Sunday, January 22, 2017

"You'll Never Walk Alone"


                                     When you walk through the storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm is a golden sky
And the sweet silver song of the lark

Walk on, through the wind
Walk on, through the rain
Though your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on, with hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone

Walk on, walk on, with hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk, you'll never walk alone







Saturday, January 21, 2017

BE YOURSELF

YOU ARE CREATIVE ENOUGH.

YOU ARE GOOD ENOUGH.

YOU ARE KIND ENOUGH.

YOU ARE SMART ENOUGH.

YOU ARE STRONG ENOUGH.

YOU ARE TALENTED ENOUGH.

YOU ARE AMAZING JUST THE WAY YOU ARE.

YOU ARE WANTED, NEEDED AND LOVED.

YOU CAN DO ANYTHING IF YOU TRY.

DON'T GIVE UP ON YOUR DREAMS.


Friday, January 20, 2017

Saat Teringat..

Ayah..

Pergimu tanpa dijangka.. 

Ayahku pergi dalam sekelip mata..

Takkan pernah ku lupa.. 

Kami anak-anakmu sedang merancang untuk membeli kaki palsu..

Kami survey hospital yang terbaik di Johor untukmu..

Aku pula sudah menghantar surat perletakkan jawatan..

Niat dihati akan pulang menjagamu sayang..

Namun siapalah kita nak melawan kuasa Allah..

Ayahku pergi tanpa sebarang tanda..

Sungguh aku rindukan kamu sayang..

Aku REDHA..


"Saya tak tahu, berapa waktu yang tersisa untuk saya. 
Satu jam, satu hari, satu tahun, sepuluh, lima puluh tahun lagi? 
Bisakah waktu yang semakin sedikit itu saya manfaatkan untuk memberi 
arti keberadaan saya sebagai hamba Allah di muka bumi ini? 
Bisakah cinta, kebajikan, maaf dan syukur selalu tumbuh dari dalam diri, 
saat saya menghirup udara dari Yang Maha?”

― Helvy Tiana Rosa, Risalah Cinta

Thursday, January 12, 2017

THE JOURNEY

Focus on the journey, not the destination. 
Joy is found not in finishing an activity but in doing it. 

SELAMAT BERPISAH BOS

Assalamualaikum..
Sedih nak berpisah? Adalah sikit..
Terasa dalam hati? Ya..

Hari ini 12 Januari 2017, hari terakhir big boss su berada di Kelantan sebelum bertukar mengikut arahan syarikat.. Semalam berpenat lelah nak siapkan surat untuk beliau tandatangan.. Alhamdulillah, dalam kesibukan beliau, sempat juga berjumpa untuk ambil ilmu dan sharing dari beliau sedikit sebanyak buat bekalan...

Nasihat beliau hari ini...
JANGAN KERJA DALAM STRESS.. JUST RILEKS AND ENJOY YOUR LIFE..

Bagi ucapan adalah satu journey.. Tak semestinya kita boleh cakap hari ini, esok kita pasti boleh cakap.. Ada masa kita akan down, stress jugak.. Saya pun rasa debar jugak kalau kene jumpa CEO ke, bos saya ke.. Kadang-kadang kene present, saya pun berdebar jugak.. Cuma kalau nak present, pastikan awak buat dalam bentuk point-point.. Jangan panjang melebar nak bercerita.  Kalau diberi 10 minit, 15 minit pun, orang pasti nak dengar sal point-point je.. So, rileks, enjoy dan belajarlah.. Jangan stress dan rileks je.. (ulasan untuk task bercakap dalam rocall hari tu)

Saya dulu garang.. sebabkan saya dapat ketua yang suka push saya, jadi saya push orang bawahan saya.. Haruslah kan? Kalau tak macam mana nak dapatkan anugerah tu? (sambil tunjuk ke frame sijil ANUGERAH EKSEKUTIF TERBAIK yang terletak elok atas meja sebelah kerusi kami).. Awak ingat saya dapatkan anugerah tu dengan rileks je, main-main tak buat kerja? Mestilah saya dapatkan anugerah tu dengan semua penat lelah saya.. Tapi sekarang saya dah taknak garang dah.. Awak tengok sekarang saya ni baik je kan? Tak garang.. Sebab awak tak masuk setahun lepas.. Sekarang ni saya lebih rileks dan enjoy dengan kerja saya.. Jenis saya, saya tak boleh orang push saya.. Saya perlu orang bagi masa dan tenanggg je.. Samalah jugak macam awak.. Kalau ada masalah, awak kene rileks je.. Jangan stress2 dan fahami kerja awak..

Just enjoy you life.. Kalau dapat kerja, awak enjoy dengan hidup awak.. Kalau tak dapat kerja lagi, awak enjoy dengan hidup awak jugak.. Kerja tu adalah rezeki.. So, doa dalam diri, katakan awak boleh dan awak happy dengan kehidupan awak..

Saya doakan awak akan dapat kerja yang terbaik.  Ntah-ntah dapat rezeki kawen dulu (aminnnnn)..

Sedikit sebanyak nasihat daripada big boss.. Sebagai ingatan dan kenangan bersama beliau.. Terima kasih atas nasihatnya.. Saya juga doakan bos berbahagia di dunia dan akhirat..






