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya
Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat
dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari
doa yang tidak diperkenankan.”
PERTAMA:
Hamba Allah ni adalah staf tempat Siti
bekerja. Kami sama-sama lepak sementara menunggu kawan yang lain
solat. Macam biasa, Siti sekadar mendengar apa yang beliau
kongsikan. Alhamdulillah, Allah pertemukan Siti dengan seorang hambaNya yang
hebat ini. Dirinya hanyalah seorang insan biasa dan beliau berkongsi
kisah bagaimana beliau berubah kea rah lagi baik apabila masuk bekerja di
tempat kerja yang Alhamdulillah membuka hatinya untuk berubah.
Katanya:
“Akak dulu bukanlah jahil sangat cuma mungkin
kurang kesedaran mengenai kelebihan menuntut ilmu. Setiap masa akak rasa
akak seorang yang teramat cibuk sehingga tiada masa untuk diluangkan untuk
belajar agama. Tapi Alhamdulillah, sejak akak masuk tempat kerja ni, Akak
mula kenal apa itu usrah, tadarus al-Quran, kelas agama. Dulu mungkin
tahu tapi atas desakan nafsu, amalan-amalan tu sekadar tahu sahaja tanpa
diamalkan. Alhamdulillah sekarang akak gembira dengan perubahan
akak. Kalau dulu mungkin agak bising dan anggap semua tu menyusahkan
sebab terpaksa meluangkan masa, namun, sekarang ni amalan tu sudah jadi
makanan. Alhamdulillah akak gembira di sini. Mana ada company lain
yang menggalakkan kita belajar dan menuntut ilmu agama pada waktu pejabat?
Alhamdulillah, bila kita nak berubah, Allah hadirkan orang yang terbaik di sisi
kita.
KEDUA:
Pertemuan dengan hamba Allah di KL
Sentral. Pak cik nak pesan, “ Kalau ada ma ayah lagi, jangan derhaka
kepada mereka. Mak kau susah payah lahirkan kau tau. Yang keduanya,
jangan sesekali tinggal solat!. Ingat pesan ni tau”
KETIGA:
Turun dari KTM, terjumpa pula dengan seorang
akak Philipines. Ya Allah, dia mintak temankan dia ambik anak dia sebab
dia takut. Katanya,” I mmg nak belajar bhasa Melayu. I faham
sikit-sikit la”.. bagaimana dia nak anak dia belajar.. “Nanti I nak masukkan
dia di sekolah ini. Bagi dia belajar”
Ya Allah, Engkau takkan jadikan sesuatu
itu dengan sia-sia.
Semoga ada hikmatnya yang tersembunyi.
Engkau kurniakanlah rahmat kepada mereka
dan
peliharalah mereka daripada api nerakaMu..
permudahkanlah urusan mereka,
kurniakanlah kesihatan yang terbaek buat
mereka.
Aminnn..