Monday, April 4, 2016

AKTIVITI PAC : SARINGAN KESIHATAN





AKTIVITI PAC : PENGUCAPAN AWAM DAN PUBLIC SPEAKING

Antara aktiviti PAC yang paling mencabar bagi aku yang agak pendiam ni adalah perlu melalui pengucapan awam dan public speaking.  Tajuk bagi kedua-dua aktiviti tersebut kami dapat selepas aktiviti latihan dalam kumpulan pada malam hari pertama program (bergantung kepada pihak pengurusan program di INTAN tersebut).  Antara tajuk yang peserta dapat adalah:

PENGUCAPAN AWAM
·         Kepentingan Sains dan Teknologi kepada industri pertanian
·         Melestarikan khazanah hutan Negara
·         Jenayah siber
·         Kecemerlangan akademik penentu kejayaan pelajar
·         Kemahiran Insaniah sangat membantu graduan mendapat pekerjaan
·         Bekerja sendiri lebih baik dari makan gaji
·         Memupuk budaya membaca
·         Peranan masyarakat dalam menyelamatkan alam sekitar
·         58 tahun merdeka: Malaysia terus perkasa

PUBLIC SPEAKING
·         Work hazards
·         Addressing domestic violence in Malaysia
·         The use of modern technology in strengthen national security
·         Extinction of endangered animals
·         The needs of martial arts for safety purpose
·         Developing potential tourist attraction in the rural of Malaysia
·         The use of modern technologies in local hospitals
·         Minimizing local juvenile problems
·         Disorganized development destroys natural habitats of animals

PROGRAM ASSESMENT CENTRE (PAC) PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

Assalamualaikum..
Sekadar perkongsian pengalaman pertama kali berpeluang dan terpilih untuk menyertai Program Assesment Centre (PAC) untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.  Program ini merupakan tapisan yang kedua selepas berjaya lulus Ujian Online yang telah dijalankan.

Emel tawaran menghadiri PAC yang dihantar oleh SPA beserta lampiran sebagai rujukan kepada peserta PAC.  Pengalaman sendiri, baca dan fahamkan betul-betul lampiran yang diberikan sebab memang sangat-sangat membantu sebagai persediaan untuk menghadiri PAC.