Tuesday, January 10, 2017

Duet Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim

P : Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta
L : Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

(Korus)
P & L : Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih
 P : Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih
L : Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

(Ulang korus)

Friday, January 6, 2017

KISAH DALAM BANJIR

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

Haa.. ni cubaan kedua cari idea nak menulis.. almaklumlah.. dah terjanji dengan sorang hamba Allah ni nak tulis setiap minggu.. hahaha.. harap sudi bacalah..

Tak tahu nak conteng apa.. jadi decide nak berkongsi cerita dalam banjir minggu lepas.. Tadaaa

CERITA PERTAMA
Akak ofis :        “Su, jalan nak ke rumah su dah naik air dah.. biasa jalan tu air naik tinggi.. su
balik la.. bagitau cc yang su nak kene balik”
Su:                   Takpelah.. kita tunggu dulu..

5 minit kemudian..

Akak ofis :        “Su, balik la su.. nantikan jalan su sekat susah plak nak balik”
Su:                   Takda pape kot nanti petang.. surut la tu

5 minit kemudian..

Akak ofis :        Air naik tinggi dah tu orang cakap.. Gi gi balik la su..
Su:                   Tengokla jap-jap ag..

Haiii... tak boleh wat kije pagi tu.. dalam hati memang risau tak boleh balik pun.. tapi takkan la nak kalut balik padahal orang lain rileks je.. macam mana kalau kita gi balik tengok-tengok tak dap ape yang berlaku.. Heh.. Saya malas nak balik je kak.. hihi.. tapi sampai antar mesej dekat kawan cakap nak balik awal sebabkan kalut akak..


SERAHKAN SEMUA PADA ALLAH.. INSYALLAH TAKDA PAPE YANG BERLALU..
DOA DALAM DIAM, TAWAKAL SUNGGUH-SUNGGUH..
HANYA ENGKAU YANG MAHA KUASA.. YANG MENGUASAI LANGIT YANG MENURUNKAN HUJAN DAN BUMI YANG MENYERAP AIR HUJAN..
PERMUDAHKAN SEGALANYA..

Alhamdulillah.. petang tu cuaca ok sikit.. air dekat jalan pun tak la tinggi sangat.. Allahurabbi... Alhamdulillah.. Allah Maha Kuasa..


CERITA KEDUA
Hujan lebat semakin berlanjutan..
Bangun tidur pagi hujan lebat, malam nak tidur semula pun masih lagi hujan lebat..

Allah.. Allah..

Pukul 11 tidur..
Pukul 12 sedar..
Tidur balik..
Pukul 1 sedar..

Haiii... setiap jam tersedar..

Hati tak tenang.. Mana tak risau, segalanya mungkin terjadi.. Walaupun rumah memang di kawasan tinggi, tapi tempat kerja di kawasan rendah.. Semua perkara bermain di kepala.. Macam mana kalau ni, macam mana kalau tu.. Kereta ok ke.. Rumah ok ke.. Aiyaa...

Susah-susah je fikir perkara yang kita tak tahu apa yang akan terjadi..
Sibuk nak fikir esok cuaca macam mana..

Heh..

Cubaan Untuk Tenangkan Hati, Tenangkan Fikiran..
Baring..
Tutup mata...
Tarik nafas dalam-dalam 2 3 kali
Bayangkan dalam kepada..
Sematkan dalam hati..
Esok pagi dah tak ada bunyi air hujan dah..
Esok pagi matahari pasti akan muncul kembali..
Jalan raya dah lancar tanpa gangguan..
Semua orang boleh buat kerja..

InsyaAllah.. 

USAHA UNTUK TENANG, DOA BANYAK-BANYAK DAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH TENTANG APA YANG AKAN TERJADI ESOK..

ALL IS WELL..

KESIMPULAN
Allah menguji hambanya sebab Allah sayang kita.
Allah uji sebb nak kita kembali kepadaNya
Allah tidak kejam terhadap kita..
Allah Maha Pemurah..


Apabila diuji oleh Allah, sentiasalah berbaik sangka dengan kekuasaan Allah.. ya aku tahu.. Tak mudah tapi tak semestinya susah nak berbaik sangka.. Cubalah.. Kita sama-sama cuba.. Allah itu sebaik-baik perancang.. 

Sunday, January 1, 2017

1Week1Sharing

Masuk tahun baru..
Cabaran pun baru..

Alhamdulillah.. 
Dicabar dan mencabar serta tercabar oleh kawan baik aku, Mr Alif Encem (ada masa nanti, aku wat satu post update special untuk kau).. 
Kami dah berpakat untuk update blog masing-masing minima seminggu sekali.  
Nak share status orang pun boleh tapi wajib satu post tu dari diri sendiri.. 
terpulang nak share apa..
share minat ke, share motivasi ke, share masakan ke..
berkongsilah apa pun..
yang paling baik berkongsilah yang boleh bagi saham akhirat..

heh

LET THE GAME BEGIN!!

The world and everyone in it is important – 
all we have to do is listen 
and 
share our knowledge with each other 
to make it better before we die.