Monday, October 26, 2015

AL-FATIHAH UNTUK AYAHKU

Hari ini 26 Oktober 2015 (Isnin)
Genap seminggu ayah meninggal dunia
Takdir Allah yang menentukan segalanya
Siapa sangka
Ayah dimasukkan ke wad sebab terdapat jangkitan kuman di kakinya.
Mula-mula kaki ayah dikikis utk membuang kuman tersebut
Hari Khamis, kaki ayah dipotong.
Doktor cakap, “ Comel kaki ayah ni. Klu takdop ape-apa, dah bleh keluar wad dah esok”
Kami sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di siang hari.
Hari Jumaat malam, ayah muntah darah. Doktor cakap sebabkan komplikasi pembedahan
Hari Sabtu, ayah terpaksa berpuasa untuk menjalani ujian pemeriksaan perut.
Ahad malam, ayah muntah-muntah darah.  Dari pukul 9 malam hingga 3 pagi, hampir 3 kali ayah muntah darah.  Ayah sudah semakin lemah.
Isnin pagi, ayah dibawa ke Hospital Kota Bharu untuk pemeriksaan perut.  Ayah sudah semakin lemah.
Malam tu, selepas isyak.. Hmm..
Ayah menghembuskan nafasnya buat kali terakhir.

DAMAILAH DISANA WAHAI HEROKU..