Monday, August 31, 2020

KISAH IKAN AROWANA

Suatu hari Ajis melawat rumah Ramlee. Sampai sahaja rumah si Ramlee, Ajis melihat seekor ikan yang terdapat dalam Aquarium.
 
"Wahhh, cantik sekali ikan kamu ni Ramlee. Apa nama ikan ni?" Soal Ajis.
 
"Ooooo, itu ikan nama dia Arowana hijau. Cantik kan Jis. Aku pelihara dari kecil lagi ni." Jawab Ramlee.
 
"Berapa harga ikan ni Ramlee?" Tanya Ajis lagi.
 
"Kau rasa berapa?"
 
"Entahlah Ramlee, RM100 kot."
 
"Macam ni Jis, kau ambil gambar ikan ni dan kau pergi tanya jiran rumah sebelah, berapa dia sanggup bayar. Kau bilang kepada dia, ini ikan pernah menang pertandingan tau." 
 
Ajis yang kebetulan takde kerja masa tu, terus pergi ke rumah jiran Ramlee.
 
Jeda
 
"Haa, berapa harga dia tawar tu Jis."
 
"Hmmm, dia nak RM35 je."
 
"Haa, sekarang kau mesej ke Ah Wong tokey kedai jual ikan pula, cuba kau tanya berapa harga dia mau bayar.?"
 
Ajis pun mesej gambar ke Ah Wong membuat tawaran. Dan Ah Wong sanggup bayar RM350 untuk ikan itu.
 
"Kau tengok Jis. Harga dah berbeza kan. Sekarang cuba kau tawar pula pada Sudin."
 
Ajis cuba pula mesej ke Sudin. Kali ini tawaran Sudin membuatkan Ajis terpinga-pinga.
 
Sudin sedia membayar harga sebanyak RM15 ribu.
 
Meleleh air liur Ajis mendengar tawaran Sudin tu.
 
"Kau lihat kan Jis. Harga yang mereka tawar semuanya berbeza. Sedangkan ianya adalah ikan yang sama."
 
"Yelah. Kenapa ia berbeza-beza harganya. Sebenarnya berapa harga ini ikan Ramlee?"
 
"Harganya bergantung kepada sejauh mana orang menghargai ikan itu. Jiran itu hanya melihatnya sebagai ikan semata-mata. Sebab itu harga RM15. Tokey ikan pula melihat betapa cantiknya ikan ini. Jadi harganya mahal sedikit. Dan Sudin tidak hanya melihat pada pandangan cantik semata, tetapi Sudin tahu kualiti sebenar ikan ini. Sebab itu dia berani tawar harga semahal itu."
 
"Oooo, begitu rupanya." 
.
.
 
Begitu juga dengan diri kita. Kita adalah orang biasa pada pandangan orang yang mengenali kita. 
 
Kita boleh menjadi menarik dimata orang yang mula mengetahui tentang kita. 
 
Dan kita akan menjadi hebat dimata orang yang benar-benar mengenali diri kita. 
 
Tetapi, dalam masa yang sama juga, kita akan menjadi orang yang buruk dan jahat dimata orang yang membenci dan irihati kepada kita. 
 
So, kita adalah berbeza pada pandangan orang. Usah stres untuk memuaskan hati semua orang kerana kita takkan mampu. 
 
Hargai dan fokus sahaja pada orang yang benar-benar mengenali dan menghargai diri dan hasil kerja kita. 
 
Usah stres memikirkan tentang manusia toksik yang tak menyukai kita. 
 
Satu orang tak suka, ada 1000 orang yang sedang menghargai kita. Hargailah mereka baik-baik tanpa kira pangkat dan status. 
 
Perlu ingat. Kita berjaya juga kerana sokongan mereka. Jangan pernah sombong dan lupa pada orang yang menghargai kita. 

Sunday, August 16, 2020

Doa Dari Dia (3D)

Terima kasih untuk doa ini encik.

Saya simpan wasap ini sebagai kenangan persahabatan kita.

Terima kasih untuk doa ini.



Monday, August 10, 2020

Anakku sayang

Tadi anak S menangis masa tidur.. Mengalir laju air matanya.. Aku teringat yang ibunya pernah berkongsi, anak S akan menangis atau meracau masa tidur sebab nak kencing. 

Jadi aku laju-laju dudukkan dia dan tanya nak kencing ke? 

Tak berjawap.. 


Tanya lagi, hanya air mata sebagai jawapan. 

Tak fikir panjang, aku terus peluk kuat sambil gosok belakang dia. Anak S ni mengingau kot, kata aku dalam hati. 

Makin lama, makin kuat pelukan dia.. Hangat bahu aku dengan air mata dia. Aku terasa seperti dia yang sedang berikan aku semangat. 

MasyaAllah.. 

Setelah beberapa lama kami berpelukan, aku terdengar dia berbisik.. Nak kencing.. Haa nak apa? Nak kencing jawapnya. Barulah aku cepat2 bawa ke tandas.

 

Pelik kan? 

Kenapa aku kongsi kenangan ini. Padahal bukanlah apa-apa.


Sekadar kenangan mengusik jiwa dipeluk seeratnya oleh seorang anak taska. 

Sungguh, aku rasakan satu kasih sayang yang hangat dari dia. 


Alhamdulillah.

Terima kasih ya Allah.